12 February 2023

TERMA & SYARAT SEBAGAI AGENT PRUBSN

 



Prudential BSN Takaful adalah sebuat syarikat Pengendali Takaful Berlesen dibawah kawal selia Bank Negara. Jadi, sudah tentu semua agent-agent di bawah syarikat PruBSN ini perlu memenuhi syarat minimum standard untuk memastikan lesen yang dipegang oleh agent sah.


Kepada sesiapa yang berminat untuk join sebagai agent, tak kira sama ada secara PART TIME atau FULL TIME, ada beberapa pilihan kategori agent. Untuk memudahkan kefahaman, saya akan gunakan istilah New Quality Agent (NQA), Quality Agent (QA), dan juga Quality Leader (QL) untuk yang dah naik pangkat jadi leader sama ada title UM1, UM2, AM dan SAM.

Berikut di bawah ini adalah sebahagian kategori agent untuk rujukan anda.


1- Normal Contract Agent

Untuk normal contract agent. Syarat dan terma antaranya adalah :

  • Minimum Kelayakan Akademik : SPM (5 Subject Lulus)
  • Exam TBE
  • Exam PCE (Options)
  • Nama bebas dari tersenarai di mana-mana takaful operator termasuk PruBSN Takaful Berhad / Prudential Assurance Malaysia Berhad.
  • Nama clear dari senarai black list (CTOS)
  • Target Tahunan : TPC - Total Production Credit
  • Sehingga 30 Jun setiap tahun (7,000 TPC )
    Sehingga 31 Dec setiap tahun (15,000 TPC
  • Incentive Persistency : Current Year 90%, First Year 85%
  • 30 CPD Hours Training

Untuk normal Contract agent, anda boleh buat secara part time atau full time. Dari segi commission, tiada beza agent full time atau part time. Perbezaan yang paling ketara adalah dari segi pengurusan masa dan juga activity. Sebabnya, kalau full time, anda boleh gunakan masa anda untuk all out buat sales activity seperti boleh set appointment pada bila2 masa client atau prospect free. 

Selain itu, agency juga ada menyediakan platform untuk anda buat sales face to face seperti Booth Promosi, Direct Approach secara berkumpulan, dan juga pelbagai activity lain yang dibuat secara berkumpulan.

Cuma, anda kena aware bahawa sekiranya anda ingin buat full time, pastikan financial support system anda dan keluarga telah anda uruskan. Sebab, sebagai agent, kita tak de basic salary. 100% bergantung kepada commission. Tapi macam mana kita boleh manage financial adalah disebabkan commission yang kita dapat adalah selama 6 tahun untuk setiap client. Jadi, commission terkumpul sedikit demi sedikit itu lah yang membolehkan kita dapat income yang stabil untuk cover kos sara hidup dan juga untuk buat simpanan dan juga pelaburan.

Walau bagaimana pun, sekiranya ada agent yang berminat untuk join secara full time tapi tiada sumber income untuk cover living expenses. Di Prudential dan juga PruBSN, ada menawarkan BRIDGING INCOME BENEFIT, iaitu kemudahan kewangan untuk agent-agent yang nak join secara full time. Dan terdapat 3 jenis package untuk agent apply. Boleh baca details di topik seterusnya.


2- Financing Agent

Untuk anda yang nak join terus sebagai full time, pihak PruBSN Takaful ada menyediakan pelbagai program financial support untuk anda berjaya dalam bidang Takaful ni.




a. Elite Development Program (EDP)

  • Boleh join sebagai part time agent, dan dalam masa 24 bulan boleh mohon untuk program EDP dan setelah lulus join program perlu join sebagai FULL TIME AGENT.
  • Syarat umur antara 20 tahun hingga 50 tahun
  • Pendapatan bulanan (Financial Support) antara  RM 2,000 hingga RM 5,000 sebulan selama 18 bulan
  • Perlu ada sales 10K TPC dalam masa 3 bulan sebelum apply
  • Bonus Elit sehingga RM 20,000 setelah program tamat. Bergantung kepada pencapaian target yang telah ditetapkan.
  • Syarat Kelayakkan Akademik - SPM dan ke atas. Untuk SPM, perlu mempunyai pengalaman kerja minima 2 tahun. 
  • Untuk Graduan yang baru habis belajar, Minimum Diploma. Anda boleh terus apply walau pun tiada pengalaman kerja.
  • Terdapat 4 jenis financing EDP iaitu EDP2000, EDP3000, EDP4000, EDP5000. Iaitu RM 2,000 sebulan, RM 3,000 sebulan, RM 4,000 sebulan dan RM 5,000 sebulan.
  • Tambahan Ganjaran PruVenture Plus Bonus sehingga RM 20,000
  • Details syarat2 ada dinyatakan di borang permohonan dan anda hendaklah membaca dan memahami semua syarat-syarat yang ditetapkan untuk program ini.
  • Details syarat untuk TARGET PRODUCTION akan diterangkan melalui sessi penerangan program dan juga semasa interview session
  • Tempoh permohonan dalam masa 24 bulan selepas coded (dapat agent code)

b. Pru Venture Gen Z (PVGZ)

  • Perlu join sebagai FULL TIME AGENT
  • Syarat umur 20 tahun hingga 35 tahun
  • Pendapatan bulanan (financial support) antara RM 3,000 hingga RM 5,000 sebulan sehingga 18 bulan.
  • Minimum RM 2,000 pendapatan purata untuk 3 bulan terakhir sebelum join Program PVGZ
  • Syarat Kelayakkan Akademik - SPM dan ke atas. Untuk SPM, perlu mempunyai pengalaman kerja minima 2 tahun. 
  • Untuk Graduan yang baru habis belajar, Minimum Diploma. Anda boleh terus apply walau pun tiada pengalaman kerja.
  • Peluang untuk bina kerjaya sebagai Leader pada masa akan datang.
  • Tempoh permohonan dalam masa 4 bulan selepas coded (dapat agent code)
  • Details syarat untuk TARGET PRODUCTION akan diterangkan melalui sessi penerangan program dan juga semasa interview session.

c. Pru Venture (PV)

  • Perlu join sebagai FULL TIME AGENT
  • Syarat umur di bawah 45 tahun.
  • Syarat Kelayakkan Akademik - SPM dan ke atas dengan mempunyai pengalaman kerja minima 2 tahun.
  • Pendapatan Bulanan (Financial Support) bermula RM 6,000 hingga RM 10,000 sebulan. Sokongan kewangan sehingga 18 bulan.
  • Tambahan Ganjaran PruVenture Plus Bonus sehingga RM 20,000
  • Peluang untuk bina kerjaya sebagai Leader pada masa akan datang.
  • Minimum Gaji Pokok RM 5,000 sebulan untuk purata 3 bulan terakhir sebelum menyertai Program PV.
  • Details syarat2 ada dinyatakan di borang permohonan dan anda hendak membaca dan memahami semua syarat-syarat yang ditetapkan untuk program ini.
  • Tempoh permohonan dalam masa 4 bulan selepas coded (dapat agent code)
  • Details syarat untuk TARGET PRODUCTION akan diterangkan melalui sessi penerangan program dan juga semasa interview session.

Sekiranya anda berminat untuk tahu lebih lanjut apa peluang yang Prubsn dan agency kami sediakan dan juga apa kemudahan kewangan, boleh click link ini http://jomextraincome.wasap.my . Saya akan jelas kan lebih details.

Sekian.

Aziz Riadi
Senior Agency Manager
Prudential BSN Takaful Berhad

No comments:

Post a Comment