Rasulullah SAW pernah bersabda, seperti diriwayatkan oleh Abu Na’im:
- "كَادَ اْلفَقْرُ أَنْ يَكُوْنَ كُفْرًا" -
Maksudnya: "Kemiskinan itu hampir-hampir membawa kepada kekufuran."
Kalau kita baca hadith ini dengan hati yang terbuka, sebenarnya banyak pengajaran yang boleh kita ambil. Dalam bahasa mudah, hadits ini nak beritahu kita bahawa kemiskinan itu boleh jadi pintu kepada kekufuran, kalau kita tak jaga iman dan hati kita dengan baik.
Kisah di bawah antara contoh cerita sebenar yang berlaku dalam masyarakat. Apabila fikiran sudah tidak waras, syaitan pulak akan berbisik untuk hentikan penderitaan dengan cara yang salah.
1️⃣ Orang Miskin Perlu Sentiasa Berjaga-Jaga
Kemiskinan ni bukan sekadar tak cukup duit. Ia juga boleh menjadikan seseorang terdesak sampai sanggup buat perkara yang dilarang agama. Dalam masyarakat kita sendiri pun, kita pernah dengar:
* Seorang ayah yang terpaksa merompak sebab nak beri makan anak-anak
* Seorang ibu tunggal yang menjual diri kerana tak mampu bayar sewa dan belanja dapur
* Anak muda yang mencuri sebab terpengaruh nak bergaya macam kawan-kawan yang hidup mewah
Bila terlalu lama hidup dalam tekanan ekonomi, ada yang akhirnya tak kenal Tuhan, tak datang masjid, tak puasa, dan ada juga yang tukar agama kerana terpedaya dengan bantuan dan keselesaan yang ditawarkan.
Sebab tu orang miskin kena kuatkan jiwa dengan sabar dan syukur. Tapi kalau itu pun tak mampu, maka jalan satu-satunya ialah usaha keras untuk keluar dari kemiskinan — bukan untuk jadi kaya semata-mata, tapi untuk melindungi iman dari mudah goyah dan mungkin sampai buat perkara-perkara yang dilarang oleh agama.
2️⃣ Peringatan Kepada Orang Kaya
Hadits ini bukan untuk orang miskin je. Ia juga teguran kepada kita yang Allah beri rezeki lebih. Kalau orang miskin makin susah dan kita buat tak tahu, jangan terkejut satu hari nanti timbul jenayah, pecah rumah, perompakan — semua tu datang dari tekanan hidup yang melampau.
Sebab tu Islam mewajibkan zakat, dan galakkan kita bersedekah. Zakat bukan sekadar ibadah, tapi alat pembahagian ekonomi yang adil.
Ingat, hubungan antara orang kaya dan orang miskin perlu dijaga. Bukan dengan pagar tinggi dan CCTV je, tapi dengan pagar kasih sayang dan keprihatinan.
Kalau antara kita sudah senang, panjangkanlah tangan untuk hulur bantuan, jangan tinggikan pagar untuk jarakkan sempadan.
3️⃣ Kemiskinan Bukan Sekadar Material, Tapi Juga Jiwa
Satu lagi perkara penting — kemiskinan bukan semata-mata pasal duit. Rasulullah SAW bersabda:
"Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta, tetapi kekayaan itu adalah kaya jiwa."
(HR Bukhari & Muslim)
Ramai orang yang luar nampak kaya, tapi jiwanya kosong. Ada yang kedekut nak bayar zakat, tamak dalam bisnes, tipu cukai, bahkan sampai sanggup rasuah dan menipu. Itu semua tanda miskin jiwa, walaupun dompet tebal.
Hakikatnya, miskin jiwa lebih bahaya daripada miskin harta. Orang kaya yang miskin jiwa boleh jadi lebih teruk daripada orang miskin yang miskin harta. Dan yang paling parah — bila kedua-duanya miskin serentak: miskin harta, miskin jiwa. Na’udzubillah.
Kesimpulannya,
Hadith Nabi ni bukan sekadar peringatan, tapi peringatan berganda. Untuk orang miskin, agar kuatkan iman dan usaha. Untuk orang kaya, agar jangan leka dengan harta dan bantu yang memerlukan.
Islam sangat menekankan keseimbangan: kaya tak semestinya mulia, miskin tak semestinya hina. Yang penting adalah kaya iman, kukuh akhlak, dan ada tanggungjawab sosial dan sesama insan.
Anda ingin belajar untuk tambah income? Saya boleh ajar untuk tambah income dalam bidang Takaful antara RM 1,000 hingga RM 1,500 sebulan dalam masa 3 bulan anda join...Nak cuba? boleh click link
http://jomextraincome.wasap.my
http://jomextraincome.wasap.my
http://jomextraincome.wasap.my
Aziz Riadi
Financial Educator
Muqmeen Group
No comments:
Post a Comment