25 September 2022

IMPIAN MEMBUKA RUANG KEPADA PELUANG

 



Gambar : Lake Pukaki, New Zealand.

Pada tahun 2004, dalam satu sessi Round DOMEE (salah satu sessi coaching dalam bulatan) di ABC Camp Janda Baik. Ada seorang senior agent masa tu keluarkan artikel dari keratan akhbar perdana. Antara petikan dalam artikel dalam tu adalah "LEBIH RAMAI JUTAWAN BUMIPUTERA DALAM BIDANG INSURANS AKAN DILAHIRKAN PADA TAHUN 2007". 

Sebenarnya, banyak kali dah senior agent nie share artikel nie. Dan setiap kali dia share, saya akan terbayang pasal apa yang  dia cuba sampaikan. Memula, saya tak kisah sangat apa yang dia sampaikan, tapi bila dah banyak kali diulang, saya perasan ada semacam satu perkara yang special dengan artikel tu. 

Permulaannya yang buat macam tak de apa tu bila saya sendiri tak faham dan tak boleh bayang pasal jutawan tu. Sebab masa tu, income baru RM 2,300 sebulan kerja di Telekom. Jadi, memang tak tercapai akal untuk capai level2 juta ni. Tapi itu lah dia...bila kita masukkan input2 positive dalam minda kita, maka bermulalah persoalan dalam diri "Apa yang bestnya kalau capai impian jadi jutawan?"...

Lama saya fikir, baru saya  sedikit faham, mengenai impian pasal jutawan tu. Saya buat congak..kalau nak capai sejuta pertama, macam mana caranya dan bila agaknya boleh capai?

Antara sebab saya terfikir nak ada RM 1 juta masa tu adalah, kalau saya boleh generate passive income dalam 7-8% setahun dari situ, saya dah terbayang boleh bersara awal dan maintain kehidupan sederhana. Maybe sebab terpengaruh dengan statement "Retire Young, Retire Rich" Kalau boleh nak dapat cepat RM 1 juta pertama tu. Kalau dapat return of investment dalam 7-8% setahun, daripada duit tu boleh la dapat income RM 70K - 80K setahun. Boleh la..dapat pencen setiap bulan.

Selepas saya buat kira-kira, kalau nak capai simpanan RM 1 juta dalam masa 5 tahun, saya kena allocate lebih kurang satu tahun RM 200,000 (yang ni tak kira kalau invest, ini kira straight je) Kalau setahun 200K, sebulan paling kurang 17K sebulan. Macam mana pulak nak dapatkan income RM 17K setiap bulan. Kalau kerja makan gaji kat Telekom, memang tak tahu bila boleh capai. So, dari situlah terfikir pasal kenapa kena tambah income dengan tambahkan sales activity dan juga result.  

Lepas dah tahu berapa kena buat setiap bulan, untuk capai sales target, saya mula buat planning untuk execute. Then, slowly buat sikit2. Cabaran demi cabaran kita tempuh...Bermula dengan mahirkan SALES PROCESS....saya ikut apa yang diajar dalam kelas. Bermula dengan contact yang saya kenal, kepada contact-contact yang saya tak kenal (networking)...saya built up raport dan akhirnya propose apa yang saya  buat untuk mereka. 

Kalau nak ikutkan, saya bukan orang yang suka buat sales, tapi, sebab kerja sales ni mampu berikan apa yang saya impikan, jadi saya usaha untuk belajar dan mahirkan. Alhamdulillah....sekarang ni, dengan IZIN ALLAH, saya dapat capai beberapa perkara dan benda yang  pernah saya impikan dulu. BUkan itu sahaja, saya juga dapat banyak peluang lain yang  mampu bantu orang lain juga untuk capai impian mereka.

Antara perkara yang saya impikan adalah melawat ke negara-negara lain. Alhamdulillah, dalam 19 tahun berada dalam bidang sales, Allah Izinkan saya melawat banyak lebih dari 25 buah negara...dan kebanyakkannya adalah ditaja oleh syarikat  yang saya buat sales. Ada juga yang saya pergi dengan gunakan kos sendiri...tapi hasil dari kerja-kerja sales yang  saya capai.

Tak semestinya kita buat apa yang kita suka untuk dapat apa yang kita impikan. Tapi kita perlu buat apa yang patut buat untuk dapatkan apa yang  kita impikan.

Kalau ada antara anda semua yang  ingin tahu lebih lanjut dalam bidang sales (insurance / takaful)...boleh click link ni http://jomextraincome.wasap.my.

Aziz Riadi
ShRFP
Muqmeen Group

No comments:

Post a Comment