10 July 2021

[ WHAT IT TAKES TO BE THE BEST? ] #AzizRiadi

 

[ WHAT IT TAKES TO BE THE BEST? ]

Semua orang nak jadi yang
terbaik
. Tak kisah dalam bidang apa sekali pun.
Sebelum ni saya tak pernah tahu pun BEST tu sebenarnya ada acronym yang pada saya sangat best dan terkesan dalam diri.
Bila BEST ni di aplikasikan sebagai pekerja, ia boleh buat seseorang itu jadi Extra Ordinary Employee (X.O.E). Dan kalau BEST ni pulak di aplikasikan pada business, ia boleh jadikan sebuah WINNING BUSINESS.
Dan saya tengok bila BEST ni diaplikasikan pada agent jualan macam agent Takaful (sebab saya dah test dan dah implement) ia boleh jadi Extra Miles Agent (E.M.A)..
Saya nak share sikit macam mana saya applied BEST dalam team lepas saya belajar dalam Program The Black Code Alumni under Coach Yuremi Mn.
So apa dia BEST tu?

B- BOLD
Apa yang kita buat mesti ada ciri-ciri BOLD ni, sama dari segi soul and spiritnya, sama ada dari segi mindsetnya, sama ada dari segi skill setnya, sama ada dari segi proposed solutions nya, service deliverynya...Semuanya kena BOLD enough di pandangan mata prospect dan client.
Kena pulak, business takaful ni, kalau tak pandai nak gayakannya, memang tak boleh bertahan lama, akibatnya client terabai, dan kat situ la nanti cabaran akan mula timbul sebab sekali orang nampak buruk, mudah je jadi viral. Sedangkan yang baiknya tak mudah tersebar.
Kat sini la kena ada strategy macam mana agent tu kena Do Extra Miles (D.E.M) untuk jadikan dia sebagai agent yang BOLD. Customer yang sebelum ni ada bad experience pun akan mula berubah fikiran dan mula percaya, bahawa ada agent yang bebetul ikhlas dan committed dalam melaksanakan tugas.


E - ENERGETIC & ENERGIZE

Dah nama pun Extra Miles Agent (EMA), apa2 buat pun kena extra. Apa2 delivery pun kena extra. Apa2 value add pun kena extra...
Nak extra, kena ada energy yang cukup kuat, bukan setakat untuk pergi laju, tapi juga tahan lama.
Yang part tahan lama ni yang kena belajar untuk ENERGIZE orang lain. Jangan hanya fikir kita nak perform, nampak team
member kita lembik, kita buat tak tahu.
Kena ada mindset "I Reach Out First With Love and Trust and Be An Energy Giver"... the more energy you give, the more you will get.


S - STRATEGIC
Biasa orang buat business planning, tapi kalau takde strategic planning, mungkin result yang kita nak capai jadi lebih lambat.
So strategy ni kalau nak faham lebih orang, apa yang kita nak kena buat berbeza dengan competitor untuk dapatkan result yang berbeza.
Maybe segi marketing strategy, cara, teknik, masa..
Maybe dari segi product positioning, market segmentation, dan secret recipe or tools or platform...
So, kena clear strategy dan semua team dari top down, bottom up clear dengan strategy yang telah disetkan.
Kalau nak senang faham lagi. Katakan dalam kejohanan balapan relay 4 x 100 meter. Ada team letakkan pelari paling kuat sebagai pelari pertama. Ada team yang letak pelari yang paling kuat di hujung, terpulang kepada strategy team masing...
Sama jugak dengan business..
Nak lagi senang faham...kalau kita jawab soalan exam, ada student jawab ikut turutan nombor soalan. Ada student yang jawab soalan yang dia boleh jawab dulu, then soalan susah jawab atau tak boleh jawab....Strategy masing2..Macam tu la kalau nak tahu pasal strategy...dengan kata mudah.
Kalau dalam business, ia lebih complicated, sebab melibatkan common vision, common mission, common values, common language, culture dan sebagainya.


T - TRUST
Last sekali kena tahu macam mana nak dapatkan trust dari prospect, client, dan juga team. Trust ni senang nak disebut, tapi mencabar untuk dibina.
Kena pulak kalau tak tahu nak mula dari mana. Apa yang pasti kita tak boleh suruh atau paksa orang trust kita. Kita kena dapat dapatkan trust dari orang lain, mereka berikan trust kat kita...yang biasa orang cakap. Trust ni something yang kita earn...bukan sesuatu yang kita boleh request dari orang.
Trust datang melalui behavior atau kelakuan atau apa yang kita lakukan tentang apa yang kita katakan.
Bahasa simple je, cakap serupa bikin...
Oklah. Itu je saya ingat share. Alhamdulillah pengalaman dalam bidang jualan dan perkhidmatan kewangan hampir 20 tahun mengajar saya pelbagai ilmu secara formal mahupun secara tak formal seperti ilmu di jalanan...
Permulaan buat business bukan mudah. Kena sindir, kena pulau, kena game...tapi apa yang buat saya boleh bertahan, sebab saya tahu apa yang saya nak di penghujung perjalanan business saya. Begin with then end in mind.
So,
As future leader, kena fahamkan BEST ni.


Kalau ada sesiapa yang rasa nak ubah diri mereka dengan kerjaya dalam bidang sales. Boleh click link kat bawah ni.
Saya bermula dengan gaji RM 1,800 sebulan sebagai system engineer yang baru graduate pada tahun 2000.

Disebabkan IMPIAN untuk berikan yang
terbaik
kepada mak dan bapak saya...saya nampak dengan buat sales, kita boleh potong kepantasan masa yang mana kalau saya masih kerja tempat yang sama, selepas 10 tahun, belum tentu saya boleh dapat income saya buat sales dalam masa 1 tahun....


Nota : Gambar sebagai hiasan, sebab masa tunggu brader Burger Boy, depan kedai MeatXpert. Ingat nak jumpa tokey dia sekali Firdaus Zainal, tapi takde rezeki....😄. Nampak pemandangan ni...amik phone terus snap..


Sekian.



No comments:

Post a Comment