16 September 2022

YAKIN PADA DIRI SENDIRI DI SAAT RAMAI YANG TAK YAKIN PADA KITA


.

Masa saya memula buat business takaful, kira jadi agent. Memang tak ramai yang yakin dan support. Tapi sebab masa tu saya tak kisah sangat dengan rejection sebab setiap kali sharing memang dah ditanam dalam minda, some will some won't, so what? next.

Pernah sekali saya call kawan, nak share pasal takaful, lokasi di area Sepang. Memula contact dia kata ok. Saya pun bergegas ke Shah Alam dari PJ sebab nak ambil kereta kat wife. Saya naik motor masa tu. Sebab memandangkan Sepang tu agak jauh, so saya plan ambil kereta. 

Memang menjadi kebiasaan saya practice kan, walau pun dah dapat appointment, saya akan follow up balik untuk bebetul confirm. Tapi, malangnya bila saya mula nak gerak ke sana, saya try reach out dah tak reply message. Call tak berangkat. Saya cakap dalam hati, maybe dia busy. Takpe la, try je la pergi kat tempat dia kerja. Mana la tahu dia jawab. Mindset masih positive. Sebab saya fikir, kalau saya pergi chances 50:50. Kalau saya tak pergi chances 0. So, saya set pergi. 

Di pendekkan cerita. Sebab masa saya jadi agent, memang kerja balik lewat malam dan esok paginya dah start keluar balik untuk another appointment. Jadi, hari tu tengahari cuaca panas, balik Shah Alam dari KL (sebab dapat appointment dalam 4 pm kat Sepang), bergegas ikut highway NKVE. 

Lepas tol Jalan Duta hala ke Shah Alam, naik bukit tu sebelum sampai bukit yang di belah tu, tetiba saya terlelap (mcm microsleep)...motor ex5 saya masuk ke kawasan rumput dan sedar saya dan meluncur ke longkang dan motor ke arah lain. Tong Motor GIVI belakang tercabut dan tercampak, nasib baik tak tergolek tengah hiway. 

Masa tu saya macam baru tersedar saya terjatuh motor, saya bangun dan pergi dapatkan motor yang tercampak tu, saya angkat, dan tolak...sangkut sebab ada gear. Saya free kan gear, tolak ke tepi dan tongkat. Saya berjalan meluru ke Tong Givi yang tercampak tadi. Saya belek2 lock dia untuk sangkut kat carrier belakang patah..saya bawak ke motor letak kat bakul depan.

Lepas tu baru saya check kalau-kalau ada luka. Lutut saya luka, seluar koyak kat lutut, agak dalam sampai nampak daging (kulit dah takde sebab sagat jalan tar)...masa tu baru rasa sakit terdengkut2. 


Saya cuba naik motor tu dan start (Ex5 saya pakai kick starter). Sekali nak pulas throttle pangkal ibu jari macam tak bokeh grip...aduhai, patah ke ni? Saya bisik dalam hati. Saya tekan-tekan...sakit. Saya cuba jugak start motor, Alhamdulillah boleh hidup dan fork semua ok tak bengkok, boleh jalan lagi. 


Lutut makin pedih, maybe sebab dah terkena peluh sekali. Maybe ada yang tanya, takde orang tolong ke?...masa saya jatuh tu, takde orang lain naik motor, kereta ada laju2 sebab diorang tekan naik bukit. Masa ada rider lain lalu, saya dah pun dirikan motor balik. Jadi diorang takde la berhenti, sebab nampak saya boleh bangun.


Bila saya nak jalan balik tu, saya call wife saya, bagitau saya jatuh motor. And on the way nak ke Shah Alam, ambil kereta dan nak ke Sepang. Masa tu midset masih nak ke Sepang jugak untuk appointment. Tapi, sampai je area Damansara sebelum sampai exit Subang, saya fikir macam tak larat dah sebab kaki sakit, tangan pun sakit. Lagi pun tadi prospect kawan saya pun tak reply message dan tak jawab call. Sampai lepas saya jatuh pun masih tak berbalas message saya. 


Saya ubah fikiran, terus balik ke rumah, masa tu saya menyewa di Subang 2, area Subang Bestari. Sampai rumah, saya call wife saya, bagitau saya dah balik rumah dan tak jadi ambil kereta. Saya cakap saya tak larat, sebab kaki sakit dan tangan sakit. Saya bagitau wife, saya dah sampai rumah dan nak rest. And saya bgtau prospect pun tak respond.


Dekat 2 minggu juga luka saya baru kering sebab luka kat lutut bukan senang nak sembuh. And saya tak ke clinic pun. Esoknya saya pergi office, di Damansara Intan macam biasa. Takde siapa pun yang saya bgtau saya jatuh motor kecuali wife saya. Business run as usual, kaki sakit, tangan sakit, tapi still boleh buat call dan contact prospect dan present, saya teruskan. Commission masa tu baru RM 2,000 macam tu. So, memang tak cukup. Income wife saya lebih besar dari saya masa tu. Tapi saya sebagai suami, saya kena laksanakan tanggungjawab cari nafkah untuk keluarga.


Untuk yang kenal saya lepas saya jadi leader dalam agency takaful di Muqmeen Group, PruBSN. Maybe anda tak pernah tahu bagaimana saya bermula. Saya pun sama macam agent lain masa memula develop client based. Struggle, rasa down bila kena reject, kena game sebab set appointment lepas tu tak turn up. 


Kena pandang rendah, tak yah cakap la. Sampai ada yang tak nak berkawan sebab saya agent takaful pun ada. Tapi itulah kehidupan. Sebab tu ada agent2 takaful atau leader2 takaful atau insurance ni kekadang beli kereta idaman atau rumah idaman, bukan sebab nak show off ada kereta mewah atau rumah mewah. Tapi, untuk mengubat rasa hati dan perasaan untuk berikan sedikit reward pada diri dan keluarga atas susah payah nak develop client base.

.

Untuk rakan2 seperjuangan. Kita kena sedar yang tak semua orang suka apa yang kita buat. Tak semua orang faham business kita. Kita yang faham purpose dan tujuan buat businees...focus dengan apa yang patut kita buat. Beri nilai tambah pada hidup orang lain, walau pun ada tikanya ia tidak dihargai pun. Saya masih ingat pesan mentor saya, kita buat business ada tujuan (vision). Selagi kita clear dengan vision kita, dan sangat2 lapar untuk berjaya, teruskan hingga berjaya. In sha Allah, your time will come.

.

P/S : Kalau ada sesiapa yang nak cuba peluang tambah income sebagai agent takaful. Boleh roger saya. Click je link ni http://jomextraincome.wasap.my

.

Aziz Riadi
ShRFP
Sen. Agency Manager
PruBSN Takaful
www.muqmeen.com.my

No comments:

Post a Comment