13 September 2020

ACTIVITY BASE MANAGEMENT UNTUK AGENT TAKAFUL

 



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya nak kongsikan sikit 17 tahun pengalaman saya dalam business takaful. Macam mana saya manage database client untuk dapatkan consistent activity dan akhirnya dapat consistent appointment, presentation dan result.

Apa yang saya buat?

1- Consistent buat marketing sama ada offline atau online.

  • Offline - referral, networking during business event, hobby, social event, existing client, existing prospect, vendor, neighbour, kawan-kawan lama.
  • Online - Social Media, video, BLOG, Whatsapp, sms 
  • Integrated - Combined antara online dan offline.
Semua activity buat marketing ini adalah bertujuan untuk kenalkan orang ramai atau market yang saya buat business takaful, yang  saya ada provide service financial management dan financial protection. 

Apa yang saya kongsikan?..Saya kongsikan cerita-cerita mengenai risiko kalau takde backup kewangan kalau ditimpa ujian kesihatan, kematian, kecederaan dan yang berkaitan. 

Saya juga berkongsi kisah benar saya handle case client. Atau pun, saya kongsikan pengalaman orang lain berkenaan kenapa perlunya perancangan kewangan. Kenapa perlunya perlindungan kewagan.

Saya banyak berkongsi tips dan tricks, how to, dan apa2 yang berkaitan dengan pendidikan kewangan dan kesedaran perlindungan kewangan.

Apakah respond dari audiens?..

Ada yang bagi respond yang positive, ada yang ignore dan ada yang negative. Saya tak kisah apa orang respond, apa yang penting adalah kita sentiasa berkongsi.  Sebab sama ada mereka nak atau tak nak, itu bukan kita punya circle of control.

Untuk agent yang baru2, kalau boleh, buat la posting di FB atau IG paling kurang sehari 2 kali. Dan setiap posting sharing tu, katakan 10 sharing content2 berbentuk information, 1-2 posting untuk offer products atau services. Untuk dapatkan engagement yang bagus, cara posting tu nak kena pandai. Untuk cara nak posting content, saya akan kongsikan pada entry yang lain.


2- Consistent untuk dapatkan new contact. 

Hasil dari marketing tu, kalau ada orang tanya secara online kita kena layan request diorang. Atau pun kalau kita dapat contact secara offline melalui sales activity, itu pun kita kena offer untuk berikan mereka plan atau quotation. So, dari situ kita akan biasakan diri kita untuk offer services kita. 

Antara cabaran utama agent2 khususnya agent baru adalah nak mulakan perbualan atau komunikasi berkenaan dengan apa yang kita nak kongsikan.

Ada beberapa cara dan tips saya nak kongsikan. Saya share pada point no. 3.

Selepas dapat  contact, kita kena susun semua contact kita dalam database. Kenapa kena kumpul dalam database?..sebab penting untuk kita buat process SEEDING. Apa itu process SEEDING atau Pembenihan?..

Seeding process ni saya namakan untuk process kita develop relationship dengan prospect sebelum dia jadi client kita. So, process ini kena buat  dengan segera, full of informative content dan sincerity.

Cara saya kumpul database adalah dalam masukkan dalam google sheet  yang saya namakan dia sebagai Activity Based Management Sheet. So, kat situ ada semua details asas prospect  untuk memudahkan kita buat process seeding dan juga  retargeting.

Setiap contact adalah prospect, iaitu potential client. Jadi, kita kena process untuk jadikan dia sebagai client kita. Tapi, kalau dah process, tapi tak dapat jadi client kita, jangan bersedih. Sebab kita target, kalau dalam 100 contact kita process, kalau dapat 10 orang jadi client pun dah cukup bagus. 

So, kalau kita ada 500 contacts, kita process, dapat 50 orang client, kalau yang ambil tu RM 150 sebulan, dah 90,000 TPC. Berapa dah commission kat situ. So, sabar...dan kena yakin.

3- Process contact yang ada dalam database.

Kerja nak memprocess ini memerlukan sedikit skill dan knowledge. Khusunya dari segi kita buat andaian kepada prospect kita. Kalau kita ada data yang sebenar lagi bagus. Tapi kekadang kita dapat contact pun kita tahu diorang punya profile. Kalau tahu takpe, senang kita nak process. Jadi, sebab tu kalau boleh, kalau kita minta contact dari client as referral, jangan lupa buat sedikit fact finding profile prospect tu. At least umur dalam anggaran berapa, kerja mana, dah berumahtangga atau  belum, ada anak atau tidak, tinggal di mana dan macam mana yang bagi contact tu kenal prospect tu. 

Kenapa kena tahu profile?...Sebab senang kita nak buat  retargeting.

Retargeting tu apa?...

Retargeting tu process kita buat filtering semua prospect kita. Sebab, mungkin list nama yang kita dapat tu semua yang kita belum kenal dan kita sendiri tak tahu profile dia. Atau, kalau tahu pun kita tak boleh ingat details. Jadi, process retargeting ni lebih kepada nak short listed kan prospect untuk kita dapatkan input tambahan. So, dari input tambahan tu, saya akan dapat buat simulasi formula P.O.W.E.R.

P - PROBLEM - kita boleh anticipate, apa potential problem atau risk yang prospect  kita hadapi. Bila kita dapat anticipate, kita boleh tahu apa story atau topis yang kita nak seeding pada dia.

O - OPPORTUNITY - Bila kita tahu problem prospect, kita kena fikirkan, apa peluang untuk kita bantu selesaikan masalah dia. Sebab, mereka akan berminat kalau kita boleh sedarkan bahawa mereka ada potential risk yang boleh buat dia ada masalah kalau berlaku sesuatu luar jangka dan kita ada solution untuk bantu mereka. Bukan hanya untuk menjual apa yang kita ada tanpa mereka sedar atau tahu apa keperluan mereka untuk ambil service dari kita.

W - WILAYAH - Wilayah nie saya rujuk kepada area prospect kita. Kita boleh kategorikan kepada beberapa bahagian sebagai contoh, kawan rapat, kenalan, kenalan atas kenalan, saudara mara, rakan sekerja, rakan sekolah, rakan belajar, rakan hobby....so, semua nie kita kena listkan. Kenapa, setiap segment prospect kita  ada interest yang berbeza2. Jadi, kita kena pandai adjust ikut mereka punya interest untuk dapatkan engagement dan build trust.

E - EMOSI - Bila kita dapat jumpa atau berhubung dengan mereka, cara kita open dan present atau bukak cerita, mesti diselitkan sekali dengan kisah-kisah yang boleh menyentuh perasaan. Sebab dengan kita sentuh feeling dia, dia lebih mudah untuk buat decision untuk sign up. Sebab, salah satu peranana utama takaful adalah berkenaan taking care our love ones. So, bila berbicara mengenai orang yang kita sayang nie, perlu ada elemen-elemen emosi untuk dimasukkan dalam minda separa sedar prospect.

R - RESULT - Result nie, merujuk kepada testimoni, atau real case yang kita pernah bantu, atau real case orang lain yang boleh kita jadikan pengajaran. Testimoni ini boleh dibuat dalam pelbagai bentuk dan cara, sama ada penulisan, sharing melalui video (recorded atau live), atau pun sharing dari client yang pernah claim, poster, gambar yang ada caption dan sebagainya...asalkan dapat menunjukan apa yang kita buat ni bebetul membantu client atau prospect.

Akhir sekali untuk point no. 3, kita kena mahirkan teknik P.O.W.E.R ini untuk mula connect dengan prospect.

4- Start Approach prospect yang kita dah buat retargeting.

Bila kita dah buat retargeting, kita dah boleh prepare pre-proposa based on profile dia. 

Sebagai contoh, kita nampak prospect kita punya profile nie nampak macam memerlukan income replacement. So, kita buat proposal based on sample income replacement. Selepas tu, bila kita nak set appointment, kita boleh bagitau pada prospect yang kita nak share sikit pasal idea income replacement, so, cara nak open tu, kita boleh prepare cerita yang membolehkan kita open kisah yang berkaitan macam bermula dengan cerita-cerita yang tengah trending dan lepas tu, baru masuk pasal risk dan seterusnya macam mana nak manage risk.

Kebanyakkan agent akan sangkut kat sini. Sebab tak reti nak start  open. Tapi, kalau kita dah prepare proposal, ikut pengalaman saya prospect pun lebih nampak clear apa yang kita nak share dengan dia. Dan biasanya proposal nie, saya buat macam business proposal. Siap dengan introduction, table of content, sedikit fact and figures kenapa saya propose dari segi statistic. Risiko-risiko yang berkaitan dan baru la sample solutions.

5- Berikan presentation yang terbaik bila dapat peluang berjumpa.

Sepanjang pengalaman saya, antara faktor kejayaan agent untuk dapat closed deal dengan prospect adalah bagaimana persediaan agent tu sebelum dia jumpa prospect. Kebanyakkan agent risau masa jumpa, tapi tak risau mengenai preparation sebelum jumpa. Kalau you dah ready dengan semua info, tools set dan support system.

Selain dari tu, bagus kalau anda boleh buat rehearsal (ulang buat berlatih sebelum present)...

Untuk agent baru, bagus kalau, sebelum present tu contact mentor, leader atau pun 


To be continued.

Aziz Riadi
Shariah RFP
Senior Agency Manager
Prudential BSN Takaful Berhad



09 September 2020

KISAH SAYA MULA BUAT BUAT BUSINESS TAKAFUL



[ SINAR  DI HUJUNG JALAN ]

Bila kita dalam kegelapan atau  dalam keadaan kabur. Kita teringin sangat kalau ada sinar. Dan bila kita mula nampak sinar tersebut...adakah kita hanya tunggi sinar tersebut datang kepada kita atau, kita yang kena pergi mencari sinar tersebut?

Macam tu la jugak peluang dalam kerjaya atau juga dalam kewangan. Bila kita mula nampak sinar atau peluang, kita kena keluar dari zon selesa untuk mencari sinar dan peluang tu. Bukan tunggu peluang  tu ketuk pintu rumah kita, and lagi  teruk tunggu peluang ketuk pintu bilik tidur kita..

Saya just nak kongsikan pengalaman saya dulu. Gaji fresh graduate RM 1,800...tahun kedua ada kenaikkan RM 60 setahun. Jadi RM 1,860 dan tahun berikutnya pulak bertambah RM 70 setahun jadi RM 1,920.

Selepas itu, saya cuba kira balik, berapa income saya agaknya kalau aku stay  kat company yang sama dalam masa 5 tahun lagi kalau aku kira balik based on kenaikkan income tahunan. 

Kalau setahun naik average RM 65 [ (60+70)/2 = 65 ]..maknanya dalam 5 tahun, income saya akan antara 300 - 325. Tambah dengan income sekarang  RM 1,920 sebulan = RM 2,245. Dan masa tu umur saya 30 tahun. Umur 30 tahun, berkahwin, anak sorang atau  2, duduk di lembah klang...income RM 2,245 (belum tolak epf dan socso) macam mana agaknya tu ya?...Saya terifikir masa tu. 


Boleh ke aku hidup kat lebah klang nie dengan income macam tu?..Bagaimana aku punya taraf hidup masa tu?..Itu belum fikir nak kena support mak ayah kat kampung.

Selepas saya jauh berfikir, dan saya beritahu diri saya, saya kena buat sesuatu. Kena usaha tambah income. Apa sumber yang saya ada untuk saya gunakan dan boleh dapat  income. 

Then, saya fikir saya ada sedikit masa lapang...malam dan hujung minggu. Macam mana saya boleh gunakan masa lapang saya untuk tambah income. Saya tak boleh nak duduk saja dan harapkan kehidupan saya berubah. Saya sedar yang  saya kena ubah nasib hidup saya, dengan saya perlu usaha dan tak boleh nak harapkan orang.

Lepas tu, baru la tetiba Allah lorongkan berjumpa dengan orang yang  perkenalkan business insurance dengan saya  pada tahun 2003. Masa tu, dengan tak tahu apa2 pasal business insurance. Apa yang saya tahu masa tu, saya kena berubah, saya kena rebut peluang. Tak tahu nak buat itu bukan masalah bagi saya, sebab saya  boleh belajar. Tapi kalau tak nak buat memang itu masalah yang takde sesiapa yang boleh selesaikan kecuali diri sendiri.

Lepas dah masuk kelas dan belajar, bohong  la kalau terus2 pandai. Saya struggle, saya tak pandai nak present, saya takde network yang besar2. Tapi, satu benda yang saya pegang.....buat sampai jadi. Selagi tak jadi, buat lagi sampai jadi.

Saya lihat orang  lain boleh buat, saya yakin, saya pun mampu buat. Sikit banyak saya tak fikir sangat. saya nak ada progress...saya nak saya ada income RM 500 tambahan untuk cover saya punya expenses yang paling besar iaitu kereta saya.

Alhamdulillah.....apa yang saya buat simple je. Just  focus dengan apa yang leader suruh buat. Back to basic....focus dengan prospecting, buat appointment, present dan open proposal banyak kepada prospect.

Rejection?...jangan cakap....bersepah....Down?..bohong kalau takde rasa down. Tapi, sebab DREAM saya lebih besar dari semua halangan tu, saya teruskan usaha saya. 

Saya tak cakap saya bagus. Tapi saya nak kongsikan kepada anda yang baru je start buat business....baru je dalam process pembelajaran. Ada yang dah start dapat hasil,  tapi, bila kena reject, bila ada cabaran sikit,  terus rasa macam malas nak teruskan. Terus raca macam susah nak buat. Dan terus rasa macam orang  lain buat senang  je, kita buat susah. Tapi kita belum jumpa lagi tanya orang  yang berjaya tu lalui zaman kesusahan macam mana.

Saya dulu bermula dengan naik motor EX5. Letak tong kat belakang untuk letak beg kalau hujan. Dan masa tu, kena ingat, laptop bukan kecik2 dan nipis macam sekarang...

Masa tu, kalau setakat hujan duduk bawah jambatan tunggu hujan reda. Kalau setakat tayar pancit kat highway, kalau setakat kena hujan tengah2 ride dan tak sempat nak pakai baju hujan...semua saya lalui. Jangan ingat apa yang saya ada sekarang dapat dengan mudah. 

Akhir sekali, kalau bebetul nak ubah hidup..tetapkan matlamat...mula berusaha dan jangan sekali-kali putus asa atau buat kerja separuh jalan. Buat bagi sampai jadi.

Itu je dulu..nanti saya share lagi pengalaman macam mana saya jimat duit belanja setiap bulan masa saya mula2 jadi agent dulu.

Kalau ada sesiapa yang ada DREAM nak ubah hidup dan ada semangat yang JITU untuk harungi semua cabaran untuk berjaya. Boleh click link di bawah ni..

https://bit.ly/3iuDNHg

https://bit.ly/3iuDNHg

https://bit.ly/3iuDNHg

Saya akan guide anda sampai berjaya In sha Allah.

Aziz Riadi.

- Dulu naik motor masa mula2 buat business-
Shariah RFP
Senior Agency Manager
Muqmeen Group


08 September 2020

ANDA MAKAN GAJI DAN SANGAT EFISIEN?

 


[ ANDA MAKAN GAJI DAN SANGAT EFISIEN? ]

Adakah anda seorang pekerja yang sangat efisien?...Tapi, anda rasanya majikan anda tidak memberikan ganjaran setimpal dengan sumbangan anda kepada syarikat?...

Atau mungkin, disebabkan faktor politik di tempat kerja, oleh kerana anda terlalu efisien, dan tidak pandai berpolitik, semua hasil kerja anda diclaim oleh orang lain. Orang lain dalam meeting dapat pujian as if macam dia yang buat kerja, sedangkan semua tu adalah hasil usaha kerja anda.

Dan yang paling menyedihkan, bila time appraisal, yang bagi rating appraisal kita tu la yang claim kerja kita semua adalah hasil kerja dia....anda tersepit, anda rasa macam kena game, anda rasa macam takde semangat dan mula fikir yang anda sudah tak berapa seronok kerja di tempat anda.

Jangan risau kawan. Walau bagaimana sekali pun keadaan sekeliling anda, anda tetap anda....anda tetap tahu nilai anda.
Cuma anda perlu sedar. Anda tak ubah seperti air yang jernih, tapi di dalam bekas yang berdebu....zahirnya kotoran itu terlihat....kesucian terlindung jua.

Anda tak perlu bersedih, sebab kesucian anda tetap terlindung. Apa yang anda harus lakukan adalah tukar bekas tersebut. Dan jangan sesekali takut nak tukar.

Sekiranya anda adalah individu seperti di atas, apa kata saya offer untuk belanja anda minum dan saya akan kongsikan bagaimana untuk anda tukar bekas yang berdebu tu. Supaya kesucian dan kejernihan anda, anda sendiri yang control...
Saya ada idea menarik untuk anda explore.

Anda mungkin jenis kategori

"Successful people, in Unsuccessful ENVIRONMENT"

Just click link

Mana tahu, bekas yang dulunya berdebu akan menjadi bersih jernih.

Aziz Riadi
Shariah RFP
Senior Agency Manager
Muqmeen Group
www.azizriadi.com

PRESENTATION TAKAFULINK (5 DALAM 1) - PRODUCT KNOWLEDGE

 

KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH BESAR

Teknik Presentation ini adalah untuk menerangkan berkenaan dengan gambaran secara umum mengenai plan PruBSN Takafulink. Antara product utama dalam PruBSN sebelum keluarnya products Asaslink dan juga Anugerah Plus.

Secara umumnya, terdapat  5 KOMPONEN ASAS dalam plan Asas Link dan Anugerah Plus. Details mengenai kedua2 products ini anda boleh baca di link berikut.


2- PruBSN Anugerah Plus

Untuk memahami asas penerangan mengenai 5 komponen di atas, anda boleh baca artikel ini : 5 Manfaat Asas Takaful PruBSN

5 komponen manfaat asas adalah seperti berikut.

1- Kematian / Lumpuh Kekal Keseluruhan
2- Manfaat Pampasan Sakit Kritikal
3- Manfaat Pampasan Kemalangan  (Kematian / Lumpuh Kekal Keseluruhan / Hilang Anggota / Kecacatan Anggota Badan)
4- Manfaat Perubatan (cover cost rawatan)
5- Nilai Tunai (Cash Value) / Pulangan Pelaburan (Return of Investment)

Sila rujuk gambar dia atas.

So, persoalannya, macam mana nak proposed kepada prospect? Adakah semua wajib diambil atau sebahagian boleh, sebahagian tak boleh?

Jadi, untuk persoalan ini. 

Komponen yang wajib diambil oleh client adalah item no. 1 dan item no. 5. Item nombor 2,3,4 adalah optional. Nak ambil boleh, tak nak ambil pun boleh.

Sebagai contoh.

Contoh 1 - Encik Ahmad ingin sign up plan takaful PruBSN Asaslink. Beliau hanya nak manfaat perubatan sahaja, dan tidak mahu manfaat yang lain. 

Jawapan : Tidak boleh. Encik Ahmad perlu ambil basic minium sum covered (item no. 1) dan item no. 5 memang akan ada secara automatik. Tapi pulangan simpanan tersebut  tidak dijamin jumlahnya dan juga pulangan pelaburannya. Min Sum Covered (item No. 1) untuk Plan Asas Link adalah RM 25,000 dan untuk Plan Anugerah Plus, min sum covered (item no. 1) adalah RM 10,000.

Item no. 5 memang akan ada secara automatik. Sekiranya client ingin mendapatkan plan yang lebih murah dengan tidak memasukkan saving (cash value) i.e client tak nak saving LANGSUNG. Jawapanya adalah tidak boleh, sebab item no. 5 (cash value adalah memang akan ada) sebab plan PruBSN takaful, sebahagian besar caruman adalah perlindungan dan ada sebahagian kecil pulak dimasukkan dalam cash value. 

Contoh 2 - Encik Abu ingin mendapatkan manfaat kematian atau lumpuh kekal keseluruhan sahaja sebab nak gunakan untuk cover hutang rumah beliau. 

Jawapanya adalah boleh. Sebab yang Encik Abu inginkan adalah item wajib.

Contoh 3 - Encik Ali ingin mendapatkan manfaat pampasan sakit kritikal, dan juga manfaat perubatan, tapi beliau tak nak ada manfaat kematian.

Jawapannya adalah tidak boleh. Encik Ali perlu ambil manfaat kematian (item no. 1) dan baru lah diikuti dengan manfaat sakit kritikal.

KONSEP MUDAH : 

Item 1 dan 5 adalah MANFAAT ASAS (which is wajib ambil) dan ia dinamakan dia adalah BASIC COVERAGE.

Item 2,3,4 adalah MANFAAT TAMBAHAN (optional) dan ia dinamakan sebagai RIDER.

Jadi, secara analogy mudah. Manfaat asas boleh diambil tanpa rider. Tapi Rider perlu diambil bersama dengan manfaat asas.

Jumlah coverage yang diambil bergantung kepada umur, jantina dan caruman bulanan.

Sila kira menggunakan applikasi yang terkini.

Aziz Riadi
Shariah RFP
www.azizriadi.com


BEZA ANTARA MRTT dan MLTT SERTA FUNGSINYA #azizriadi #MLTT #MRTT




Topik MRTT  dan MLTT nie sebenarnya saya dah lama nak upload. Tapi, bila saya semak semula contentnya, lebih baik saya buat penjelasan melalui video. Sebab, kalau nak buat dalam bentuk artikel, memang mencabar dan banyak benda nak kena taip. Lagi pun, kalau dalam bentu artikel, rasanya ramai yang dah buat entry pasal topik nie.

So, kepada sesiapa yang sedang mencari info mengenai MRTT dan MLTT nie, boleh tengok video nie sampai habis. Video nie agak lama, tapi saya terangkan details mengenai fungsi berserta dengan senario sekali.

Sekiranya anda ingin mendapatkan khidmat  nasihat mengenai MRTT dan MLTT  ni, atau nak dapatkan info tambahan mengenai perancangan kewangan, boleh contact  saya di http://financialcoach.wasap.my.

Anda boleh tengok video di bawah ni untuk belajar bagaimana MRTT  dan MLTT  berfungsi.


Aziz Riadi
Shariah RFP
019-3232121
abdazizriadi@gmail.com


05 September 2020

MEDICAL CARD HEALTH PROTECTOR - HIGH DEDUCTIBLE

HIGH DEDUCTIBLE - CONCEPT DAN IDEA







Untuk penjelasan lanjut, boleh hubungi saya di 019-323 2121

Atau untuk dapatkan khidmat nasihat mengenai product PruBSN Takaful, boleh click http://infoplantakaful.wasap.my

 

WORLDWIDE COVERAGE UNTUK MEDICAL CARD PRUBSN




Antara soalan yang biasa ditanya oleh client atau pun bakal client mengenai medical card PruBSN ini adalah berkenaan dengan coverage luar negara.

Soalan yang favourite.

1. Saya nak pindah ke luar negara dan menetap di sana selama setahun, adakah ia di cover di tempat yang saya pindah nanti?

2. Saya ada kerja outstation di luar negara selama 4 bulan, kalau saya sakit di luar negara, adakah saya akan boleh gunakan medical card PRUBSN nie?

3. Anak saya akan sambung belajar di luar negara. Macam mana dengan coverage medical card PruBSN yang dia ada sekarang  nie?

Ok...baik..

Saya akan kongsikan syarat-syarat untuk worldwide coverage medical card PRUBSN. Tidak kisah medical card version yang mana satu sekali pun.

1. WILAYAH GEOGRAFI (GEOGRAPHICAL TERRITORY)

Semua manfaat yang dilindungi seperti yang tertera dalam jadual coverage medical card adalah layak untuk mendapatkan coverage seluruh dunia 24 jam sehari berdasarkan bayaran balik (reimbursement basis). Iaitu client kena bayar dulu kos rawatan dan kemudian claim semula dengan PruBSN.

2. MENETAP DI LUAR NEGARA (OVERSEAS RESIDENCE)

Untuk client yang bercadang menetap diluar negara untuk tempoh masa yang lama, medical card PruBSN ini tidak akan cover atau bayar sebarang manfaat rawatan perubatan yang diterima oleh client di luar Malaysia sekiranya client tinggal atau travel lebih dari 90 hari berturut-turut. Ada juga medical card PruBSN yang menawarkan coverage sehingga 180 hari berturut-turut.

Perbezaan jumlah hari adalah berbeza mengikut version dan jenis medical card.

Sebagai contoh, untuk plan medical card MEDIC PROTECTOR, untuk Plan 300 dan Plan 400, had hari menetap atau travel ke luar negara adakah 180 hari berturut-turut. Untuk medical card Plan 150 dan Plan 200, had hari menetap atau  travel ke luar negara adalah 90 hari berturut-turut. 

Untuk Plan MMC (Major Medical Cover), MMC2 (Major Medical Cover 2), Takaful Health, Takaful Health 2, Health Enrich, Health Enrich+, sila semak dilampiran manfaat medical card dalam sijil takaful anda.

3. RAWATAN LUAR NEGARA (OVERSEAS TREATEMENT)

Sekiranya client memilih untuk dirujuk atau membuat rawatan oleh doktor di luar Malaysia, manfaat medical card ni akan dihadkan mengikut caj yang munasabah atau yang bersamaan dengan rawatan di dalam negara. Semua kos perjalanan dan pengangkutan pergi dan balik ke tempat rawatan tidak akan ditanggung oleh medical card.

4. PEMBAYARAN NILAI TUKARAN WANG (CURRENCY OF PAYMENT)

 Semua bayaran tuntutan akan dibuat dengan menggunakan matawang Ringgit Malaysia. Sekiranya client ingin memohon bayaran tuntutan dibuat dengan matawang lain selain dari Ringgit Malaysia, proses tukaran wang tersebut perlu dibuat  di Malaysia berdasarkan pasaran matawang semasa pada tarikh tuntutan dibuat.

Sekiranya kemasukkan ke hospital adalah di luar Malaysia, semua bill dari matawang luar negara mestikan ditukarkan kepada Ringgit Malaysia  terlebih dahulu berdasarkan kadar tukaran wang asing ketika client discaj (keluar) dari hospital. Sebarang keputusan claim bergantung kepada pihak syarikat untuk membuat penilaian terakhir.

Kepada anda yang mungkin ingin mendapatkan medical card atau nak tahu plan medical card dari PruBSN Takaful, boleh click link ini http://infoplantakaful.wasap.my. In sha Allah saya akan bantu anda dengan memberikan khidmat nasihat percuma.

Semoga bermanfaat dan terima kasih.


Aziz Riadi
Shariah RFP
Senior Agency Manager
Muqmeen Group

www.azizriadi.com


#financialplanning #rumahsewa #pelaburanhartanah #financialprotection #medicalcard #prubsn #prubsntakaful #parttimeincome #ejentakaful #familytakaful #medicalcardfamily #retirementplan #hibah #estateplanning #businessprotection #kitajagamalaysia #asb #asbfinancing #financialplanner #saynotoscammer #bijakwang #bijakuruswang


04 September 2020

Bagaimana nak register untuk CARUMAN SUKARELA KWSP?



Tahun 2019, ada pindaan dalam pengecualian cukai untuk Life Insurance dan juga Caruman KWSP. Kalau sebelum nie, pengecualian cukai untuk 2perkara di atas adalah seperti berikut.

- Insurans Hayat + KWSP : RM 6,000 setahun.
- Insurans Perubatan + Plan Pendidikan : RM 3,000 setahun.

Bila pindaan di buat, Jumlah pengecualian cukai untuk LIFE INSURANCE + CARUMAN KWSP = RM 7,000 TAPI....ia dipecahkan kepada 2 bahagian berasingan seperti berikut.


1- Insurans Hayat : RM 3,000 setahun
2- Caruman KWSP : RM 4,000 setahun
3- Insurans Hayat : RM 7,000 setahun untuk kakitangan kerajaan yang ambil skim pencen dan bukan mencarum ke KWSP.

Jadi, secara kesimpulannya, kalau dulu, sesiapa yang tidak mencarum dalam KWSP, beliau boleh maximumkan pengecualian cukai sebanyak RM 6,000 dengan mencarum dalam plan insurans hayat. Untuk sekarang nie, tak boleh lagi dah. Maximum untuk insurans hayat hanya RM 3,000 sahaja.

Untuk yang tak mencarum dalam KWSP macam mana nak dapatkan pengeculian cukai RM 4,000 tu?

Caranya mudah sahaja. Kita boleh mencarum sendiri secara sukarela.

Saya kongsikan pengalaman salah seorang agent saya iaitu Puan Nurul Hasanah (https://www.facebook.com/hasanah.nordin) membuat pendaftaran skim caruman sukarela di KWSP iaitu i-Saraan.

Boleh baca perkongsian beliau.


[ i-Saraan (Caruman Sukarela Insentif Persaraan KWSP) ]


Kalau korang bekerja sendiri , korang boleh mencarum secara sukarela dengan KWSP. 

Ada 2 jenis caruman sukarela.

1. Caruman Pilihan Sendiri. Boleh direct transfer daripada maybank2u atau beberapa online banking lain ke KWSP gunakan nombor ahli KWSP. Tak perlu daftar apa-apa. Tiada caruman minimum. Maximum setahun RM60,000. 

2. i-Saraan. Perlu mendaftar terlebih dahulu dengan KWSP. Tiada caruman minimum. Maximum setahun RM60,000. 

Kelebihan i-Saraan adalah, kerajaan akan bayar insentif 15% sehingga maksimum RM250 setahun. (Sehingga tahun 2022)
Hari ni saya buat pendaftaran untuk i-Saraan. 

Dalam tempoh PKPP ni, kita perlu buat appointment untuk sebarang urusan di kaunter KWSP. Appointment boleh dibuat secara online dilaman web KWSP: 
https://www.kwsp.gov.my/ms/janjitemu

Kenapa saya buat caruman sukarela i-Saraan?
1. Mempelbagaikan sumber dana untuk hari persaraan saya. 
2. Boleh dapat pelepasan income tax sehingga RM4000 setahun
3. Dapat insentif kerajaan sebanyak 15% atau maximum RM250 

Kalau kita buat caruman melalui internet banking, pastikan kita pilih i-Saraan pada EPF Account Type. Kalau kita pilih Self Contribution, amount tersebut tak dikira untuk dapat insentif 15%. Rugilah kan? 

*Sila scroll page untuk lihat semua gambar yang berkaitan.

Maklumat lanjut tentang i-Saraan boleh baca disini 
https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/i-saraan

Urusan sangat pantas. Appointment pukul 930am. Saya datang sedikit awal. Masuk pukul 921am, pukul 929am selesai urusan. 


Semoga bermanfaat.


Nurul Hasanah
Agent Takaful layak buka i-Saraan

03 September 2020

NASIHAT USTAZ PAKAR PENGURUSAN HARTA PUSAKA BERKENAAN KES ARWAH ABAM

Semenjak dua menjak nie, banyak posting di social media berkenaan dengan kisah waris-wars Arwah Abam Bocey. 

Arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada bulan Feb 2020, dan pada tarikh artikel ini ditulis, masih banyak lagi posting berkenaan kisah waris Arwah.

Tapi, apa yang menjadi tambahan daripada kisah mereka, netizen memberikan pelbagai komen dan feedback. Tak kurang yang kecam, yang puji, yang comment benda2 yang negative dan juga positive. 

Ada yang dah macam orang alim dalam bidang pengurusan harta pusaka, sedangkan apa yang dikomen tu terang2 memang bukan berdasarkan sumber ilmu yang benar. Kebanyakkannya ikut apa yang dilalui oleh orang2 yang komen tu.

Saya nak kongsikan sikit, posting  dari salah sorang Pendakwah yang sangat active memberikan khidmat nasihat berkenaan harta pusaka. Iaitu Ustaz 
MOHD KHUSAIRI BIN SALEH, yang menggelarkan diri beliau sebagai Dai'e Ilmu Faraidh.

Baca sampai habis perkongsian beliau. Semoga kita semua mendapat ilmu dan ibrah dari apa yang dikongsikan.



𝙉𝘼𝙎𝙄𝙃𝘼𝙏 𝘼𝙈𝘽𝙀 𝘽𝙐𝘼𝙏 𝙒𝘼𝙍𝙄𝙎-𝙒𝘼𝙍𝙄𝙎 𝘼𝘽𝘼𝙈...

Ambe takdok sebarang kepentingan apa2 dlm isu pusaka arwah Abam. Apatah lagi untuk ambe menghasilkan income dengan menangguk di air keruh.

Cuma atas rasa tanggungjawab, kerana ramai sangat yang bertanyakan ambe ustaz kampung koman spanar ini. Apatah lagi bila ramai yang share kpd ambe komen2 netizen yang sebahagian besarnya berlagak seperti alim dan tau segala2nya. Ulasan2 yang mengundang berbagai dosa berlapis dan berganda.

Allah Taala berfirman di akhir Surah Al Nisa' ayat 11:

اٰبَآؤُكُمۡ وَاَبۡنَآؤُكُمۡ ۚ لَا تَدۡرُوۡنَ اَيُّهُمۡ اَقۡرَبُ لَـكُمۡ نَفۡعًا​ ؕ فَرِيۡضَةً مِّنَ اللّٰهِ ​ؕ اِنَّ اللّٰهَ كَانَ عَلِيۡمًا حَكِيۡمًا‏ ﴿4:11﴾

Maksudnya: lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu. (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu) ialah ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Berdasarkan kepada pengalaman ambe mengendalikan ratusan kes pusaka, boleh dikatakan kebanyakan waris tidak memahami konsep agihan yang sebenarnya. Mereka boleh mengakui bahawa mereka tau hak faraidh mereka, tapi bila sampai kepada agihan harta, ianya tidak menatijahkan (pinjam kalimah menteri agama) hasil yang terbaik.

Harta peninggalan simati ada macam2 bentuk. Tidak semua harta itu boleh dibahagi dengan mudah mengikut pecahan faraidh. Apatah lagi jika itu terlibat dengan hutang. Arwah menanggung hutang2 tu, sedangkan waris2 sibuk nak memiliki harta.

Hukum Faraidh terbina atas dasar kasih sayang bukannya kekejaman dan penzaliman. Allah turunkan hukum tersebut demi membela hak2 waris yang dizalimi sekian lama zaman jahiliyyah. Janganlah kita kembali semula ke zaman itu. Maka permudahkan lah. Sebab itu dalam Faraidh adanya konsep Takharuj. Pahala pengorbanan ini sangat besar.

Yang berhak atas setiap harta peninggalan adalah waris. Waris Abam sangat simple iaitu ibu, isteri dan anak lelaki. Cuma ambe juga dimaklumkan bahawa ayah juga masih ada. Merekalah yang berhak duduk bersama berbincang. Pihak ketiga?

Jika kehadiranmu hanya mengeruhkan keadaan, menambah kekusutan, mencipta krisis demi krisis, maka kamu menjadi penyebab utama musibah menimpa waris simati. Ambe kata, "celaka kamu". Maaf, jika ambe kasar.

Pihak ketiga boleh wujud, jika dengan niat sebagai orang tengah, mendamaikan atas dasar ilmu, bukan menyebelahi mana2 pihak. Pihak ketiga yang membantu, meletakkan kepentingan atas nama agama, bukan atas nama upah dan wang ringgit. Wallahi, pengalaman ambe berurusan dengan waris sampai 3 jam, 4 jam, memerah otak memberi idea dengan upah minima dan kadang2 tanpa bayaran. Sapa sanggup buat kerja begini? Yang kita dengar ialah saman menyaman. Sapa yang untung sebenarnya?

Ambe taknak panjangkan, nantikan jadi membebel pulok.

Ambe nak nasihatkan isteri, ibu, ayah (jika berkenaan) termasuk Ali sebagai pihak yg berkepentingan bagi ibu dan ayah supaya kembali ke meja rundingan. Dapatkan khidmat pihak ketiga yang betul2 ikhlas. Buang sifat ego dan rasa lebih pada orang lain. Faraidh adalah hukum mutlak, tapi melaksanakan hukum itu memerlukan pemuafakatan yang sebaiknya. Nasihat buat pihak ketiga yang menangguk di air keruh jika ada, bertaubatlah. Ingatlah umur kita tak panjang mana, berbuat baiklah sesama saudara, jangan esok kita mati, malapetaka pusaka menimpa pula.

Akhir sekali, jika kamu sayang kepada arwah Abam, bantulah dia dengan selesaikan urusan pusaka dia. Dia orang baik, dia orang baik, maka kenapa waris2 tak boleh jadi orang baik membantu dia.

اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه

USTAZ MOHD KHUSAIRI BIN SALEH, DIF

Daie Ilmu Faraidh