21 January 2024

GANJARAN DALAM KERJAYA & BUSINESS


Kalau dulu sebelum join business, kerja makan gaji, sumber income adalah dari gaji hasil upah kita kerja dengan syarikat atau majikan. Bila lama sikit, tahu pulak ada CPD hours (continuous professional development), kira macam training untuk tingkatkan skill dan knowledge.

Lepas tu ada fasa appraisal pulak untuk semak sama ada kita comply dengan KPI yang telah majikan tetapkan.

Then lepas tu, baru kita tahu berapa kenaikkan gaji pada tahun akan datang atau bonus (kalau ada).

Saya pernah la dapat bonus pertama dalam sejarah saya kerja makan gaji, iaitu HeiTech Padu Sdn Bhd. Walau pun join tak cukup setahun, tapi tetap dapat bonus (dikira dengan kaedah pro-rata)...dapat la jugak ribu2 bonus.


Masa tu increment RM 60 je, tapi bonus dapat la 4 angka...cecah jugak 4-5K. Average staff dapat 4-5 bulan. Saya baru masuk dapat 2 bulan lebih je...itu pun dah rasa banyak sangat dah masa tu (tahun 2000).

Lepas tu  pindah kerja syarikat lain, tak sempat nak dapat increment dan juga bonus, saya dah join business insurans pada tahun 2003. 2004 saya full time. Kira tahun ni genap 20 tahun saya dalam business insurans. Masih banyak lagi nak kena belajar.

Masa kat business insurans, saya tak tahu pun sebagai agent ada dapat bonus kalau kita achieve certain KPI yang ditetapkan. Oleh kerana masa tu hanya focus buat sales dan service dan recover income untuk lepaskan expenses, saya tak ambil port sangat pasal bonus dan reward-reward lain. Cuma, selepas beberapa bulan dan beberapa siri coaching dalam group, baru tahu ada macam2 reward dan incentive. Masa tu la baru saya bebetul plan dan kejar.

Bila saya cerita pasal commission agent, bonus, overriding leader, incentive trip, gadget, merchandise dan juga macam lagi, ada juga dikalangan client yang tai berapa senang dengan apa yang agent dapat. Rasa macam

bayar caruman untuk agent punya commission je.

Cuma apa yang client mungkin tak nampak, process untuk nak dapat 1 client bukan la semudah duduk diam dapat duit. Banyak process dan kerja kena buat. Itu baru nak close sales, belum bab service lagi. Belum nak layan medical report, belum nk layan Medical Checkup, belum nak layan non-disclosure, belum nak layan investigation, decline dan sebagainya. Maksudnya, takde la duduk sesaja je buat sales. Ada banyak kerja lain yang orang tak tahu dan memerlukan kepakaran dan pengalaman yang maybe ramai yang tak tahu. 


Jadi, sebagai agent, tak perlu rasa bersalah kalau kita dapat komisen, bonus dan ganjaran atas kerja kita. Kita yang lebih tahu berapa banyak kerja dan proses kena hadap.


Untuk client pula, mungkin anda belum pernah claim lagi , menyebabkan kewujudan agent atau advisor ni macam kurang penting dan tak perlu. Tapi untuk yang dah pernah claim especaially claim yang berat-berat, mereka sangat menghargai tugas-tugas agent yang membantu memoercepatkan proses claim.


Apa2 pun tahniah kepada yang dapat ganjaran semalam untuk semua agent2 takaful Prudential dan juga agent takaful atau insurans satu Malaysia. Ada yang dapat selapis, ada yang dapat 2 lapis ada yang dapat 3 lapis...hari raya datang awal tahun ni....selamat hari raya...jangan lupa. Sebahagian yang kita dapat ada hak orang lain. Zakat dan sedekah. Semoga tahun 2024 akan lebih berkembang maju. Kita sama-sama bantu orang Malaysia untuk dapatkan pelan perlindungan kewangan yang terbaik.


Gambar hiasan: (Sessi heart to heart APW MGIC, MGR118 dan MGRadia)

Kalau ada sesiapa fresh graduate yang nak mencuba bidang takaful, boleh hubungi saya di pautan yang saya kongsikan di ruangan komen.

Aziz Riadi
ShRFP
Muqmeen Group
PruBSN Takaful

#bonus #ejentakaful #usahawantakaful #prubsntakaful

No comments:

Post a Comment