04 February 2024

KHAIRUL AMING JUAL PRODUK RM 1.2 JUTA DALAM MASA 3 MINIT 39 SAAT


[ NAK DAPAT MACAM MANA ORANG LAIN DAPAT, KENA BUAT MACAM MANA DIA MULA-MULA BUAT ]

Seronok tengok sales Khairul Aming kat live Tiktok dengan record jualan RM 1.2 Juta dalam masa 3 min 39 saat.

Saya yakin ramai usahawan yang teringin nak dapat sales atau result yang hebat macam tu. Orang meniaga nie memang akan jadikan top performer sebagai diorang punya benchmark.

Cuma, suka saya nak kongsikan dan juga untuk peringatan diri sendiri dan juga sahabat-sahabat saya khususnya agent-agent under Muqmeen Group.

Kejayaan yang dikecapi sekarang adalah hasil usaha berterusan pada masa lalu yang tak ramai orang tahu. Usaha kita sekarang akan menentukan hasil yang kita akan perolehi pada masa akan datang in sha Allah...

Jadi, untuk dapat apa yang kita tak pernah dapat, kena usaha buat apa yang kita tak pernah buat secara berterusan. Kemudian improve from time to time.

Sama juga dalam bidang sales, kita nak tingkatkan closing ratio, bukan terus sesenang nak dapat 1 to 1 ratio atau pun maybe 1 to many....ia bermula dari maybe 100 to 1 ratio...untuk permulaan. Asah lagi skill, sabar, gunakan cara yang betul. Invest masa dan tenaga dan juga wang ringgit untuk upgrade diri. 

So, kepada yang nak belajar macam nak improve sales dalam bidang takaful, saya kongsikan dalam Seminar 1MST (1 Minute Selling Technique)  pada 18 February 2024 ni, Shah Alam, 8:00 pagi hingga 6:00 ptg. Boleh register segera sebelum penuh. Ada promo early bird untuk yang register awal.

Apa yang anda akan pelajari dalam seminar tu?..benda simple tapi practical dan effective dalam buat sales. Macam mana kita kuatkan soul and spirit. Macam mana kita practice untuk smoothkan presentation. Ayat-ayat opening, presentation dan closing serta handling objection....lepas tu macam mana nak dapatkan referral dan juga build up strong networking...

Sila lihat link di bawah untuk info lanjut pasal program seminar yang saya sebutkan tadi.


Aziz Riadi
ShRFP
Muqmeen Group

PruBSN Takaful 

No comments:

Post a Comment