12 February 2024

KISAH RUMAH IMPIAN DARI PANDANGAN ORANG YANG UMUR 60-AN


Masa takde rumah lagi, kalau boleh nak ada rumah, dapat rumah apartment medium cost pun ok dah....rumah atas...kekadang yang takde lift pun ok, asal rumah sendiri.
.
.
Bila dah dapat rumah tu, keluarga semakin bertambah, ada anak-anak...anak-anak nak main2 basikal, kejar2...kalau rumah apartment sangat terhad. Kalau boleh sekali pun kena turun bawah. Mula nak ada rumah landed. Ada laman, senang kalau parking kereta barang tertinggal dalam kereta terus keluar pintu boleh bukak kereta. Kalau apartment, nak turun parking satu hal.
.
.
Dah dapat rumah landed, intermediate...mula fikir, kalau dapat rumah yang ada laman tepi (semi-D atau corner lot) pun best jugak. Boleh buat gazebo, atau taman mini, tanam pokok2 bunya dan pokok untuk teduh matahari...boleh santai2 kat luar...
.
.
Dah dapat rumah semi-D atau corner lot, terfikir pulak kalau dapat rumah Banglo, keliling kawasan boleh buat landscape, parking luas, sedara mara datang pun senang...ada swimming pool, ada garaj khas, kalau tetamu datang pun boleh santai2 kat luar sebab kawasan luas...
.
.
Bila anak-anak makin dewasa, ada keluarga sendiri...mereka mula nak hidup berdikari sendiri..mereka dah masuk fasa macam mana kita mula2 dulu, nak ada rumah sendiri....dan mereka mula duduk di rumah sendiri sama ada sewa atau beli...cuma sesekali je balik rumah mak dan ayah, macam mana kita dulu bila cuti je baru balik kampung atau balik ziarah mak dan ayah.
.
.
Lepas tu, rumah yang banglo besar tadi atau Semi-D yang besar tadi cuma 30% je digunakan. Banyak bilik dah tak digunakan, nak maintain lagi...kena upah orang pulak nak kena kemaskan...akhirnya terfikir nak duduk rumah kecik tapi kemudahan lengkap, kalau boleh siap ada orang tolong kemaskan (service apartment)...macam hotel punya style. Ada orang kemaskan bilik semua.
.
.
Dan seterusnya, kita tinggalkan semua tu untuk kembali kepada Nya.
.
.
Tak salah untuk ada impian dan usaha capai impian. Cuma lebih baik apa yang kita impikan dan usahakan tu bukan setakat dapat memenuhi impian kita tapi dapat beri manfaat kepada kita di dunia dan juga di akhirat. Plan la bebetul, usaha la bebetul. Semua yang kita buat kalau ada visi dan misi yang jelas, dengan usaha keras dan berterusan..in sha Allah ia akan berikan manfaat.
.
.
Saya ada beberapa kenalan yang usia 15 tahun hingga 20 tahun lebih berusia daripada saya. Mereka berkongsi cerita berkenaan rumah dan kehidupan. Saya dengar saya ambil pengajaran. Sebab, kalau ada umur maybe sampai pada keadaan macam yang mereka kongsikan. Especially berkenaan kita kerisauan untuk sediakan rumah untuk anak-anak.
.
.
Ada yang share dengan saya, mereka beli rumah Semi-D untuk bagi anak duduk, oleh sebab rumah tu jauh dari tempat kerja anak, anak lebih lebih prefer untuk menyewa dekat dengan tempat kerja. Jadi, rumah semi-D tu pulak, kalau nak sewakan, bukan boleh sewa tinggi..kecuali memang tempat yang hot. Nak jual pun dah ada banyak development baru lain yang dekat-dekat yang harga lebih competitive dan design pun lebih menarik serta kemudahan lebih lengkap dan terkini...
.
.
Akhirnya rumah kosong, cuma weekend je datang jenguk-jenguk. Itu pun kalau sempat. Rumah ni pulak perangai dia, guna ke tak guna ke..sure ada kerosakan...jadi nak kena maintain jugak. Itu belum bila rumah kosong, ada mahkluk lain tumpang (bukan makhluk halus)...dengan burung buat sarang, ular, tikus, cicak dan labah serta macam-macam serangga lain..nak tak nak kena jugak keluar duit untuk maintain.
.
.
Saya pun tanya la, apa nasihat beliau kepada saya sebab anak saya pun baru je masuk Universiti. Dia, kata....prepare anak-anak dengan ilmu...agama dan dunia, lepas tu, sediakan dengan modal sikit (kalau ada)..kalau takde pun takpe, ada ilmu, ajar diorang macam mana nak kumpul modal....sebab dari rezeki, tak perlu nak risau sangat...In sha Allah ada rezeki anak-anak. Lebih mudah sediakan dengan ilmu dan aset yang mudah cair berbanding dengan aset macam rumah yang plan untuk duduk, tapi tak duduk. Nak sewakan, tapi demand tak cukup untuk cover kos nak maintain.
.
.
Saya diam tanda faham. Bukan sorang dua yang saya jumpa yang bagi pandangan macam nie, agak ramai juga dan pattern lebih kurang sama.
.
.
Ada banyak lagi ilmu yang saya dapat dari rakan-rakan dan kenalan saya yang dah berusia. Saya suka dengar perkongsian mereka...bila kita tahu lebih awal, kita lebih mudah untuk buat perancangan...In sha Allah, saya akan kongsikan dalam next posting.
.
.
Nota : Untuk kenalan yang baru nak mulakan kehidupan dalam kerjaya, kalau anda ingin cuba kerjaya dalam bidang sales dan khidmat nasihat kewangan....boleh click link http://jomextraincome.wasap.my

ShRFP
Muqmeen Group.


No comments:

Post a Comment