RCI TABUNG HAJI: APA YANG SEBENARNYA BERLAKU?
Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji akhirnya didedahkan kepada umum selepas hampir 4 tahun diklasifikasikan sebagai sulit.
Laporan setebal 252 halaman itu menyiasat pengurusan kewangan dan tadbir urus Tabung Haji bagi tempoh 2014 hingga 2020.
Apa yang menarik perhatian saya adalah?
1️⃣ Jurang hampir RM4.8 BILLION
Pada tahun 2017, Tabung Haji dilaporkan mencatat keuntungan RM3.4 bilion.
Tetapi menurut penemuan RCI, jika piawaian perakaunan yang betul digunakan, TH sepatutnya mencatat kerugian bersih RM1.4 bilion.
➡️ Perbezaannya hampir RM4.8 bilion.
RCI turut membangkitkan isu penggunaan nilai aset boleh realisasi, perubahan polisi rosot nilai dan declare dividen yang belum dibayar. Maksudnya cara TH membuat pengiraan untuk declare dividen dengan cara yang lain supaya nampak untung sedangkan TH rugi.
Ini memang sangat memeranjatkan. Sebab dalam organisasi TH tu bukan calang-calang orang yang duduk. Tapi, macam yang diperkatakan dalam pembentangan RCI di Parlimen, ada campur tangan politik. Kalau ada orang politik, apa yang anda boleh expect?...Kalau saya, apa yang saya expect, akan ada risiko atau kemungkinan hidden agenda untuk sedut duit organisasi TH untuk kepentingan pihak tertentu. Itu pandangan saya...
Sebab asset dan duit tabung haji banyak tu...berbilion. Pendeposit je ada 10 juta. Katakan kalau purata setiap pendeposit ada RM 10,000...nilai asset TH berjumlah boleh capat 100 Billion. 100 Ribu Juta. Banyak tuu...
2️⃣ Hibah dibayar melebihi kemampuan
Antara 2014–2017, hibah dibayar pada kadar yang tinggi walaupun kedudukan kewangan TH tidak mengizinkan.
Ini menyebabkan rizab semakin berkurangan.
Pengajaran penting:
👉 Hibah yang tinggi tidak semestinya bermaksud institusi tersebut mempunyai prestasi kewangan yang kukuh.
Yang lebih penting ialah kemampanan pulangan. Perkara ini dibuat untuk elakkan tanggapan buruk pendeposit dan juga orang awam terhadap institusi Tabung Haji. Jadi, berdasarkan laporan yang saya baca, mereka adjust perakaunan kepada Creative Accounting...yang mana atas kertas nampak macam untung dan boleh bagi hibah, tapi reality sebenarnya rugi.
3️⃣ Campur tangan politik
RCI mendapati terdapat campur tangan politik dalam beberapa keputusan penting TH.
Antaranya melibatkan pelantikan ahli politik aktif ke lembaga pengarah serta pengaruh terhadap keputusan berkaitan hibah, kos haji dan bantuan kewangan.
Yang ini, kalau ada tengok rakaman persidangan khas parlimen untuk pembentangan RCI yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Kewangan 2, YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, memang agak menyedihkan.
Bayangkan orang yang diamanahkan untuk menjaga kepentingan orang ramai, dikatakan memberi tekanan politik kepada institusi dalam membuat keputusan yang melibatkan berbilion ringgit. Sangat menyedihkan.
4️⃣ 14 pelaburan bermasalah
RCI mengesyorkan audit forensik terhadap 14 pelaburan yang mempunyai kelemahan tadbir urus.
Antara yang disebut termasuk:
📌 Al Rawda Real Estates Development & Project Management : RM 1.86 billion
📌 Putrajaya Perdana beli share Cendana Destiny Sdn Bhd: RM 193.3 juta
📌 FGV Holdings — kerugian belum direalisasi sekitar RM1.059 bilion
📌 Trurich Resources — rosot nilai RM364.31 juta
📌 TH Marine / Alam Maritim — rosot nilai RM278 juta
📌 Deru Semangat — kerugian RM225 juta
📌 TH Plantations — rosot nilai RM170 juta
5️⃣ Bonus ketika institusi mengalami tekanan kewangan
RCI turut mendedahkan pembayaran bonus yang besar dalam tempoh TH mengalami masalah kewangan.
Sebagai contoh, pada 2014, peruntukan bonus mencecah RM74 juta.
Ini pun agak pelik. Syarikat rugi, hibah kena adjust accounting nak bagi nampak untung, boleh pulak company declare bonus antara 2 hingga 13 bulan. Perghh, bukan sikit tu. Kalau gaji exectuive RM 5,000, katakan dapat 5 bulan, RM 25,000 dah tu....bukan sikit.
Umpama company rugi, staff dapat bonus. Sepatutnya kalau nak dapat bonus, mesti
6️⃣ Laporan polis & SPRM
Susulan penemuan RCI:
➡️ 4 laporan polis dibuat
➡️ 6 perkara dirujuk kepada SPRM
Namun, selepas semakan Jabatan Peguam Negara, tiada pertuduhan mahkamah difailkan berdasarkan perkara yang dinyatakan dalam artikel tersebut.
7️⃣ Kerajaan terpaksa melakukan penyelamatan
Pada 2018, kerajaan menubuhkan Urusharta Jamaah Sdn Bhd untuk mengambil alih aset-aset tidak berprestasi TH.
Struktur penyelamatan tersebut melibatkan penerbitan sukuk bernilai RM19.6 bilion.
💡 APA PENGAJARANNYA UNTUK KITA?
Bagi saya, perkara paling penting daripada laporan ini bukan sekadar tentang Tabung Haji.
Ia adalah tentang literasi kewangan dan pengurusan risiko.
Jangan hanya tengok "berapa tinggi pulangan".
Kita juga perlu tanya:
1. Dari mana pulangan itu datang?
2. Adakah pulangan tersebut mampan?
3. Di mana duit kita dilaburkan?
4. Siapa yang menguruskan duit tersebut?
5. Bagaimana tahap tadbir urusnya?
6. Adakah kita terlalu bergantung kepada satu sumber simpanan atau pelaburan?
🎯 SATU LAGI PENGAJARAN BESAR:
Jangan letakkan semua telur dalam satu bakul.
Tabung Haji mempunyai fungsi yang sangat penting untuk umat Islam, khususnya dalam persediaan menunaikan haji.
Tetapi untuk membina kekayaan jangka panjang, kita juga perlu memahami konsep diversification, asset allocation dan multiple sources of wealth.
Dan paling penting...
Jangan hanya tahu berapa banyak duit yang kita ada.
Kita juga perlu tahu bagaimana duit kita bekerja.
Financial literacy bukan tentang menjadi kaya dengan cepat.
Ia tentang memahami bagaimana untuk menjaga, mengembangkan dan melindungi kekayaan kita.
Nota: Penemuan RCI yang dibincangkan adalah berkaitan tempoh 2014–2020. Artikel sumber turut menyatakan bahawa kedudukan TH hari ini lebih stabil selepas penstrukturan semula.
Pada pendapat anda, apakah pengajaran kewangan paling besar daripada isu RCI Tabung Haji ini?
👇 Komen di bawah.
Simpan post ini dan share kepada keluarga atau kawan yang mungkin perlu tahu.
Aziz Riadi


No comments:
Post a Comment