01 June 2025

HIBAH TAKAFUL (BERSYARAT) BOLEH DICABAR DAN KALAH DI MAHKAMAH?

 


Viral baru-baru nie berkenaan kisah posting di facebook seorang influencer membangkitkan isu berkenaan hibah takaful boleh dicabar di mahkamah dan disertakan sekali bukti case dengan screen shot.

Apa yang saya nampak, ia mungkin berpunca dari amalan jualan (sales practice) yang dilakukan oleh ejen-ejen takaful, yang mana mereka mempromosi atau menekankan bahawa "Hibah Takaful tidak boleh dicabar". Maksudnya adalah, once penamaan secara conditional hibah atau hibah bersyarat tu telah dibuat dalam mana-mana sijil takaful, ia adalah sah dan tidak boleh dicabar oleh mana-mana pihak khususnya waris atau sesiapa yang ada kaitan dengan waris.

Jadi, kalau ditakdirkan kematian berlaku, wang pampasan yang diterima akan dapat pada individu yang dinamakan dalam sijil takaful tanpa sebarang sekatan dan ia adalah bukan sebahagian dari harta pusaka dan tidak tertakluk kepada hutang simati dan juga faraidh untuk waris.

Pada satu sudut ianya adalah betul. Hibah takaful tidak boleh dicabar (untuk maksud seperti yang dinyatakan dalam akta perkhidmatan islam (APKI 2013) atau IFSA 2013. Tapi hakikat sebenarnya, semua undang-udang, tatacara, dan apa sahaja kaedah "boleh dicabar"...cuma hasil cabaran tu akan berbeza mengikut sistem sokongan yang ada.

Sebagai contoh, kalau hibah takaful dicabar. Tapi disokong oleh akta perkhidmatan kewangan islam (IFSA 2013) yang dah clearly stated ada mention klausa berkenaan dengan hibah takaful. Ia akan memberikan hasil keputusan berbeza kalau dicabar sekali pun.

Cuba baca keratan dari Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (APKI 2013) nie.


Ini adalah Jadual dan Seksyen yang menyatakan berkenaan dengan undang-undang penamaan (nomination)



Berbalik kepada kisah yang viral nie pulak. Rupanya, ada banyak cerita di sebalik cerita. Ada kisah silam antara keluarga Arwah dan juga balu arwah. 

Cuba tengok screen shot ni.


Jadi, kes nie saya klasifikasikan sebagai terpencil dan ada sebab lain yang bukan biasa. Namun, ia tidak boleh diambil ringan sebab ia boleh dijadikan rujukan pada masa akan datang.

Cuba tengok gambar di atas nie. Terang-terang ada dinyatakan..

"Jadual ini mengatasi sijil takaful dan mana-mana undang-undang bertulis yang lain"

Menurut apa yang saya faham, akta ini sudah cukup kuat untuk menyokong bahawa hibah takaful (hibah bersyarat), walau pun dicabar oleh mana-mana undang-undang bertulis yang lain, ia akan tetap mengatasi undang-undang lain. Bahasa awam adalah dia akan tetap menang.

Cabar memang tetap boleh dicabar, tapi menang belum tentu.

Aziz Riadi
Financial Educator
Muqmeen Group
019-323 2121

Untuk sebarang khidmat nasihat, boleh click link http://financialcoach.wasap.my

Untuk yang berminat untuk jadi agent takaful dan boleh jana income RM 5,000 hingga RM 10,000 sebulan. Boleh click link https://joinmuqmeen.wasap.my

No comments:

Post a Comment