17 March 2019

RAMAI YANG MASIH TAK TAHU PASAL HIBAH DAN HARTA PUSAKA

RAMAI YANG MASIH LAGI TAK TAHU....



Saya dan team saya, setiap hari Ahad pagi bermula pukul 7.00 am hingga 12.00 tghari, mengadakan kempen kesedaran perancangan kewangan kepada orang ramai.

Sambutan amat baik cuma apa yang agak membimbangkan saya adalah, 6-7 orang dari setiap 10 orang yang kami approach dan jumpa, mereka tidak begitu faham mengenai perancangan kewangan. Terutamanya berkenaan perlindungan kewangan dan juga pembahagian kekayaan serta pengurusan harta pusaka. 

Sekiranya kita gagal merancang kewangan kita, sama lah juga macam kita merancang untuk gagal. Jangan biarkan perkara itu berlaku. Merancangan kewangan amat mudah dan simple. Cuma, anda perlu beri oeluang kepada diri anda untuk belajar atau dapatkan maklumat mengenai pengurusan kewangan.

Saya merupakan salah seorang Perancang Kewangan Shariah Berdaftar (SRFP - Shariah Registered Financial Planner) dan saya ingin membantu anda untuk membuat perancangan kewangan dan seterusnya menguruskan kewangan bagi mencapai matlamat kewangan anda.

PM Whatsapp di http://financialcoach.wasap.my

Aziz Riadi
Shariah RFP
www.azizriadi.com
019-3232121

16 March 2019

MASJID AL NOOR, CHRISTCHURCH & MASJID AL KHALIL (IBRAHIMI MOSQUE) HEBRON


Semalam, sebelum nak gerak keluar office untuk solat Jumaat…aku dengar bunyi tembak2 kat office. Aku  ingat ada orang main PUBG, …then aku tanya bunyi apa tu. Then salah sorang dari agent aku cakap..”VIDEO ORANG TEMBAK JEMAAH DALAM MASJID KAT NEW ZEALAND”…Alamak…apa tu?

Aku pun google, betul la…ada kejadian orang menembak kat masjid dan bunuh ramai orang. Setakat yang aku tengok masa tu dalam 40 orang meninggal dunia dan 20 orang cedera…

Fikiran aku terus teringat pasal Masjid Al Khalil, (Masjid Makam Nabi Ibrahim) di Hebron…pada 25 Feb 1994….case yang sama…30 orang terbunuh termasuk yang melakukan tembakan…



Masjid Al Noor, Christchurch, New Zealand

Perjalanan menuju ke Masjid Al Khalil, Hebron, Tebing Barat.

Dewan Solat Masjid Al Khalil, Hebron, Tebing Barat.



Sebab, aku terbayang suasana dalam Masjid Al Khalil yang aku pernah lawati…, sunyi, tenang, damai ….dan lepas aku dengar berita kisah Masjid An Nur, aku teringat terus bagaimana kisah Masjid Al Khalil nie…

Sebelum pergi ke masjid tu, aku dah study sikit dan diberitahu pasal kisah tembak jemaah masjid. Korang boleh google cari le kisah tu kalau nak tahu. 

Then berbalik kepada feeling aku…masa aku ziarah Masjid Al Khalil, lepas solat Tahiyatul Masjid aku duduk kat saf, tengah tunggu waktu untuk solat Zohor…then aku terbayang macam mana keadaan orang yang bawak senjata then tembak secara rambang ahli kariah yang duduk dalam masjid tu….hati aku sebak…sedih, geram, marah, tertanya2….banyak persoalan…tapi, aku teringat maksud ayat Qur’an pasal jangan fikir kita ni dah bebetul beriman kalau kita belum di uji..

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan:“Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.Ataukah orang-orang yang mengerjakan kejahatan itu mengira bahwa mereka akan luput (dari azab) Kami? Amatlah buruk apa yang mereka tetapkan itu.
Barangsiapa yang mengharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya waktu (yang dijanjikan) Allah itu, pasti datang. Dan Dialah Yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.
QS, Al ‘Ankabuut 29:2-5

Then, hati aku tenang balik…then focus nak solat Zohor kat Masjid Al Khalil tu.

Semenjak terjadinya kes tembakkan tersebut, masjid tersebut telah dibahagikan kepada 2 bahagian, untuk orang Islam dan juga untuk orang Yahudi. Dan untuk pengetahuan korang, masjid tersebut berada di Hebron, tanah Palestine yang dijajah oleh Israel. Boleh buat research online.

So, lepas solat Jumaat semalam, aku dapat video tu dari group whatsapp…dan aku tengok sekali…kali ni lagi remuk hati bila rakaman tersebut dibuat secara live dan bebetul macam game PUBG. Dah tengok sekali aku terus tak tengok dah. Dan betul ada sorang post kat Twitter…dia kata , jangan share video tu, sebab memang itu la yang penembak tu nak kan…Sebab dia bukan nak sakitkan orang yang dibunuh, tapi nak sakitkan hati dan perasaan orang Islam seluruh dunia….

Benda nie sangat memberi kesan pada aku. Aku semak diri aku, kat tempat lain orang nak solat di masjid sampai dihalang, dibunuh, disekat…tapi di Malaysia nie, Allahuakbar…aku rasa aku jadi antara orang yang paling tak bersyukur dalam keadaan macam nie…Ya Allah, ampunkan aku….

Kisah ini berlaku, amat menyakitkan hati kita sebagai orang Islam. Aku pun sama…sangat2 sakit hati. Tapi, bila dilihat dari sudut lain, Allah ingin menguji kita semua….kita sedih dan simpati kepada mangsa, tapi, kita tak tahu apa yang Allah dah sediakan untuk mereka di Akhirat?…Dan juga, kita rasa marah pada Penembak…sangat marah, tapi, takkan la kita pun nak buat benda yang sama…adakah Allah dan Rasulnya mengajar kita untuk buat benda yang sama kepada orang yang tak bersalah?…Tak…sekali-kali tidak…Islam tidak ajar umatnya untuk buat sesuatu yang mendatangkan mudharat. Sebab Islam itu adalah agama sejahtera bukan hanya untuk manusia, tapi seluruh alam. 

Tapi…. ,hati nie, sepanjang malam semalam macam tak boleh nak move on…tapi, teringat kata Ustaz Tadabbur aku kat office…Ustaz Syahmi dari tabdabbur center….ayat ke 4 dalam surah Al Fatihah. “ Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)”….dan sudah pasti Allah yang paling layak membalas apa yang telah berlaku. Alhamdulillah…aku lega sikit….

Ayuh sahabat2 lelaki sekalian…marilah kita makmurkan rumah2 Allah…semoga Allah memelihara diri kita daripada fitnah akhir zaman. Aku pesan kepada diri aku, anak lelaki aku dan juga sahabat2 aku…sama2 kita renung, muhasabah dan perbaiki diri. Aku berdoa agar Allah memberi ganjaran yang paling tinggi kepada mangsa2 tembakkan di Masjid Al Noor, Christchurch dan juga Masjid Al Khalil, Hebron.

Ya Allah, ampun dosa aku dan ahli keluarga aku….jadikanlah kami antara hamba2 Mu yang bersyukur.

#prayforchristchurh


Aziz Riadi
019-323 2121

07 March 2019

FINANCIAL AWARENESS : FINANCIAL HEALTH CHECK SHEET

FINANCIAL FREEDOM FRAMEWORK : FINANCIAL AWARENESS

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Dalam process untuk mencapai tahap bebas kewangan atau financial freedom. Antara bahagian yang penting adalah berkenaan dengan keadaan semasa seseorang individu tersebut.

Jadi, dalam konteks ini, saya nak kongsikan apa tools yang saya gunakan (basic tools)..kalau nak advance atau scale yang lebih besar, kena pakai format lain....so, saya gunakan FINANCIAL HEALTH CHECK SHEET.


Boleh download kat sini : http://bit.ly/2EGhhdj

Tools ini saya develop untuk memudahkan sesiapa sahaja untuk tahu keadaan kewangan semasa mereka, jadi mereka boleh adjust atau fine tune untuk detect ke mana duit mereka mengalir.

Saya kongsikan bagaimana nak isi dalam video di bawah.



Sekiranya anda ada sebarang comment atau pertanyaan, boleh hubungi saya di whatsapp http://financialcoach.wasap.my


Aziz Riadi

Shariah RFP
Pendidik Kewangan
www.azizriadi.com

06 March 2019

CARA NAK LARI DARI EJEN INSURANCE?...

Saya dapat posting dari FB pasal video yang diorang bg tips macam mana nak lari dari Ejen Insurans. Masa memula tengok, pelik jugak, and macam biasa, orang Melayu memang suka video2 macam nie. Tengok sahaja, dalam masa 9 jam, dan beribu like dan beratus shares...

Video nie dari page ML Studio....saya tak tahu apa motive sebenar, maybe just untuk joke dan suka2. Tapi saya nampak lebih kepada marketing je, nak dapatkan engagement tinggi.



Memula tengok tu, nak jugak comment pasal apa dia buat macam nie, sedangkan kerajaan sendiri, bank negara sendiri, even banyak institusi yang berkaitan dengan kewangan menyebarkan kesedaran akan kepentingan takaful dan insurance.

Tapi, saya tak de heran sangat dengan cara2 yang dia bagi tu. Sebabnya, kita memang dah biasa dah dengan benda2 nie...zaman saya jadi agent 16 tahun lepas  pun orang dah share benda nie, cara2 nak lari dari ejen insurance.

Then, teknik2 macam nie, agent insurance pun dah advance dah...mereka dah belajar NLP, dah belajar soft skill, dah belajar marketing, dan belajar macam mana nak deal dengan orang, macam mana nak manage rejection dan sebagainya....Dah biasa sangat dah dan part of the game. Macam main bola kena tackle la...kalau tak nak kena tackle, tak yah la main bola. Duduk kat tempat penonton je...jadi penonton...

Cuma apa yang saya nak share adalah, kami yang memang dalam bidang insurance nie, tak pulak kena game macam yang video tu share...sebabnya...

Cuba tengok gambar2 kat bawah nie. Bila kami buat roadshow, buat booth, kat mana2 la...shopping complext ke, pasar tani ke, even kekadang pacak depan bank pun....ramai je yang datang tanya, ada yang signup on the spot, ada yang tanya plan untuk hibah, ada yang tanya pasal untuk cover hutang, ada yang tanya pasal sakit kritikal, ada yang tanya pasal medical card.

Jadi, takde la masalah sangat pun, kalau setakat 5 dari 50 orang yang nak lari dari ejen, kalau ada 45 orang yang nak dengar...dan dari 45 orang yang dengar tu, kalau 10 orang yang sign up pun, Alhamdulillah...dah boleh le bayar CP500 RM 3000 - RM 4,000 setiap 2 bulan. Selain boleh bayar zakat...dan bantu diri dan keluarga....
Ini sebahagian contoh la. Banyak lagi, video pun ada, siap kita buat event direct approach, ada yang sign up RM 1,000 sebulan, ada yang ambil satu family RM 2,000 hingga RM 3,000 sebulan...siap bayar setahun terus lagi.

So, setakat ada 3-4 orang yang memang nak lari dari ejen...takde hal lah. Ada jugak yang ejen insurance lari dari prospect, sebab dah sakit dan juga kekadang memang dari segi kewangan, keutamaan lebih kepada manage cash flow dan gunakan untuk perkara asas yang lebih utama dulu.

So, kat bawah nie saya kongsikan kepada anda, gambar2 yang sempat kami ambil sepanjang roadshow bulan Feb 2019 di sekitar Lembah Klang...

Alhamdulillah, sambutan amat baik...dan setiap hari, ada sahaja yang sign up on the spot. Sign terus, tanpa perlu balik nak fikir...


Tengok gambar semua kat bawah nie...






































So, boleh le tengok sendiri...

Ini baru yang offline baru 2 tempat. Belum lagi tempat2 lain, group2 lain...unit2 lain....dan belum lagi yang secara online. Secara face to face approach, yang door to door approach, yang sebar flyers...banyak cara lagi ...

Alhamdulillah, rejection dan objection lebih membuatkan ejen2 lebih matang, lebih sabar dan lebih tekun dalam mendidik masyarakat.

Sebab, apa2 pun keputusan di tangan masing2...kalau sendiri tak de perlindungan takaful sebagai risk management....sendiri dan keluarga sendiri tanggung.

And tak per jangan risau, rakyat Malaysia pun pemurah...kalau minta derma online, cepat je penuh tabung derma. Apa ada hal kan?


Tapi...kami tetap dengan usaha kami, mendidik masyarakat...khususnya melayu bumiputera Islam..

Whatsapp : http://financialcoach.wasap.my untuk dapatkan khidmat nasihat kewangan.

#financialmanagement

#financialplanning
#financialfreedom
#insurance
#takaful
#prubsnwarisan



Sekian


Aziz Riadi
Shariah RFP
Pendidik Kewangan
www.azizriadi.com