19 January 2024

KESAN JANGKA PANJANG STAR EVENT DALAM HIDUP


Apa itu star event? 

Star event ni adalah best moment yang kita lalui dalam hidup. Selepas sahaja selesai urusan pengkebumian Arwah ayah mertua saya, saya ambil kesempatan balik ke kampung untuk ziarah kubur mak dan bapak saya.


Sebaik sahaja sampai, azan asar berkumandang. Saya terus menuju ke masjid sebab memang tak jauh dari rumah pusaka mak dan bapak saya. 

Masuk je pintu pagar masjid ada sekumpulan kanak-kanak sekitar umur 19 hingga 12 tahun yang sedang berkeliaran dan bermain-main. Ada yang berkejaran, ada yang naik basikal. Ada yang baru datang ke masjid. 

Apa yang trigger saya adalah, ada salah seorang dari kanak-kanak tu, bila nampak je kereta saya masuk, dia macam terkejut ( excited ) macam tak percaya apa yang dia lihat depan mata. Mulut ternganga (Wow!!) sambil kedua tangan menggosokk kepala ...saya terus beritahu anak saya, "Teringat ayah macam Haiqal masa kecik2 bila excited dapat sesuatu yang tak dijangka"...

Anak saya senyum je...maybe dia terbayang star event dia masa dia kecik.

Saya park kereta, keluar...terus kena serbu..

"Achik...Achikk...ini kereta apa? Supra ke?" Tanya sorang agent yang saya nampak dia excited tadi....Saya senyum sambil balas "Tak dik...bukan"....

Ada sorang lagi mencelah.."Mustang ke?"...saya senyum je. Then tetiba ada sorang dari jauh "Ini macam Proshey je"....Saya terus toleh kat dia...ada jugak yang kenal. Not bad jugak anak-anak Sengkang ni.

Oleh kerana terlalu excited, diorang dok jengah2 nak tengok dalam, tapi sebab tinted, jadi tak nampak sangat. Saya cakap kat diorang..."Takpe-takpe, kita solat dulu, nanti kita amik gambar.".

Selesai solat, diorang dah tunggu keliling kereta. Saya pun bukak kereta suruh dia masuk dan amik gambar. Lagi sekali diorang terkejut. Nampak muka diorang berubah. Sebab maybe dia ingat dapat gambar sebelah, mana tahu dapat bergambar duduk dan pegang steering.


Happy saya tengok diorang. Teringat zaman saya kecik2 dulu...antara impian saya adalah, saya nak develop mereka untuk jadi 10x ganda lebih baik dari saya...walau pun mungkin mereka kekurangan sumber berbanding kanak-kanak di bandar, tapi saya takkan benarkan minda dan semangat mereka terkongkong dalam ruang sempit. Dimomokkan "kita orang kampung, kita tak pandai, kita tak de sumber, kita tak boleh itu, kita tak boleh ini...."...itu semua perlu diubah. 

Perlu ada usaha berterusan untuk ubah belief system mereka, develop correct value and strong attitude, develop positive behavior, continous, consistent, persistent and resilient action, building up productive habit torwarda high value and performance culture to achieve common vision, common mission and common goal.

Saya berazam untuk ubah mindset mereka untuk jadi orang boleh berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Nota : Saya terpaksa tutup muka diorang. Kanak2 bawah umur perlu dapatkan kebenaran penjaga mereka untuk kita kongsikan di social media.

Kalau ada yang nak jadi agent takaful. Boleh click link ni http://jomextraincome.wasap.my

Aziz Riadi
ShRFP
Sengkang, Bkt Gambir, Muar.

No comments:

Post a Comment