Rawatan perubatan bukan satu perkara yang boleh dipandang ringan sekarang ini. Saban tahun, kos rawatan meningkat. Perkara ini sudah menjadi cabaran global. Bukan setakat di negara kita, malah diseluruh dunia.
Saya ada terbaca berita di Berita Harian, Kosmo dan beberapa akbar utama yang yang..
Dari apa yang saya baca, artikel itu sebenarnya ingin memberi maklumat kepada orang ramai bahawa HKL mempunyai kemudahan perubatan antara yang terbaik di dunia.
Menurut Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr Harikrishna K.R. Nair, HKL bukan hanya tempat untuk rawatan bagi pesakit yang berpendapatan rendah, malah ada golongan T20 atau VIP yang menggunakan kemudahan hospital HKL.
Dari apa yang saya baca, artikel itu sebenarnya ingin memberi maklumat kepada orang ramai bahawa HKL mempunyai kemudahan perubatan antara yang terbaik di dunia.
Menurut Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr Harikrishna K.R. Nair, HKL bukan hanya tempat untuk rawatan bagi pesakit yang berpendapatan rendah, malah ada golongan T20 atau VIP yang menggunakan kemudahan hospital HKL.
Hospital di ibu kota itu bukan lagi hanya menyediakan perkhidmatan untuk pesakit berpendapatan rendah, sebaliknya kini semakin ramai golongan berpendapatan tinggi mendapatkan rawatan di fasiliti itu - Datuk Dr Harikrishna K.R. Nair
Selain itu, beliau juga ada menyatakan
Peningkatan jumlah pesakit daripada kumpulan T20 dan VIP mencerminkan keyakinan mereka terhadap kualiti penjagaan serta kepakaran perubatan hospital berkenaan - Di petik dari News Straits Times
Walau demikian, Pihak HKL tidak sesekali mengamalkan sikap pilih kasih dalam memberi perkhidmatan perubatan dengan berdasarkan tahap kewangan. Semua golongan perlu ikut giliran, tidak kira sama ada mereka dari golongan rakyat biasa atau pun VIP.
Namun, pada yang sama, kalau ada mana-mana golongan yang mempunyai kemampuan kewangan, mereka boleh mendapatkan perkhidmatan perubatan di HKL untuk yang berbayar. HKL ada menyediakan wad kelas pertama, kedua dan ketiga. Sekiranya ada pihak yang berkemampuan dari segi kewangan, mereka boleh membuat bayaran dan memilih untuk masuk wad kelas pertama.
Selain daripada kemudahan kesihatan bertaraf dunia, golongan T20 dan VIP juga memilih HKL disebabkan oleh limit medical card mereka yang sudah habis. Bila dah sakit, memang sukar untuk upgrade medical card, jadi tiada pilihan mereka dapatkan rawatan di HKL.
Kalau 15-20 tahun dulu, mungkin kos rawatan tidak begitu tinggi dan pakej2 plan perubatan pun cukup dengan setahun RM 50,000, RM 100,000, RM 150,000 dengan had seumur hidup, pulak RM 150,000, RM 200,000, RM 300,000 dan RM 450,000.
Tapi sekarang dengan kos rawatan semakin meningkat atas banyak sebab dan faktor. Tambahan lagi risiko pelbagai penyakit pada usia muda bukan jaminan untuk tak kena sakit kritikal, atau penyakit yang memerlukan kos yang tinggi, menyebabkan orang yang ada pakej medical card yang lama-lama sudah mencapai had tahunan atau had seumur hidup.
Atas faktor ini, mereka yang sudah capai had medical card seumur hidup dan tidak berpeluang untuk ambil yang baru, mula berpindah tumpuan ke HKL untuk mendapatkan rawatan.
Selain dari itu, masalah ini juga yang menyebabkan penyedia medical card takaful atau syarikat takaful mula membangunkan pelbagai product perubatan (medical card plan) yang lebih bertahan untuk untuk jangka masa panjang. Sebagai contoh dengan menawarkan had tahunan yang tinggi dan tiada had seumur hidup.
Kemudian, dengan bertambahnya orang sign up medical card plan yang baru, akhirnya masalah lain pula timbul di mana, caj takaful (tabarru' caj) semakin meruncing dan akhirnya terpaksa pihak syarikat menyemak kadar kenaikkan medical card dengan lebih kerap.
Cuma persoalan yang mungkin kita perlu fikirkan, adakah dengan kita surrender medical card (untuk yang still mampu bayar dengan banyak pilihan co-payment, co-takaful atau deductible) dan beramai-ramai bertumpu ke hospital boleh menyelesaikan masalah kita untuk mendapat rawatan lebih cepat?
Daripada apa yang saya boleh lihat, kebanyakkan golongan T20 dan VIP ni yang beralih ke hospital kerajaan ni especially HKL, adalah disebabkan oleh beberapa perkara seperti di bawah, antaranya :
1- Pemegang policy yang limit dah habis ni biasanya dan kebanyakkannya dah ada sakit yang tak boleh nak upgrade limit. Kalau nak kata takde budget, mereka golongan T20 dan VIP, rasanya takde masalah dari segi budget. Cuma kenapa boleh habis limit dan tak upgrade?. Kesimpulan yang saya boleh buat adalah, sebab dah ada sakit yang tidak membolehkan mereka mendapat tawaran untuk upgrade limit.
Sebagai contoh, dah ada sakit kritikal macam cancer, sakit buah pinggang dan juga sakit jantung atau dah ada kencing manis (bacaan HbA1c yang dah masuk pre-diabetes atau Diabetes Mellitus (DMTM).
Sebagai rujukan untuk bacaan HbA1c :
• < 7.0% → Umumnya disasarkan untuk kawalan baik (mengurangkan risiko komplikasi).
• > 8.0% → Kawalan lemah, risiko komplikasi tinggi (mata, buah pinggang, saraf, jantung).
Saya ringkaskan tahap bacaan HbA1c daripada normal sehingga tahap Diabetes Mellitus (DMTM) ikut garis panduan umum (WHO - World Health Organization):
📊 Tahap Bacaan HbA1c
1. Normal
• < 5.7%
• Risiko rendah untuk diabetes.
2. Pra-diabetes (Impaired Glucose Regulation / Risiko Tinggi)
• 5.7% – 6.4%
• Menunjukkan ada risiko kencing manis, tapi belum disahkan sebagai diabetes.
• Peringkat ini penting untuk kawal gaya hidup (diet, senaman, turunkan berat badan).
3. Diabetes Mellitus (DMTM)
• ≥ 6.5%
• Bacaan ini menunjukkan diabetes jika disahkan sekurang-kurangnya dua kali ujian berasingan atau disokong dengan ujian gula darah lain (FBS/OGTT).
Adakah kencing manis ini boleh di kawal?..Ya, sudah tentu boleh.
Saya share kat bawah nie, target untuk kawalan kadar HbA1c untuk rujukan anda.
Saya share kat bawah nie, target untuk kawalan kadar HbA1c untuk rujukan anda.
🎯 Sasaran Kawalan HbA1c untuk Pesakit Diabetes
• < 7.0% → Umumnya disasarkan untuk kawalan baik (mengurangkan risiko komplikasi).
• 7.0% – 8.0% → Masih diterima untuk pesakit tertentu (contoh: warga emas, ada penyakit kronik lain).
• > 8.0% → Kawalan lemah, risiko komplikasi tinggi (mata, buah pinggang, saraf, jantung).
2- Sudah rasa tiada keperluan untuk tambah atau upgrade plan disebabkan mungkin dan berserah dan harapkan rawatan dari hospital kerajaan. Perlu diingat tak semua T20 ni, pandai manage duit secara holistic. Dan kalau kena sakit kritikal atau sakit yang memerlukan rawatan yang berterusan ni, tak semua kos rawatan boleh gunakan manfaat medical card.
Sebagai contoh, kalau kena cancer, kos rawatan cancer macam kimoterapi atau radioterapi mungkin boleh claim medical card. Tapi ada banyak kos yang kena pakai duit sendiri. Macam kos nak beli supplement, makanan2 khusus dan sebagainya. Dan kos tu bukan murah. Jadi, pilihan terakhir, adalah balik kepada kemudahan yang disediakan oleh kerajaan. Jadi, kena le berkongsi dengan semua golongan termasuk M40 dan B40.
Akhir sekali, pada pendapat saya, permasalahan untuk ekosistem medical takaful atau insurans akan lebih mencabar dari semasa ke semasa...Jadi, nasihat saya, kalau masih sihat, rancanglah plan takaful anda khususnya yang sudah mula menunjukkan tanda-tanda risiko.
Sekiranya anda ingin mendapatkan pelbagai nasihat kewangan. Boleh hubungi saya di http://financialcoach.wasap.my
Sekian.
Jangan lupa Follow Blog saya http://www.azizriadi.com.my
Aziz Riadi
Jangan lupa Follow Blog saya http://www.azizriadi.com.my
Aziz Riadi

No comments:
Post a Comment