04 September 2020

Bagaimana nak register untuk CARUMAN SUKARELA KWSP?



Tahun 2019, ada pindaan dalam pengecualian cukai untuk Life Insurance dan juga Caruman KWSP. Kalau sebelum nie, pengecualian cukai untuk 2perkara di atas adalah seperti berikut.

- Insurans Hayat + KWSP : RM 6,000 setahun.
- Insurans Perubatan + Plan Pendidikan : RM 3,000 setahun.

Bila pindaan di buat, Jumlah pengecualian cukai untuk LIFE INSURANCE + CARUMAN KWSP = RM 7,000 TAPI....ia dipecahkan kepada 2 bahagian berasingan seperti berikut.


1- Insurans Hayat : RM 3,000 setahun
2- Caruman KWSP : RM 4,000 setahun
3- Insurans Hayat : RM 7,000 setahun untuk kakitangan kerajaan yang ambil skim pencen dan bukan mencarum ke KWSP.

Jadi, secara kesimpulannya, kalau dulu, sesiapa yang tidak mencarum dalam KWSP, beliau boleh maximumkan pengecualian cukai sebanyak RM 6,000 dengan mencarum dalam plan insurans hayat. Untuk sekarang nie, tak boleh lagi dah. Maximum untuk insurans hayat hanya RM 3,000 sahaja.

Untuk yang tak mencarum dalam KWSP macam mana nak dapatkan pengeculian cukai RM 4,000 tu?

Caranya mudah sahaja. Kita boleh mencarum sendiri secara sukarela.

Saya kongsikan pengalaman salah seorang agent saya iaitu Puan Nurul Hasanah (https://www.facebook.com/hasanah.nordin) membuat pendaftaran skim caruman sukarela di KWSP iaitu i-Saraan.

Boleh baca perkongsian beliau.


[ i-Saraan (Caruman Sukarela Insentif Persaraan KWSP) ]


Kalau korang bekerja sendiri , korang boleh mencarum secara sukarela dengan KWSP. 

Ada 2 jenis caruman sukarela.

1. Caruman Pilihan Sendiri. Boleh direct transfer daripada maybank2u atau beberapa online banking lain ke KWSP gunakan nombor ahli KWSP. Tak perlu daftar apa-apa. Tiada caruman minimum. Maximum setahun RM60,000. 

2. i-Saraan. Perlu mendaftar terlebih dahulu dengan KWSP. Tiada caruman minimum. Maximum setahun RM60,000. 

Kelebihan i-Saraan adalah, kerajaan akan bayar insentif 15% sehingga maksimum RM250 setahun. (Sehingga tahun 2022)
Hari ni saya buat pendaftaran untuk i-Saraan. 

Dalam tempoh PKPP ni, kita perlu buat appointment untuk sebarang urusan di kaunter KWSP. Appointment boleh dibuat secara online dilaman web KWSP: 
https://www.kwsp.gov.my/ms/janjitemu

Kenapa saya buat caruman sukarela i-Saraan?
1. Mempelbagaikan sumber dana untuk hari persaraan saya. 
2. Boleh dapat pelepasan income tax sehingga RM4000 setahun
3. Dapat insentif kerajaan sebanyak 15% atau maximum RM250 

Kalau kita buat caruman melalui internet banking, pastikan kita pilih i-Saraan pada EPF Account Type. Kalau kita pilih Self Contribution, amount tersebut tak dikira untuk dapat insentif 15%. Rugilah kan? 

*Sila scroll page untuk lihat semua gambar yang berkaitan.

Maklumat lanjut tentang i-Saraan boleh baca disini 
https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/i-saraan

Urusan sangat pantas. Appointment pukul 930am. Saya datang sedikit awal. Masuk pukul 921am, pukul 929am selesai urusan. 


Semoga bermanfaat.


Nurul Hasanah
Agent Takaful layak buka i-Saraan

No comments:

Post a Comment