02 June 2025

APA YANG KITA FIKIR TENTANG APA YANG ORANG KATA ITU PENTING


Saya nak kaitkan sikit dengan kisah viral hibah takaful boleh dicabar. Kalau tanya orang yang mungkin faham concept dan idea nie, perkara ni takde la pelik sangat. Boleh je setuju pekara ni dan memang betul pun. Tak perlu ambil kira hasil keputusan cabaran.

Cuma, yang agak merbahaya kepada orang yang mungkin kurang faham dan ambil terus bulat-buat secara literal. Akibatnya ada yang amik keputusan yang bukan maksud tujual asal isu dibangkitkan.

Contoh :

1- "Apa?..hibah takaful boleh dicabar?.dan kalah?..tak guna la ambil hibah takaful kalau macam tu. Membazir. Hujung-hujung boleh dicabar dan kalah".
Message macam nie, kalau ada yang ambil secara literal, tanpa penjelasan, itu yang ada siap surrender sijil takaful mereka disebabkan oleh statement2 macam nie. Baik2 ada coverage, disebabkan panik, terus surrender.

Kalau ada agent, maybe agent boleh advice. Tapi kalau jenis yang terus surrender di HQ atau mana2 counter syarikat takaful tertentu...dan surrender accepted....dah la tak dapat balik semua duit caruman, coverage pun dah takde.

2- "Tak payah la amik takaful nie, menipu je. Last2 kena cabar, agent cakap tak boleh dicabar. Hakikatnya?..Scam je takaful ni"

Ada juga yang sampai message macam nie. Jadi, ia akan bagi impact negative kepada orang ramai. Yang baru berkira-kira nak mulakan coverage takaful, mungkin cuma jadi Hibah "nanti dulu" atau Hibah "Fikir Dulu" atau hibah "Bincang dengan pasangan dulu"...

Siapa yang berisiko?..memang la, benda tu tak de kena mengena dengan kita dan sebagai agent, boleh je move to the next. Tapi, naratif negative terkadang lebih cepat tersebar luas berbanding benda2 positive.

Sedangkan kalau rujuk pada sample case yang viral nie, part takaful system tu dah jelas bayaran memang dapat. Bukan claim declined. Kalau claim declined lain la...ini dalam masa 4 hari terus dapat duit RM 1 juta ++.

Dan uniknya, untuk dapatkan RM 1 juta tu, bukan perlu simpan1 juta. Berapa % sahaja dari nilai pampasan yang client dah carum sebelum nie. Ini la yang dipanggil discounted money. Dapat pampasan takaful bukan macam simpan kat bank. Nak kena ada RM 1 juta ++ ringgit baru boleh keluarkan RM1 juta.

3- "Baru nak sign up hibah takaful, dengar cerita macam nie, terus takut nak sign up"
Yang dirisaukan adalah case hibah dicabar dan kalah di mahkamah tinggi. Tapi, dia tak aware yang berapa ratus juta atau dah cecah bilion pampasan dibayar oleh operator takaful seluruh negara. Yang tu dia tak nampak sebab dia tak tahu dan tak sedar. So, tugas agent kena terangkan semula.

Jadi, pesanan saya, untuk sesiapa yang nak sign up hibah takaful tu, teruskan sign up dan sign up segera.

Yang dah ada tu, kalau masih mampu dan tak ganggu cash flow, teruskan la. Sebab kita tak tahu perkara yang bakal menimpa kita.

Cuma, sekarang nie, timbul pulak cerita atas cerita.

Nanti saya kongsikan saya punya hipotesis sejak dari awal benda nie tersebar. Apa reason saya berhipotesis sedemikan. Mungkin boeh dijadikan sebagai rujukan untuk anda kenal atau jangka apa yang akan berlaku sekiranya tanda2 seperti case yang viral nie terjadi.

Seperkara lagi, perbincangan, perdebatan secara ilmiah dalam industri dan bidang yang sama, sangat bagus. Tapi kalau sampai mendatangkan pandangan negative masyarakat, pada saya itu sangat merugikan.

Market penetration takaful masih lagi 20% semenjak Takaful diperkenalkan pada tahun 1985 (syarikat takaful malaysia ditubuhkan). Masih ramai lagi yang belum faham dan sedar mengenai kepentinngan adanya perlindungan kewangan khususnya takaful. Dan rasanya industri takaful di Malaysia pun bukanya besar sangat, balik2 jumpa orang yang sama lebih kurang je.

Memanglah yang masuk memang ramai, yang quit boleh tahan ramai. Jadi, sama-sama naikkan industri takaful kepada tahap yang lebih baik. Aziz Riadi Financial Educator ShRFP

HP:0193232121

Click link http://jomjoinmuqmeen.wasap.my untuk yang berminat nak tambah income sebagai penasihat Takaful.

No comments:

Post a Comment