Ramai yang setuju dan faham pasal nak dapatkan result perlu lalui beberapa process. Sama ada panjang atau pendek.
.
.
Tapi based on pengalaman saya, tak ramai yang bebetul sanggup lalui process yang panjang dan sukar. Ramai yang nak shortcut. Memang ada laluan untuk shortcut. Tapi nak capai laluan tu pun bukan se"short-cut" yang kita sangka dan harapkan.
.
.
Kekadang, ada yang tanya saya, "Kenapa kou buat benda2 ni (kerja-kerja yang kita boleh delegate dan bayar) so that kita boleh focus benda lain yang lebih high value?".
.
.
Saya jawab simple je "Aku buat bukan untuk aku yang buat. Tapi aku buat untuk aku tahu buat dan pernah buat. Jadi aku akan lebih faham bila ada cabaran untuk orang yang aku assigned untuk buat". Ini antara cara macam mana untuk gain trust and respect dari team kita (yang saya belajar secara teori dan saya amalkan).
.
Kenapa saya pilih untuk tahu?...Sebab ada ilmu, macam-macam kita boleh dapat.
1. Dapat elakkan dari kena game dengan anak buah.
2. Dapat elakkan daripada kita pre-judge anak buah dan buatkan anak buah tak happy dan tak trust pada kita.
3. Dapat berikan keyakinan kepada anak buah yang leader dia boleh diharap (reliable). Walau pun tak perfect, tapi anak buah confident untuk belajar dengan leader yang hands on dan bukan hanya pandai sembang.
Macam-macam lagi...banyak lagi kalau saya nak tulis, tapi cukup la yang 3 atas tu dulu.
Antara sebab saya kena usaha untuk mahirkan soft skill ni adalah, dalam bidang takaful, kita sebagai leader, anak buah kita ada freedom untuk tak ikut kita. Sebab kita bukan majikan dan bukan yang bayar dia gaji. Jadi, diorang ada 100% freedom untuk tak follow kita. Tapi...kalau kita boleh INFLUENCE mereka untuk follow kita di saat dia ada 100% freedom untuk tak follow. Itulah "LEADERSHIP" pada saya.
.
.
Ada satu artikel saya baca pasal Toyota. Berkenaan dengan CEO Toyota, cucu kepada Founder Toyota, Akio Toyoda yang mengumumkan untuk meletakkan jawatan bila dia merasakan dia sudah terlalu tua untuk memahami sentimen pengguna generasi baru.
.
.
Ramai yang terkejut, sebab dalam masa 14 tahun kebelakangan ini, beliau telah mengubah syarikat dari yang sangat conservative, sangat berhati-hati dan juga sangat menjaga kualiti kepada syarikat yang lebih berdaya saing, nampak lebih menyerlah, nampak lebih bercita-cita besar, trendy dan berani dengan sesuatu yang baru yang lebih mencabar.
.
.
Beliau juga mula mengorak langkah untuk menaikkan jenama Toyota yang lebih mesra kepada generasi muda.
.
.
Masa memula beliau jadi CEO, menjadi saru cabaran sebab nak dapatkan kepercayaan dan respect dari Engineer Toyota yang terkenal dengan budaya kerja yang mementingkan kualiti dan ketepatan, kehalusan, ketahanan dan kebokehharapn yang tinggi. Kenapa Engineer Toyota susah nak bagi kepercayaan kat CEO dia masa tu? Sebabnya adalah...si Akio Toyoda ni adalah lulusan undang-undang dan juga business.
.
.
Oleh kerana persekitaran kerja syarikat Toyota ni yang sangat passionnate dengan kejuruteraan enjin, dan dia juga diberitahu yang dia takkan respect dan mungkin idea-idea dia takkan sukar untuk diterima oleh engineer kecuali dia kena start berlatih untuk jadi pelumba kereta.
.
.
Kenapa perlu jadi pelumba kereta bila jadi CEO syarikat kereta?....Ya, macam yang saya kongsikan kat atas....bila Top Leader tahu selok belok syarikat yang dia lead, dia mudah untuk dapatkan respect dan trust dari semua orang bawahan dia. Dia terpaksa buat benda yang bukan kemahiran dia, tapi sebab dia faham dan sedar, dia kena buat untuk dapatkan sesuatu yang lebih besar.
.
.
Jadi, untuk leader-leader team dan founder-founder. Tak rugi kalau kita luangkan masa sikit untuk turun padang. Join field work. Untuk tahu game dalam market. Dari situ juga kita akan dapat banyak idea untuk improve business kita lebih kehadapan berbanding pesaing.
.
.
Semoga bermanfaat.
.
.
In sha Allah, kalau ada kelapangan masa dan kesihatan, saya nak open group coaching untuk leadership. 3D2N Program di tempat saya...AAR Agrocamp, Janda Baik. Module dah siap, tunggu siap tempat sahaja.
.
.
Aziz Riadi
ShRFP
Sen. Agency Manager
Muqmeen Group
H/P: 019-3232121
#financialplanning #tambahincome #buatbisnes #takaful #fianncialprotection #hibahtakaful #hibah #medicalcard
#loan #financing #financialliteracy #takafulawareness #takafulshahalam #bebashutang #debtfreedom
No comments:
Post a Comment