So, point saya tulis entry kali ini adalah berkenaan kenapa client (pemohon) perlu berikan kerjasama penuh dan agent juga perlu berikan komitmen dalam proses nak apply takaful untuk client mereka.
Sebelum saya nak pergi kepada details point yang nak disampaikan, saya nak share satu real senario yang saya pernah alami satu masa dulu.
Ada sorang client nie apply plan medical card dan hibah dari saya. Jadi, macam biasa, proses nak apply dibuat secara digital menggunakan ipad melalui appls PruBSN Mobility. Bila semua details dah dimasukkan, seperti mana biasa, sampai kepada soalan Health Questionnaire. Saya pun tanya sejarah kesihatan prospect. Then prospect pun cerita la beberapa history penyakit beliau. Lepas tu saya submit.
Selepas 3-4 hari bekerja, keluar requirement untuk client buat urine test sebab ada history beliau pergi dapatkan pemeriksaan disebabkan kencing kotor (bahasa orang awam). Walau pun beliau buat pemeriksaan dah lebih 4 tahun, tapi, saya nasihatkan beliau untuk declare jugak.
Nak dijadikan cerita, client nie, punya la sibuk....sampai hampir 3 bulan set appointment untuk buat urine test asyik tak sempat manjang. Sampai la dah nak habis masa untuk buat test, saya dapat contact dia dan dia ada buat check up dalam 2-3 hari sebelum kita berhubung...dan Dr suspect ada something wrong (macam ada ketumbuhan di bahagian badan dia)....dan Dr suspect ia mungkin cancer (kalau ikutkan symptom2 yan nampak)...
Then, saya pun jadi....alamakkk....macam mana ni?...coverage pun belum approved lagi....cancer pulak waiting period 120 hari...dan kalau lepas waiting period pun sure kena tunggu jugak sebab mungkin akan ada investigation.
1- Kalau ada requirement, settlekan secepat mungkin. Agent kena settlekan part agent, contoh ambil medical report yang berkaitan yang mana tidak memerlukan client untuk hadir sekali. Client pulak, kalau perlu buat medical check up atau pun kena buat blood test atau urine test dan sebagainya.
2- Communication kena jaga. Make sure bila agent contact client untuk update, client kena respond. Dan macam tu juga kalau client contact agent untuk tanya status, agent kena fast respond. Agent kena cekap handlekan pending requirement. Kalau tak sure, boleh rujuk senior agent atau pun leader. Kalau nak rujuk company direct pun boleh tapi biasanya mereka sibuk dengan banyak benda nak handle.
Ok lah..itu sahajaa...so, kepada anda semua, kalau yang nak apply takaful tu, jangan ingat senang2 je terus approve. Ada process penilaian sebelum permohonan anda diluluskan.
Kepada yang berminat nak tambah income dengan jadi agent takaful. Boleh click link ini http://jomextraincome.wasap.my
Kongsikan artikel ini sekiranya anda fikir ia beri manfaat kepada ramai orang.
Aziz Riadi
#financialplanning #rumahsewa #pelaburanhartanah #financialprotection #medicalcard #prubsn #prubsntakaful #parttimeincome #ejentakaful #familytakaful #medicalcardfamily #retirementplan #hibah #estateplanning #businessprotection #kitajagamalaysia #asb #asbfinancing #financialplanner #saynotoscammer #bijakwang #bijakuruswang
No comments:
Post a Comment