20 July 2026

PELAN PELINDUNGAN TAKAFUL YANG KOMPREHENSIF UNTUK KANAK-KANAK PRUBSN ASAS360



PruBSN Asas360: Pelan Takaful Kanak-Kanak Yang Bermula Sejak Dalam Kandungan?

Ramai ibu bapa mula mencari pelan takaful hanya selepas anak dilahirkan. Hakikatnya, risiko kepada ibu dan bayi sudah bermula sejak tempoh kehamilan.

Atas sebab itu, PruBSN memperkenalkan PruBSN Asas360, sebuah pelan takaful keluarga yang membolehkan perlindungan anak bermula seawal 13 minggu kehamilan hingga 36 minggu, bergantung kepada rider yang dipilih.

Ia direka sebagai pelan perlindungan menyeluruh yang boleh berkembang mengikut setiap fasa kehidupan anak.

Apa Itu PruBSN Asas360?

PruBSN Asas360 ialah pelan takaful berkaitan pelaburan (Investment-Linked Takaful) yang menggabungkan beberapa elemen perlindungan dalam satu pelan.


Antara komponen yang boleh disertakan ialah:


* Perlindungan hayat (Pampasan Kematian)

* Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD)

* Kad perubatan

* Penyakit kritikal

* Kemalangan

* Simpanan dan pelaburan

* Perlindungan kanak-kanak

* Perlindungan sehingga umur 100 tahun (bergantung kepada manfaat yang dipilih) 

Konsep ini membolehkan ibu bapa membina pelan mengikut keperluan dan bajet keluarga, bukan terhad kepada satu manfaat sahaja.


Mengapa Pelan Ini Menarik Untuk Ibu Bapa?


1. Perlindungan Bermula Seawal Dalam Kandungan

Antara ciri yang membezakan PruBSN Asas360 ialah rider Baby TotalCare.


Melalui rider ini, perlindungan boleh bermula apabila kandungan mencapai 13 minggu kehamilan sehingga anak berumur 7 tahun (umur hari jadi berikutnya). 

Ini bermakna perlindungan bukan sahaja diberikan kepada bayi selepas lahir, malah turut meliputi beberapa risiko sepanjang kehamilan.


2. Perlindungan Untuk Ibu Semasa Kehamilan


Baby TotalCare turut menyediakan manfaat berkaitan komplikasi kehamilan seperti:


* Komplikasi kehamilan tertentu

* Pembedahan caesarean kecemasan akibat kelahiran pramatang

* Sokongan berkaitan kesihatan mental ibu

* Elaun hospital harian bagi kemasukan hospital akibat komplikasi kehamilan 


Bagi ramai keluarga, kos rawatan akibat komplikasi kehamilan boleh menjadi beban kewangan yang tidak dijangka.


3. Perlindungan Bayi Selepas Dilahirkan


Selepas bayi dilahirkan, Baby TotalCare menyediakan perlindungan untuk beberapa keadaan seperti:

* Kemasukan ke NICU/HDU/ICU

* Rawatan fototerapi bagi jaundis neonatal

* Hospitalisasi akibat keadaan kongenital yang dilindungi

* Elaun hospital harian bagi keadaan yang layak 


Ini membantu mengurangkan tekanan kewangan sekiranya bayi memerlukan rawatan intensif pada awal kelahiran.


4. Perlindungan Penyakit Congenital (Penyakit sejak lahir)


Salah satu kelebihan penting ialah perlindungan terhadap sehingga 28 keadaan kongenital, termasuk pelbagai kecacatan struktur yang disenaraikan dalam sijil dan brochure produk. 

Perlu diingat bahawa syarat, definisi dan senarai keadaan yang dilindungi adalah tertakluk kepada dokumen sijil rasmi.


5. Perlindungan Gangguan Perkembangan Kanak-kanak


Baby TotalCare juga merangkumi beberapa gangguan perkembangan kanak-kanak seperti:


* Severe Autism Spectrum Disorder

* Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)

* Gross Motor Developmental Delay

* Speech Developmental Delay

Manfaat ini tertakluk kepada definisi dan syarat yang dinyatakan dalam sijil takaful. 

Ini merupakan antara ciri yang jarang ditemui dalam pelan perlindungan tradisional.


6. Perlindungan Penyakit Kritikal Kanak-kanak


Selain Baby TotalCare, ibu bapa boleh memilih rider Vital Care Plus.


Rider ini memberi manfaat sekaligus (lump sum) sekiranya anak didiagnosis dengan penyakit tertentu seperti:


* Leukemia

* Severe Asthma

* Penyakit khusus kanak-kanak lain yang dilindungi


Perlindungan ini berterusan sehingga umur 25 tahun. Selepas itu, ia boleh bertukar secara automatik kepada rider dewasa (Crisis Protector) yang menyediakan perlindungan terhadap 43 penyakit kritikal, tertakluk kepada terma pelan. 


7. Kad Perubatan Tanpa Had Tahunan dan Seumur Hidup


Sekiranya ditambah dengan rider Health360, pelan ini menawarkan:


* Tiada had tahunan

* Tiada had seumur hidup

* Rawatan pesakit dalam

* Pembedahan

* Rawatan pesakit luar tertentu

* Rawatan kanser

* Rawatan buah pinggang

* Rawatan kesihatan mental

* Pilihan bayaran bersama (co-payment) dan Smart Value Point mengikut bajet pelanggan.


Siapa Yang Sesuai Mengambil Pelan Ini?


Pelan ini sesuai untuk:


* Pasangan yang sedang merancang kehamilan

* Ibu yang sedang hamil

* Bayi yang baru lahir

* Ibu bapa yang mahu satu pelan perlindungan jangka panjang

* Keluarga yang ingin menggabungkan perlindungan hayat, perubatan dan penyakit kritikal dalam satu pelan


Kelebihan Utama PruBSN Asas360


Kesimpulan


Sebagai ibu bapa, kita tidak mampu meramal apa yang akan berlaku sepanjang kehamilan atau ketika anak sedang membesar. Namun kita boleh membuat persediaan awal agar cabaran kesihatan tidak menjadi beban kewangan kepada keluarga.


PruBSN Asas360 menawarkan pendekatan yang menyeluruh kerana perlindungan boleh bermula sejak dalam kandungan, diteruskan semasa zaman kanak-kanak dan disesuaikan sehingga dewasa melalui pilihan rider yang sesuai. Walau bagaimanapun, manfaat, syarat kelayakan, pengecualian dan jumlah perlindungan bergantung kepada rider yang dipilih serta terma dalam sijil takaful.

Hubungi kami : https://infoplantakaful.wasap.my


Sumber 

https://www.prubsn.com.my/en/products/protection/prubsn-asas-360/utm_source

11 May 2026

SUKA PERUBAHAN TAPI TAK SUKA BERUBAH



[ SUKA PERUBAHAN TAPI TAK SUKA BERUBAH ]

Biasa dengar benda nie?..Ramai yang sukakan perubahan. Nak tukar itu, nak upgrade ini, nak ubah jadi itu, nak ubah jadi ini. Tapi, bila mula nak lakukan perubahan, mula nampak cabaran dan terus hilang semangat, cari jalan keluar (exit window).

Sebenarnya dalam process nak berubah, apa yang penting adalah kesedaran diri kita untuk berubah. Apa purpose kita untuk berubah? Tanya soalan ni bebetul. 

Semak balik, kalau kita berubah untuk dipandang manusia, dikhuatiri takkan bertahan lama. Kalau berubah sebab kita nak Allah pandang kita (untuk jadi hamba yang lebih baik dan bertakwa, mudah-mudahan Allah bantu kita istiqomah).

Cuma ada banyak persoalan yang timbul dalam benak fikiran seseorang bila berbicara tentang Kesedaran Diri atau Self Awareness. Apa yang perlu di "aware"kan?..Kenapa perlu di "aware"kan?, macam mana nak mula aware dan consistent aware?..Dan apa jadi kalau tak aware?..

Persoalan ini saya kongsikan dalam program Effective Leadership Workshop yang saya adakan kan di Training Camp saya di Agrocamp Janda Baik. 

Apa yang kita kena aware?...SELF POTENTIAL....ya, Potensi Diri...bila kita sedar yang kita ada potensi

1- Potensi untuk jadi lebih jadi lebih baik.

2- Potensi untuk jadi lebih berjaya, lebih kaya, lebih sihat, lebih bijak, lebih menyerlah dan sebagainya..

3- Potensi untuk hidup lebih simple, tenang dan gembira (happy)...

Kalau anda sedar yang anda ada potensi ini, saya yakin anda pasti mudah untuk berubah. Sebab setiap potensi ada satu perkara yang jarang sangat orang ambil perhatian...iaitu HOPE (harapan)..

Sebagai contoh, kalau seseorang itu sedar dan fikir dia masih ada harapan, saya sangat yakin beliau akan terus berusaha untuk berubah kepada yang lebih baik. Tapi sebaliknya, kalau seseorang itu sudah fikir yang beliau tiada harapan, di situlah titik permulaan untuk putus asa dan terus tidak berminat atau ada energy nak lakukan perubahan. 

Jadi, secara ringkasnya, kalau kita nak berubah, mulakan dengan meningkatkan tahap kesedaran kita kepada level yang lebih tinggi. 



Ada yang nak belajar secara praktikal macam mana nak tingkatkan kesedaran diri?..dan yang paling best adalah anda boleh belajar untuk bantu orang lain juga untuk tingkatkan kesedaran diri..

Bayangkan anda seorang leader yang memimpin sebuah pasukan atau team. Anda ada skill atau kemahiran dan pengetahuan yang mendalam berkenaan meningkatkan tahap kesedaran diri anda dan juga team anda, bayangkan, apa yang anda mampu capai dari segi results?

Untuk dapatkan results yang baik, saya ada formula untuk anda.

SA + L + T = R

Iaitu, bermula dengan Self Awareness, kemudian kembangkan kepada pembangunan leadership dalam diri, seterusnya bina team yang kita impikan (dream team), in sha Allah, result akan hadir dalam masa yang kita tidak sangka. 

Gambar : Antara sessi program leadership yang saya jalankan. Belajar bukan hanya dalam kelas, tapi belajar kat luar, tengok alam. Belajar dari Alam, dekat kan diri dengan Alam dan senantiasa connect dengan Pencipta Alam ini. In sha Allah anda akan belajar sesuatu sangat bermakna dan boleh boleh digunakan untuk bantu develop team anda ke tahap yang lebih baik.

Kepada yang nak join program leadership, masih ada slot kosong (tak banyak) sebab saya ambil peserta tak ramai.

Tarikh pada 5-7 Jun 2026. Jumaat - Ahad 


Boleh click link ni - 
Leadership Workshop Inquiry : Whatsapp Link : wa.link/ywzv7d

Atau terus register di link berikut : 

Link Form : https://forms.gle/qNUBcmUDip2a38BXA

In sha Allah saya dan team saya akan berikan maklumat lanjut. 

Program bermalam di Agrocamp Janda Baik, siap makan dan tempat tinggal.

Ingat "Rise and falls of any organization, depend on one word called - LEADERSHIP" John C Maxwell.

Belajar cara nak jadi leader yang bagus untuk develop team yang bagus dan dapat results yang bagus.

Kongsikan kepada rakan2 anda yang sedang mencari cara macam mana nak develop leadership dalam diri dan juga team.

Sekian.

Aziz Riadi

Sekian. 

21 April 2026

APA BEZA PREMIER BANKING DAN PRIVATE BANKING DI MAYBANK? APA KELEBIHANNYA?



Sumber Gambar : www.maybank.com.my

Di Malaysia, perbezaan utama antara Maybank Premier dan Maybank Private (dahulunya dikenali sebagai Private Wealth) terletak pada tahap kekayaan bersih (Asset Under Management - AUM) dan jenis perkhidmatan yang ditawarkan.


Secara ringkasnya, Maybank Premier adalah untuk golongan Affluent, manakala Maybank Private adalah untuk golongan High-Net-Worth Individuals (HNWI).


Berikut adalah perbandingannya:


1. Kelayakan (AUM)

Ini adalah faktor utama yang membezakan kedua-duanya:

Maybank Premier: Memerlukan pelaburan atau simpanan minimum **RM250,000** (Investable Assets) ATAU jumlah aset kewangan (termasuk pinjaman) sebanyak **RM1,000,000**.

Maybank Private: Biasanya memerlukan komitmen yang lebih tinggi, sering kali bermula dari **RM3,000,000** ke atas dalam bentuk aset boleh labur (pelaburan/tunai) untuk akses penuh kepada perkhidmatan *Wealth Management* yang lebih sofistikated.


2. Pengurus Perhubungan (Relationship Manager)

* **Maybank Premier:** Anda akan dibantu oleh seorang **Relationship Manager (RM)** yang menguruskan keperluan perbankan harian dan nasihat pelaburan asas.

* **Maybank Private:** Anda akan mendapat **Client Advisor** yang lebih khusus. Mereka bukan sahaja membantu dalam perbankan, tetapi juga terlibat dalam perancangan legasi, penyelesaian cukai, serta akses kepada pakar pelaburan global untuk portfolio yang lebih kompleks.


3. Keistimewaan & Akses


4. Manfaat Lain

Kadar Keutamaan: Kedua-duanya menawarkan kadar faedah/keuntungan yang lebih baik untuk simpanan dan kadar pinjaman yang lebih kompetitif berbanding pelanggan biasa.

Layanan Pantas: Anda tidak perlu beratur di cawangan biasa; sebaliknya, urusan dilakukan di lounge selesa atau terus melalui Relationship Manager anda.


Mana Satu Yang Sesuai Untuk Anda?


* Jika anda mempunyai simpanan/pelaburan sekitar **RM250k**, anda layak untuk **Maybank Premier**. Ia sangat bagus untuk memudahkan urusan perbankan harian dan mendapatkan nasihat pelaburan yang lebih peribadi.

* Jika aset anda sudah mencecah jutaan ringgit (**RM3 juta+**) dan anda memerlukan perancangan harta yang lebih mendalam (seperti pemindahan harta kepada waris atau pelaburan luar negara), **Maybank Private** adalah pilihan yang lebih tepat.

Antara kelebihan yang pada saya sangat bagus bila kita ada account premier atau private banking ini adalah access kepada product kewangan yang lebih menberi pulangan yang lebih tinggi disamping dapat berkenalan dengan ramai orang-orang yang mempunya high networth yang besar.

Anda nak tahu macam mana nak kumpul asset RM 250,000 untuk anda join premier banking?..dan selepas itu upgrade kepada asset under management RM 3,000,000 untuk anda ada access kepada private banking?

Perkara pertama sekali anda kena tahu adalah ILMU BERKENAAN WANG dan bagaimana nak JANA WANG daripada sumber yang sangat minimum dan kebanyakkan orang-orang yang bermula dengan tiada apa-apa boleh capai.

Boleh click link ni https://jomextraincome.wasap.my Saya akan bantu anda.

14 April 2026

CO-PAYMENT MEDICAL CARD : ANTARA FULL COVER, SMART SAVER 300 DAN SMART SAVER 1,000

 


Medical card yang ada di pasaran ada banyak jenis. Ada yang full cover (semua bill akan di bayar oleh syarikat Takaful) ada yang co-payment iaitu sebahagian besar syarikat Takaful akan bayar dan sebahagian lagi dibayar oleh pemegang sijil Takaful.

Di PruBSN Takaful, ada 2 jenis plan. Iaitu Takaful Health 360 dan juga Medic Total Care. 

Kali ni saya nak cerita pasal plan medical card Medic Total Care.

Medical card Medic Total Care. 

Details plan boleh download di sini : JADUAL MEDIC TOTAL CARE

Saya nak kongsikan 3 jenis co-payment (perkongsian bayaran).

1- FULL COVERAGE


Untuk plan jenis ini, semua cost rawatan (Bill rawatan) yang dikenakan oleh pihak hospital kepada client, akan dibayar oleh syarikat Takaful. Cuma ada beberapa kos yang mungkin client still kena bayar sebagai contoh Registration Fee, kos-kos yang tak berkaitan dengan rawatan (internet, bill telefon, rancangan TV berbayar) dan yang sebagainya.

Cuma, apa cabaran untuk plan ni?..Caruman untuk plan ini agak tinggi dan sekiranya kalau ada semakan harga medical card atau repricing, jumlah kenaikkan dia akan lebih tinggi berbanding dengan plan yang ada co-payment.

2- SMART SAVER 300 (SS300)


Untuk co-payment SS300, setiap kali masuk ward, client kena bayar RM 300 dan bil selebihnya akan dibayar oleh syarikat Takaful.

Contoh Situasi :

Client dapatkan rawatan sakit batu karang dan kos rawatan dalam RM 40,000. So, client kena bayar RM 300 (dan juga bil2 bukan rawatan seperti yang saya sebutkan di dalam No. 1). Balance RM 39,700 akan dibayar oleh syarikat Takaful.

Apa kelebihan plan ini?..Harga caruman lebih rendah dan menjimatkan. Kalau kena repricing pun harga tidak naik terlalu tinggi berbanding Full Cover.

Kekurangan dia, client kena standby duit sikit setiap kali nak warded. Tapi RM 300 pada saya, masih lagi boleh kita usahakan berbanding kalau nak bayar bil yang berpuluh atau beratus ribu atau pun terpaksa tunggu di hospital kerajaan. Betul tak?

3- SMART SAVER 1000 (SS1000)


Untuk pakej ini pula, setiap kali warded client kena bayar RM 1,000 daripada total bill dan syarikat takaful akan bayar baki bil. 

Sebagai contoh, kalau situasi macam no. 2, bill RM 40,000, client perlu bayar RM 1,000 dan baki RM 39,000, syarikat takaful akan bayar.

Untuk pakej ini, harga caruman bulanan akan lebih rendah berbanding SS300 dan Full Cover. Macam biasa, kalau kena repricing pun kesan kenaikkan tidak setinggi full cover dan SS300.

Untuk pakej ini, client dinasihatkan untuk sediakan dana kecemasan dalam bentuk tunai atau credit card minima RM 3,000 incase kalau perlu masuk ward lebih dari sekali dalam setahun. 

Kesimpulannya, jenis co-payment ini memberikan pilihan untuk sesuaikan budget client dalam usaha untuk memiliki medical card. 

Ya, medical card memang agak tinggi harganya, cuma bayangkan kalau sakit dan perlukan rawatan segera dan sakit tu pulak boleh mengancam nyawa kalau tidak dirawat segera. Kalau nak harapkan rawatan di hospital kerajaan, maybe kena tunggu lama.

Medical card takaful atau insurans tetap menjadi alternative sebagai persediaan dana untuk rawatan. Kalau tidak ada medical card, terpaksa la pakai dana sendiri. Kalau anda sanggup untuk habiskan semua simpanan anda untuk bayar kepada hospital atau Doktor untuk dapatkan rawatan segera, itu hak anda.

Tapi, untuk anda yang cerdik, gunakanlah Takaful untuk keluarkan modal sedikit tapi dapat coverage yang lebih besar dan boleh selamatkan daripada dana simpanan anda habis digunakan.

Kepada sesiapa yang ingin tahu pakej medical card yang sesuai untuk anda. Boleh click link http://infoplantakaful.wasap.my

Aziz Riadi
Senior Agency Manager
PruBSN Takaful Berhad
Muqmeen Group.





04 April 2026

EFFECTIVE LEADERSHIP WORKSHOP #1/2026 BY AZIZ RIADI

 








🔥 *LEADERSHIP WORKSHOP EXCLUSIVE @ AGROCAMP JANDA BAIK* 🔥

Bayangkan 3 hari 2 malam anda keluar dari kesibukan rutin… dan masuk ke satu ruang yang membentuk semula *mindset, leadership & direction hidup anda sebagai seorang leader.*

Bersama *Aziz Riadi* – Senior Agency Manager & practitioner aktif dalam industri Takaful selama **23 tahun**, yang telah melahirkan ramai leader dan membangunkan agency dari zero ke high performance.

📅 *Tarikh:* 1 – 3 May 2026
📍 *Lokasi:* Agrocamp, Janda Baik
🎯 *Fokus:* Leadership | Mindset | Strategy | Team Building

Ini bukan sekadar workshop biasa.
Ini adalah *turning point* untuk anda upgrade diri daripada “agent biasa” kepada *leader yang ada influence & direction jelas.*

⚠️ *Tempat TERHAD* – hanya untuk mereka yang serius nak naik level.

👉 Jika anda rasa stuck, penat buat sales tanpa direction, atau nak bina team yang solid…
Ini adalah platform yang anda tunggu selama ini.

📩 PM sekarang untuk secure slot anda sebelum penuh.

Click Link untuk Mendaftar : https://forms.gle/YrPrjoUTA27oFiTQ8

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Aziz Riadi (019-3232121)






10 March 2026

JENIS-JENIS TEMPOH MASA (PERIOD) DALAM SIJIL TAKAFUL YANG ANDA WAJIB TAHU.

 


PERHATIAN!!

Selalu sangat kita baca dan dengar di social media berkenaan kes-kes yang tak boleh nak claim berkenaan takaful atau insurans. Cuma, kalau daripada 100 cases yang tak boleh claim, rasanya lebih dari 60% biasanya disebabkan oleh syarat-syarat yang melibatkan tempoh masa atau saya panggil sebagai "period" selepas dari pada ini.

Setakat apa yang saya pernah semak dan kaji, ada lebih kurang 19 jenis tempoh masa yang atau period yang ada dalam sijil takaful atau policy insurans.

Saya akan senaraikan satu persatu dan terangkan dengan bahasa yang paling mudah untuk difahami. Mungkin ada terma yang agak teknikal, insha Allah saya akan gunakan analogy menerangkan fungsi dan juga contoh situasi bagi memudahkan anda faham.

Kita mulakan dengan...

1- FREE LOOK PERIOD 

2- WAITING PERIOD

3- INCONTESTIBLE PERIOD

4- GRACE PERIOD

5- COVERAGE PERIOD

6- MATURITY PERIOD

7- PAYABLE PERIOD

8- DISABILITY PERIOD

9- CERTIFICATE PERIOD

10- EXTENDED PERIOD

11- NO-LAPSED PROVISION PERIOD

12- HOLDING PERIOD

12- TPD LASTING PERIOD

14- DISABILITY PERIOD

15- ALLOWABLE PERIOD

16- PRE & POST TREATMENT PERIOD

17- EMERGENCY TREATMENT PERIOD

18- IRRELEVANT PERIOD

19- REPLACEMENT OF CERTIFICATE PERIOD 


TO BE CONTINUED


27 January 2026

KHAIRUL AMING - MASTER OF DEMAND CREATOR




Dalam ramai2 orang buat business (jual product) dan juga kedai makan atau restoran, saya lihat KA ni antara orang yang cukup pandai create demand. 

Kalau tengok dari message nie, sampai ada orang marah-marah disebabkan oleh tak dapat nak booking. Macam mana KA ni create satu fenomena yang sampaikan dia tak perlu bermodal besar untuk promote restoran Rembayung dia.

Memang la, kalau nak ikutkan dia punya follower memang dah berjuta, jadi senang nak promote atau bagi orang nampak, tahu dan semua nak menjadi sebahagian dari fenomena tersebut. Tapi, apa yang KA buat orang rasa kehilangan atau ketidaksempurnaan dalam hidup kalau tak dapat booking.

Maybe memang ada yang nak ride the trend, nak sama-sama in to the scene sementara tengah hot mengenai Rembayung ni. Sebenarnya, bukan setakat bergaduh nak booking, dari awal lagi netizen dah berdebat, dari segi lokasi, konsep, menu, nama Rembayung tu sendiri, dan macam-macam la. Semua menjadi topik perbincangan dalam social media. Berapa banyak KA jimat on marketing disebabkan oleh netizen dah tolong cover dah.

Bila saya tengok keadaan ini, saya teringat Coach Yuremi Mn pernah ajar dalam sessi Black Code beliau. Be a MASTER of DEMAND Creator. So, KA ni antara contoh yang sangat jelas untuk menggambarkan pemahaman saya berkenaan apa yang saya belajar dengan Coach Yuremi ni. 

Satu lagi statement yang saya tak lupa dan faham dan amalkan berkenaan dengan demand creator ini adalah "Sell to the kids, sell to the wife, don't forget the husband"..walau pun saya hanya datang sekali program black code dan follow beberapa series dalam Clubhouse masa PKP, ada banyak benda yang saya belajar dan amalkan dalam business yang saya buat sekarang nie. 

Saya buat business takaful, financial management, training dan agency development, bahasa mudah business yang tak nampak barang. Business yang kongsikan harapan, impian, kebimbangan dan juga jaminan kewangan. Walau pun tak nampak barang,  saya tetap gunakan teknik apa yang saya belajar dalam Black Code.

Apa2 pun KA pernah kongsikan blue print apa yang dia dapat sekarang ni, dia pernah kongsikan video macam mana dia bermula dengan create attention (buat content) yang orang suka tengok dan akhirnya bina follower. Solution yang KA ketengahkan adalah simple sahaja pada awalnya, tapi sentuh ramai lapisan orang. 

Saya yakin, kalau KA mungkin satu hari nanti buat cabang business lain, sama ada yang berkaitan dengan F&B atau tidak, akan ada orang yang akan marah-marah sebab dia tak dapat beli atau rasa atau guna apa yang KA jual...😀.

Oklah, itu je nak share. Takde intention lagi nak cuba makan kat Rembayung, satu hari nanti pada masa akan datang tak tahu la...maybe akan cuba jugak. Sebab saya memang suka cuba kedai2 viral nie.

Untuk yang nak belajar jana income dalam bidang Takaful, boleh click link di comment. Atau DM saya untuk info lanjut. Sekarang syarikat yang saya wakili ada offer untuk sesiapa yang baru join sebagai agent, ada peluang untuk jana income atau simpanan lebih dari RM 40,000 lebih dalam masa 12 bulan. Tempat terhad, sesiapa yang masih belum dapat pekerjaan yang setara dengan apa yang anda inginkan boleh la click link di comment.

AAR

Muqmeen Group

Icity Shah Alam