12 September 2025

INFO BERKENAAN INCONTESTABLE PERIOD DAN JUGA WAITING PERIOD



Antara perkara yang menjadi selalu menjadi pertikaian atau arguement antara client dengan company dan juga agent takaful adalah bila CLAIM KENA REJECT / DECLINED.

Apa pula punca utama claim kena reject atau declined. Antara sebab utama adalah

Masalah ketika nak apply, apabila ada maklumat yang patut diisytiharkan, sebaliknya disembunyikan.

Jadi, sebagai maklumat tambahan dan juga pembelajaran berkenaan dengan sistem takaful nie, saya nak share kali ini berkenaan dengan istilah, terma dan syarat dan contoh-contph yang berkaitan serta apa risikonya sekiranya client atau peserta takaful sedar atau tahu benda nie?..

Iaitu istilah "INCONTESTABLE PERIOD dan WAITING PERIOD"


Baiklah, apa kata saya fahamkan anda semua berkenaan denga



Apa itu Incontestable Period dalam insurans?


Ramai orang bila dengar istilah pelik dalam insurans terus pening kepala. Salah satunya ialah incontestable period. Senang cerita, ini adalah tempoh masa biasanya 2 tahun pertama selepas kita ambil polisi insurans atau takaful.


👉 Dalam tempoh ni, syarikat insurans boleh “check balik” apa yang kita isi masa apply. Kalau ada maklumat tak betul atau kita sorok penyakit, mereka boleh tolak claim. 


Tapi lepas 2 tahun berlalu, polisi tu jadi lebih “selamat” – syarikat dah tak boleh sewenang-wenangnya untuk batalkan, kecuali kalau terbukti ada terjumpa pekara-pekara yang mempengaruhi keputusan underwriting (penilaian risiko) atau penipuan (fraudulent).

Perkara yang boleh mempengaruhi keputusan underwriting nie contoh dia macam nie.

Katakanlah client pernah dapatkan rawatan dan juga pemeriksaan jantung dalam 3-4 tahun di klinik sebagai pesakit luar sebelum beliau sign up takaful. Rawatan tersebut pulak ada bukti bahawa Doktor berikan preskripsi ubat berkenaan dengan rawatan jantung. 

Semasa sign up, client tak declare pun yang beliau pernah dapatkan rawatan dan pemeriksaan, apa yang dideclare dalam proposal form adalah "NO".

Masalah jantung yang pernah dihidapi boleh client ni mempengaruhi keputusan pihak underwriter semasa process underwriting. Maksudnya, client ini berisiko tinggi claim manfaat takaful disebabkan oleh jantung yang sudah ada risiko penyakit.

Contoh mudah:

Contoh #1


Ali ambil polisi Januari 2023. Dia meninggal pada Oktober 2024 (masih dalam tempoh 2 tahun). Bila check, rupanya Ali sorok masalah jantung. Claim boleh ditolak.


Contoh #2
Kalau Ali meninggal pada Mac 2026, walaupun masalah jantung tu ada, sebab dah lepas 2 tahun → polisi incontestable, syarikat wajib bayar claim kecuali kalau takde 2 perkara ini.

1- Terjumpa bukti yang Ali memang pernah ada sejarah masalah jantung sebelum cover date bermula. 

2- Ada unsur-unsur penipuan.

Jadi, kalau syarikat takaful dah jumpa 2 perkara di atas, mereka boleh cancel sijil takaful dan wang caruman tidak akan dikembalikan disebabkan ada cubaan tidak jujur dan juga penipuan walau pun sijil takaful sudah lebih dari 2 tahun.


❓ Apa beza Contestable Period dengan Waiting Period?


Dua istilah ni memang selalu buat orang keliru.


📌 Contestable/Incontestable Period → Tempoh semak kejujuran (biasanya 2 tahun). Fokus pada apa yang kita isi masa apply polisi.

📌 Waiting Period → Tempoh tunggu sebelum perlindungan tertentu aktif (contoh: sakit kritikal ada waiting period 90 hari). Fokus pada bila manfaat boleh digunakan.


Senang cerita:


Contestable period = syarikat boleh check kalau kita jujur masa apply.


Waiting period = walaupun polisi sah, manfaat belum boleh claim dalam tempoh tertentu.

Sekiramya anda ingin tahu berkenaan pelan takaful yang sesuai, boleh hubungi 019-3232121.


Terima kasih


No comments:

Post a Comment