23 September 2024

BAGAIMANA NAK ACTIVE ADA SEBAGAI AGENT TAKAFUL?

 


Dalam bidang sales, antara perkara yang sangat penting adalah macam mana nak consistent buat sales activity. Sebab dengan ada nya banyak sales activity, In sha Allah, akan ada hasil.

Tambahan pulak kalau agent-agent baru. Baru join setahun atau 2 tahun. Macam mana nak consistent dalam sales activity. Saya share satu persatu. Simple steps yang anda boleh follow.

1. CONTACT LIST

Macam biasa, kalau business apa-apa pun lead (contact) sangat penting. Jadi, kumpulkan contact prospect kita nie. Kalau tak banyak takpe, bukak phone book kita dan keluarkan dalam list (masukkan dalam google sheet)...senaraikan nama dan contact number dan kalau boleh masukkan sekali lokasi dan remark (untuk senang kita kenal pasti siapa orang tu). 

Kekadang, nama sama, kita nak tahu sedikit sebanyak background orang tu. Kalau boleh kita susun ikut kategori. Sebagai contoh, yang sudah berkahwin, yang bujang, yang dah bekeluarga dan ada anak, atau yang kerja sendiri atau yang buat business ada staff dan sebagainya. 

Kenapa kena kategorikan?..Sebab senang kita nak buat risk assesment dan juga plan nak sediakan proposal dan juga susun ayat untuk approach dia. Kalau takde perancangan, nanti kita manjang kena reject mentah2 macam tu je. Kalau kena cara yang betul, insha Allah, mungkin dia tak sign up, tapi dia boleh berikan peluang untuk kita share.


2. MULA HUBUNGI MEREKA SAMA ADA MELALUI CALL ATAU MESSAGE. 

Jangan takut untuk approach atau contact mereka. Saya faham kekadang ada yang segan nak contact kawan-kawan lama untuk beritahu yang kita buat takaful. Simple sahaja. Saya sharekan caranya.

Since kita sekarang dalam dunia social media. Gunakan social media kita sebagai platform untuk kita kenalkan diri kita sebagai agent takaful atau apa-apa business yang kita buat. Tak perlu risau kena reject, buat business memang akan kena reject. Lama-lama bila anda dah mahir, insha Allah, rejection masih ada tapi kurang. 

Akan ada orang yang appreciate kita punya pilihan kerjaya sebagai agent takaful. Tak perlu risau. Business insurans (sekarang ni ada takaful)..bukan baru wujud kat negara kita. Ada company dah beratus tahun beroperasi. Disebalik banyak syarikat-syarikat besar yang gulung tikar, dan nama pun dah tak wujud, tapi kebanyakkan syarikat Insurans yang established Malaysia terus mencatatkan pertumbuhan business dari setahun ke setahun.

Macam mana nak start contact?...ada script khusus ke?..Kalau anda tanya saya, memang la ada beberap script yang saya pakai dulu dan saya ajarkan kepada agent2 saya sekarang nie. Tapi, kalau nak saya share panjang nak kena taip. Tapi, sebenarnya, kalau saya share pun, bukannya special sangat dari segi ayat atau bahasa. Gunakan ayat yang simple je. 

Kalau dapat contact dia, just tanya khabar, dan inform yang anda baru join industri takaful under "company apa"...so, kalau perlukan apa-apa info berkenaan takaful, boleh contact kita. Jangan terus menjual, kecuali memang ada peluang untuk open, sebagai contoh diorang tanya berkenaan product atau plan atau dia nak tahu macam mana takaful nie berfungsi.

Kalau dah habis semua contact macam mana?..Ok, baca sambungan step-4.


4. DAPATKAN CONTACT DARI KENALAN (REFERRAL ATAU RECOMMENDATION)

Ini antara skill terpenting dalam business takaful. Skill untuk dapatkan contact number dari circle kita. Kira macam kita minta kawan-kawan yang kita kenal untuk beri peluang kita contact kawan-kawan mereka yang kita tak kenal.

Ini pun ada beberapa teknik yang saya gunakan dan saya ajar agent-agent saya. Antaranya adalah dengan guna cara dapatkan feedback tentang apa yang kita dah share. Dan tanya mereka adakah apa yang anda share tu bermanfaat pada dia?..Kalau dia kata bermanfaat, tanya terus, boleh ke recommend beberapa kawan baik atau ahli keluarga mereka kepada anda. Beritahu, dia, yang anda tidakkan akan menjual apa-apa kecuali kalau orang yang kita contact tu memang nak sign up. Selebihnya, perkenalan lebih kepada nak share awareness dan "How It Works"..

Cuma, kalau kita dapat peluang jumpa, alang2 tu share la sikit pasal financial awareness yang ada dalam sales kit. Kalau nak tahu sales kit yang saya buat, boleh check kat sini. http://www.aarassociates.com/sales-kit

5. SHARE DI SOCIAL MEDIA SETIAP KALI KITA DAPAT PRESENTATION

Tujuan kita share sales activity kita ni ada beberapa sebab. Antaranya adalah :

a. Nak tunjukkan yang kita memang seorang agent takaful yang active. Prospect lebih suka agent yang active berbanding yang senyap je dan tak tahu apa yang dia buat. Ini juga adalah satu cara kita buat marketing.

b. Dalam posting tu, kita share la sikit apa yang kita share pada ada prospect masa presentation tu. Ini tujuannya adalah untuk sampai info yang kita share pada prospect kita kepada orang online kita jugak. Sebab mungkin mereka juga akan terasa dengan apa yang kita kongsikan. Maksudnya cerita yang kita share ada kena mengena dengan mereka.

c. Sebagai jurnal activity kita. Dengan kita buat posting secara consistent, selain untuk orang lain baca, ia juga boleh dijadikan sebagai kita punya rujukan pada masa akan datang. Bagaimana boleh kita improve untuk content2 dan sharing yang lebih bernilai tinggi dan bermanfaat pada ramai orang.

d. Untuk naikkan confident kita. Bila kita boleh share apa yang kita buat pada orang asing (stranger) do social media, kita boleh dapatkan feedback dari orang lain melalui comment, like dan share. Dari situ kita bertambah yakin untuk sampai apa yang kita buat pada orang lain sama ada kita kenal atau tidak. 


6. BUAT SECARA CONSISTENT

Apa yang saya kongsikan 5 perkada di atas, perlu di buat secara consistent. Ambil masa sikit selepas kita present atau appointment, untuk kita duduk sekejap, dalam masa 5-7 minit untuk buat karangan (macam karangan masa kita SPM)...cuma karangan untuk posting di social media nie tak de formal sangat bahasanya. Gunakan bahasa yang mudah orang baca dan faham. Kalau boleh, gunakan gaya bahasa macam mana kita bercakap.

Kalau anda nak tengok antara agent-agent yang saya lihat dia consisten share activity dia adalah macam link kat bawah ni. 

https://www.facebook.com/share/p/WvNd98zvVLponvkK/?mibextid=WC7FNe

Agent nie baru je join, tapi dia sangat rajin share kat FB dia setiap kali dia lepas jumpa prospect. Anda boleh tengok apa yang dia dia tulis dan macam mana dia tulis. Simple je, ikut cara orang active buat sales.

Ada banyak contoh lagi, tengok je posting2 dia yang lain.

So guys. Jangan tunggu lama-lama. Amalkan terus ilmu nie. 

Ingat, kita buat business, kena usaha untuk dapatkan sales. Baru la ada income masuk. Kalau hanya tunggu, payah nak dapat. 

Kepada sesiapa yang berminat nak mencuba kerjaya sebagai agent takaful bersama PruBSN dan Muqmeen Group. Boleh click link ni : http://jomextraincome.wasap.my


Aziz Riadi
Muqmeen Group




No comments:

Post a Comment