17 March 2016

TIPS KEWANGAN : Apabila sampai masa...

Apabila sampai masa......


Saya mulakan penulisan saya dengan 2 potong ayat Al Quran surah Al Baqarah (Ayat 180-181)


Surat al-Baqarah ayat 180-181
كُتِبَ عَلَيْكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ إِنْ تَرَكَ خَيْرًا الْوَصِيَّةُ لِلْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَبِينَ بِالْمَعْرُوفِ حَقًّا عَلَى الْمُتَّقِينَ (١٨٠) فَمَنْ بَدَّلَهُ بَعْدَمَا سَمِعَهُ فَإِنَّمَا إِثْمُهُ عَلَى الَّذِينَ يُبَدِّلُونَهُ إِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ (١٨١ (
Artinya:
180. Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, Berwasiat untuk ibu-bapak dan karib kerabatnya secara ma'ruf, (ini adalah) kewajiban atas orang-orang yang bertakwa.
181. Maka Barangsiapa yang mengubah wasiat itu, setelah ia mendengarnya, Maka Sesungguhnya dosanya adalah bagi orang-orang yang mengubahnya. Sesungguhnya Allah Maha mendengar lagi Maha mengetahui.


Saya ingin bertanya beberapa soalan kepada pembaca sekalian...

#1. Berapa ramai yang tahu ayat ini?
#2. Berapa ramai yang faham akan ayat ini?
#3. Berapa ramai yang sensitif dengan ayat ini?
#4. Berapa ramai yang faham akan kesan kalau tak buat apa yang ayat ini perintahkan?
#5. Adakah anda dah mulakan sesuatu untuk itu?..adakah kita fikir kita masih muda (walau pun ada harta)...kita tak perlu buat sesuatu mengenai wasiat?

Ada satu perkataan "wajib" pada permulaan ayat, dan sudah tentu ianya sangat penting. Persoalan di atas, anda jawab sendiri...

Kat bawah ni keratan akhbar Utusan, muka depan pada tahun 2011. So, sekarang saya percaya jumlahnya semakin bertambah disebabkan, tahap kesedaran masyarakat kita (muslim di malaysia) masih lagi belum terbuka minda mengenai penyediaan document pembahagian harta (wasiat atau hibah dan sebagainya)...


1-muka_hadapan

Kenapa penting benda nie kita buat awal?...pada saya simple je, sebab MATI kita tak tahu bila.....kalau ada tanda2, maybe sempat nak buat...tapi kalau takde tanda2...tetiba "pergi"...ia akan menjadi complicated. Yang kesian adalah waris yang ditinggalkan, kena pulak waris tak bekerja dan tiada sumber pendapatan atau pun waris (isteri atau anak2) tiada tempat bergantung....

Jadi, mulakan dengan ILMU. Saya akan sambung lagi beberapa artikel berkenaan dengan wasiat, pembahagian harta dan yang berkaitan.

Antara step2 yang anda perlu buat adalah...

#1 - Sediakan senarai harta anda (Harta Alih dan Tidak Alih)

Note : Harta Alih (duit dalam account (senaraikan accoun bank, jumlah dalam account tak perlu), kereta, emas, perak dan yang lain2 yang boleh di alihkan). Harta tak alih (rumah, tanah, bangunan dan sebagainya)

#2 - Senaraikan hutang-hutang anda. Jumlah hutang juga tidak perlu, just senaraikan hutang apa dan no account hutang tersebut

#3 - Senaraikan penerima harta (beneficiary - Waris Faraid dan juga Waris bukan Faraid)....Untuk waris bukan faraid (selain dari isteri, anak, suami, ibu dan ayah dan yang berkenaan, maximum hanya 1/3 sahaja jumlah harta boleh dibahagikan kepada waris bukan faraid)...sebagai contoh, kita nak sedekahkan ke Maahad Tahfiz, kita tak boleh sedekahkan lebih dari 1/3 dari jumlah harta2 kita kepada maahad tahfiz berikut. (Sila dapatkan khidmat nasihat wakil wasiat yang bertauliah)

Untuk waris bukan faraid (untuk 1/3 daripada harta kita, kita boleh agihkan ikut peratusan (%) yang kita nak)

Untuk waris Faraid, pembahagian akan ikut faraid.

#4 - Senaraikan pembahagian harta-harta tersebut (dari segi % atau jumlah...tapi nak mudah pakai % sebab kalau jumlah, maybe disaat nak dibahagi-bahagikan, jumlah mungkin telah berubah). Termasuk yang ingin dihibahkan.

Selesai semua listing ni, serahkan kepada agent wasiat anda untuk urusan draft wasiat sebelum anda semak dan ulang semak sampailah anda bersetuju dengan syarat2 yang anda inginkan.

NOTA : Ini sebagai perkongsian asas (apa yang saya buat) untuk rujukan pembaca sekalian. Sekiranya ia terdapat ketidaktepatan maklumat, anda boleh maklumkan kepada saya. 


Sekian.

Aziz Riadi
Coach Takaful #1
019-323 2121


Banner Fb Page Version 2.1

No comments:

Post a Comment