01 December 2024

PANDUAN MUDAH PELAN TAKAFULINK (INVESTMENT LINK TAKAFUL) DI MALAYSIA


Sumber Gambar : Life Takaful

Pelan Takaful Link Berkaitan Pelaburan atau Investment Link takaful semakin popular di kalangan rakyat Malaysia yang mahu gabungan perlindungan takaful dengan peluang untuk melabur.

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan apa itu pelan takaful jenis ini, manfaatnya, serta bandingkan dengan pelan takaful biasa berdasarkan maklumat daripada PruBSN Takaful.


1. Apa Itu Insurans Berasaskan Pelaburan (Investment Link) dan Investment Link Takaful (selepas nie saya namakan Takafulink) ?

Investment Link takaful / insurans adalah produk insurans atau takaful yang menggabungkan perlindungan dengan pelaburan. Ini bermakna, sebahagian daripada duit yang kita bayar setiap bulan akan digunakan untuk perlindungan, manakala selebihnya akan dilaburkan dalam dana-dana tertentu yang mungkin memberi pulangan pelaburan.


Untuk produk takafulink, ia adalah mematuhi shariah (shariah compliance) dan mempunyai panel shariah yang memantau semua activity syarikat, bukan hanya dari segi pelaburan, tetapi juga semua tatakelola dan pengurusan. Ini kerana wang caruman yang disumbangkan oleh peserta bukan hak milik pengendali takaful (syarikat takaful), tapi sebaliknya ia adalah sebagai pengurus operasi untuk sebarang tujuan seperti tuntutan pampasan dan sebagainya.

Pengendali takaful ini dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia, dan mereka tidak boleh sewenang-wenangnya melakukan perkara-perkara yang salah disisi undang-undang dan perlu patuh pada piawaian yang telah ditetapkan oleh BNM.

Oleh kerana sebahagian dari caruman sumbangan peserta dilaburkan di dana-dana pelaburan yang dibenarkan dan mempunyai risiko dan pulangan, peserta layak untuk mendapatkan pulangan pelaburan dari pecahan sumbangan tersebut. Namun, pada masa yang sama, ia juga terdedah dengan risiko kerugian disebabkan harga dana mungkin jatuh. Pulangan pelaburan akan tertakluk kepada pasaran saham semasa.


2. Bila Pelan Takaful Link Pelaburan Bermula di Malaysia?


Pelan Takaful Link Pelaburan diperkenalkan di Malaysia pada awal tahun 2000-an. Sejak itu, pelan ini menjadi pilihan utama bagi mereka yang mahukan perlindungan serta peluang pelaburan berlandaskan prinsip syariah. PruBSN Takaful, antara syarikat takaful terkemuka di Malaysia, turut menawarkan pelan ini untuk rakyat Malaysia.


3. Manfaat Takaful dalam Pelan Takaful Link Pelaburan


Pelan Takaful Link Pelaburan daripada PruBSN Takaful biasanya menawarkan pelbagai manfaat. Antaranya:


- **Manfaat Kematian**:

Sekiranya berlaku kematian, wang pampasan akan diberikan kepada ahli keluarga atau penerima manfaat yang kita tentukan.


- **Hilang Upaya Kekal (TPD)**:

Memberi perlindungan jika kita tidak lagi boleh bekerja akibat hilang upaya kekal.


- **Manfaat Penyakit Kritikal**:

Sekiranya kita didiagnosis dengan penyakit kritikal, pampasan akan diberikan.


- **Nilai Pelaburan**:

Sebahagian daripada sumbangan kita dilaburkan, dan jika pelaburan ini untung, kita akan mendapat pulangan.

- **Fleksibiliti Tambahan**:

Kita boleh menambah atau mengurangkan perlindungan serta memilih jenis pelaburan mengikut kesesuaian diri. Kita juga boleh membuat pengeluaran sebahagian dari nilai tunai yang ada dan tertakluk kepada syarat dan terma syarikat.


4. Kelebihan Pelan Takaful Link Pelaburan Berbanding Takaful Biasa


Ada beberapa kelebihan jika kita memilih pelan Takaful Link Pelaburan berbanding pelan takaful biasa:


- **Ada Potensi Pulangan Pelaburan**:

Berbeza dengan pelan biasa yang hanya memberi perlindungan, pelan ini beri peluang untuk kita melabur dan mendapatkan pulangan.

- **Fleksibel**:

Kita boleh ubah suai perlindungan atau pilih dana pelaburan yang sesuai dengan tahap risiko kita.


- **Nilai Tunai Bertambah**:

Nilai tunai dalam akaun kita boleh meningkat jika pelaburan kita berjaya.


- **Pengeluaran Wang Mudah**:

Kita boleh keluarkan sebahagian nilai tunai tanpa menjejaskan perlindungan utama.


 5. Kekurangan Pelan Takaful Link Pelaburan Berbanding Takaful Biasa


Walaupun menarik, pelan ini ada kekurangannya jika dibandingkan dengan takaful biasa:


- **Risiko Pelaburan**:

Tiada jaminan keuntungan kerana pulangan bergantung pada prestasi pasaran. Ini bermakna nilai pelaburan boleh naik atau turun.


- **Kos Lebih Tinggi**: 

Biasanya kos untuk pelan ini lebih tinggi kerana ia melibatkan pengurusan pelaburan.


- **Nilai Perlindungan Boleh Berkurang**: 

Jika prestasi pelaburan kurang baik, kita mungkin perlu bayar lebih untuk kekalkan perlindungan sedia ada.


- **Lebih Kompleks**:

Pelan ini mungkin agak sukar untuk difahami kerana ada elemen pelaburan yang memerlukan kita faham risiko pasaran.


### Kesimpulan ###


Pelan Takaful Link Pelaburan adalah pilihan menarik bagi yang mahukan perlindungan dan pada masa sama ingin melabur. Namun, penting untuk kita fahami risiko yang ada dan buat pilihan yang sesuai dengan matlamat kewangan kita. Pelan ini sesuai untuk mereka yang ingin melindungi diri dan keluarga sambil berpeluang mengembangkan wang secara jangka panjang.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan plan takaful atau product kewangan yang lain atau ingin mendapatkan khidmat nasihat kewangan, boleh click di link berikut : http://financialcoach.wasap.my

Aziz Riadi
Shariah Registered Financial Planner
Muqmeen Group

03 October 2024

CARA HANDLE PERASAAN "DOWN" LEPAS KENA REJECT DALAM SALES TAKAFUL


Dalam dunia jualan, especially dalam Business Takaful, tak semua prospek akan kata “Ya” setiap kali kita buat presentation. Ada yang akan reject. Dan jujurnya, bila kena reject, memang rasa “down,” kan? 


Tapi, rejection ni sebahagian daripada game dia. So, macam mana nak bounce back bila semangat kita jatuh? 


Jom tengok beberapa langkah yang saya selalu guna nie!


1. Jangan Ambil Hati – Anggap Itu Biasa, nama pun meniaga

Bila kena tolak, perkara pertama yang korang kena buat ialah jangan ambil hati. Rejection ni sebenarnya biasa. Kadang-kadang prospek tolak sebab bukan masa yang sesuai untuk mereka, atau mungkin mereka belum faham sepenuhnya tentang produk yang korang tawarkan. Jadi, jangan rasa down sangat, sebab ia bukan pasal diri korang, tapi pasal situasi prospek tu.


2. Reflection , Bukan Menyalahkan Diri Sendiri  

Lepas kena reject, cuba duduk dan fikir sekejap, adakah ada cara lain yang korang boleh improve? Tapi ingat, ini bukan untuk menyalahkan diri sendiri, tapi untuk belajar dari pengalaman. Mungkin cara penyampaian boleh dipertingkatkan, atau korang boleh improve dari segi memahami keperluan prospek. Anggap setiap rejection tu sebagai peluang untuk jadi lebih baik!


3. Bercakap Dengan Mentor atau Sales Buddy 

Jangan simpan rasa kecewa tu sorang-sorang. Kadang-kadang, bila korang rasa down, bercakap dengan mentor atau rakan sepasukan yang lebih berpengalaman boleh bantu korang dapat perspektif baru. Mereka pun pernah lalui benda yang sama, dan mungkin mereka ada tips untuk handle situasi rejection dengan lebih baik. 


4. Fokus Pada Matlamat Besar

Bila rasa down, cuba ingat balik kenapa korang pilih kerjaya dalam Takaful ni. Apa matlamat besar korang? Nak bantu lebih ramai orang? Nak bina kerjaya yang stabil? Fokus pada matlamat ni akan bagi semangat balik. Rejection tu cuma satu halangan kecil dalam perjalanan korang ke arah kejayaan yang lebih besar.


5. Move On dan Cuba Lagi, ramai lagi prospect!  

Ingat, satu rejection tak bermakna akhir dunia. Kalau korang terus stuck kat situ, korang akan terlepas peluang baru. Jadi, cepat-cepat bangkit dan move on. Ada ramai lagi prospek di luar sana yang mungkin betul-betul perlukan perlindungan Takaful, dan mereka tengah tunggu korang. So, jangan putus asa, cuba lagi, dan keep pushing!


6. Celebrate Kemenangan Kecil (Reward diri)

Lastly, jangan lupa raikan kejayaan kecil korang. Mungkin kali ni korang tak berjaya close sale, tapi korang dah berjaya dapatkan prospek, dah berjaya buat appointment, atau dah berjaya present dengan baik. Ini semua langkah ke arah kejayaan. Celebrate setiap kemajuan, tak kira kecil atau besar.


Kesimpulan: Kegagalan Bukan Sebuah Pengakhiran..  

Kena reject memang bukan benda yang seronok, tapi ia adalah sebahagian daripada proses. Jangan biarkan rejection ni melemahkan semangat korang. 

Terus belajar, terus cuba, dan yang penting, jangan pernah berputus asa. 

Setiap kali korang bangkit lepas rejection, korang dah semakin dekat dengan kejayaan yang korang impikan. 


Keep going, you've got this! 💪


Nak jadi agent berjaya?..saya boleh bantu. Income bulanan boleh cecah RM 10,000 sebulan dalam masa 1 atau 2 tahun jadi agent. Click link n

https://joinmuqmeen.wasap.my

https://joinmuqmeen.wasap.my

https://joinmuqmeen.wasap.my

Abd Aziz Riadi
ShRFP
Muqmeen Group

02 October 2024

FINANCIAL FREEDOM : LANGKAH PERTAMA KE ARAH BEBAS HUTANG DAN KEWANGAN




Antara GOAL UTAMA saya adalah untuk mencapai financial freedom pada umur 49 tahun. Sebelum umur 50 tahun.

Kenapa Financial Freedom penting kepada saya?


Meh saya nak cerita sikit.

Bila saya habis belajar lebih 20 tahun lepas, macam semua orang lain, saya excited nak mulakan hidup baru. Tapi masa tu saya cepat sedar, kehidupan sebenar ni bukan sekadar dapat kerja dan berbelanja sesuka hati. Saya buat keputusan untuk urus kewangan saya sebaik mungkin, seawal mungkin. Keputusan tu sebenarnya banyak mengubah hidup saya sehingga hari ni, sampai saya boleh capai apa yang dipanggil **kebebasan kewangan**.

Kalau korang baru je graduate atau baru kahwin, percayalah, mula urus duit korang dari sekarang. Saya nak share beberapa perkara yang saya belajar sepanjang perjalanan ni.

1. Elak Hutang Tak Perlu 

Masa mula kerja, saya nampak ramai kawan-kawan ambil hutang untuk beli kereta mahal, atau melancong ke luar negara dengan kad kredit. Saya pulak pilih untuk hidup sederhana. Saya tak ambil hutang melainkan betul-betul perlu. Keputusan ni buat saya lebih tenang, sebab saya tak terbeban dengan bayaran bulanan yang menekan kewangan. 



2. Mula Menyimpan dan Melabur Awal
Daripada gaji pertama saya, saya terus mula menyimpan. Saya tahu, simpanan je tak cukup, jadi saya belajar tentang pelaburan. Seawal umur 24 tahun, saya dah buka akaun saham dan mula melabur. Mula-mula, memang tak banyak, tapi lama-lama, dengan kuasa compounding, pelaburan saya berkembang dengan baik. Percaya lah, lagi awal korang mula, lagi banyak masa pelaburan tu boleh bertumbuh.

3. Set Matlamat Kewangan
  
Kalau korang takde matlamat, susah nak nampak arah kewangan korang. Saya tetapkan matlamat untuk jangka masa pendek, macam nak beli rumah, dan jangka masa panjang macam nak bersara awal. Setiap kali saya simpan duit atau buat pelaburan, saya ingat balik matlamat yang saya nak capai. Ini buat saya lebih berdisiplin dan fokus.

4. Belajar Ilmu Kewangan 
 
Tak rugi kalau korang invest masa untuk belajar tentang kewangan. Saya mula baca buku, pergi seminar, dan ambil nasihat dari orang yang lebih arif tentang kewangan. Lagi banyak kita tahu, lagi yakin kita buat keputusan kewangan. 

5. Kebebasan Kewangan Buka Banyak Peluang
  
Bila kewangan korang stabil, korang akan rasa lebih bebas nak buat pilihan hidup. Macam saya, saya boleh ambil risiko tukar kerjaya, mula perniagaan baru, dan yang paling penting, saya boleh sediakan yang terbaik untuk keluarga saya tanpa risau soal duit.

6. Kehidupan Lebih Tenang Tanpa Tekanan Duit
  
Bila duit dah terurus, hidup korang jadi lebih relax. Saya tak perlu risau setiap bulan pasal hutang atau bil tertunggak. Saya boleh fokus kepada perkara yang lebih penting dalam hidup. Ini buat kehidupan saya dan keluarga lebih bahagia.

7. Rancang Bersama Pasangan
  
Bila korang baru kahwin, penting sangat untuk berbincang dengan pasangan pasal kewangan. Saya dan pasangan mula merancang dari awal perkahwinan kami, termasuk simpanan untuk anak-anak dan persaraan. Dengan asas kewangan yang kukuh, kami boleh merancang masa depan dengan lebih baik.

Akhir Kata: "Mula Sekarang, Jangan Tunggu. Sumber masa muda, kesihatan dan tenaga tetap akan habis kalau kita tak manfaatkan"- AAR
  
Kebebasan kewangan tak datang dalam sehari, tapi ia boleh dicapai kalau korang mula sekarang. Sama ada baru graduate atau baru berkahwin, jangan tunggu. Simpan, labur, dan elakkan hutang yang tak perlu. Lagi awal korang mula, lagi banyak peluang untuk capai kebebasan kewangan. Masa adalah aset terbesar. So, jangan tunggu lama-lama!

Nak yang cuba peluang jadi ejen takaful boleh click link ni.


Aziz Riadi
ShRFP
Muqmeen Group
PruBSN Takaful

#financialplanning #tambahincome #buatbisnes #takaful #fianncialprotection #hibahtakaful #hibah #medicalcard

#loan #financing #financialliteracy #takafulawareness #takafulshahalam #bebashutang #debtfreedom

IFSA 2013 BERKENAAN DENGAN TAKAFUL


Maklumat di bawah ini adalah klausa dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 berkenaan takaful dan hibah bersyarat.


 JADUAL 8
[Seksyen 140]
 PERUNTUKAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN SIJIL TAKAFUL

JADUAL 9
[Seksyen 141]
PENDEDAHAN DAN REPRESENTASI PRAKONTRAK, DAN REMEDI BAGI SALAH NYATAAN

JADUAL 10 
[Seksyen 142]
PEMBAYARAN MANFAAT TAKAFUL DI BAWAH SIJIL TAKAFUL KELUARGA DAN SIJIL TAKAFUL KEMALANGAN DIRI

3. KESAN PENAMAAN

3. (1) Seorang penama di bawah subperenggan 2(1) hendaklah menerima manfaat takaful yang kena dibayar di bawah sijil takaful sama ada sebagai seorang wasi atau sebagai seorang benefisiari di bawah hibah bersyarat, mengikut mana–mana yang berkenaan, sebagaimana yang dinyatakan dalam borang penamaan oleh peserta takaful itu.

(2) Suatu penamaan oleh peserta takaful menurut subperenggan 2(1) bagi seorang penama untuk menjadi seorang benefisiari di bawah hibah bersyarat, hendaklah, walau apa pun mana–mana undang–undang bertulis, mempunyai kesan memindahkan pemilikan, dan hendaklah memindahkan pemilikan, manfaat takaful yang kena dibayar itu kepada penama itu atas kematian peserta takaful itu dan manfaat takaful sedemikian yang dipindahkan tidak menjadi sebahagian daripada harta pusaka peserta takaful yang mati itu atau tertakluk kepada hutangnya.

(3) Jika manfaat takaful adalah dibayar di bawah suatu hibah bersyarat, sekiranya dibuktikan bahawa sijil takaful itu telah diambil dan sumbangan takaful itu telah dibayar dengan tujuan untuk memfraud pemiutang peserta takaful itu, pemiutang itu hendaklah berhak untuk menerima daripada manfaat takaful yang kena dibayar di bawah sijil takaful sejumlah yang sama dengan sumbangan takaful yang telah dibayar di bawah sijil takaful itu.

(4) Walau apa pun subperenggan (3), sekiranya seorang benefisiari telah menerima manfaat takaful itu secara suci hati, dan manfaat sedemikian telah digunakan oleh benefisiari itu, pemiutang itu hendaklah menerima sejumlah yang sama dengan manfaat yang belum digunakan sekiranya manfaat yang belum digunakan sedemikian adalah kurang daripada sumbangan takaful yang telah dibayar.

Sekiranya anda perlukan khidmat nasihat, boleh click link http://financialcoach.wasap.my

Aziz Riadi
ShRFP
Muqmeen Group

27 September 2024

MACAM MANA NAK PILIH MEDICAL YANG TERBAIK UNTUK KITA?

 



Saya selalu dapat pertanyaan yang lebih kurang sama bila saya share pasal medical card takaful. Medical mana satu yang terbaik?

Secara jujurnya, tiada satu company atau medical card pun yang ada kat pasaran yang boleh claim medical card dia adalah yang terbaik. Sebagai contoh, macam kita tanya "Kereta apa yang terbaik yang ada di pasaran?". Sebabnya setiap company akan cuba keluarkan model atau version kereta yang terbaik dari semasa ke semasa.

Jadi, tak boleh nak claim kereta mereka la yang terbaik. Kalau dia boleh claim pun, tak lama lepas tu dah bukan jadi yang terbaik. Selain itu, dari segi keperluan pengguna, tak semua ciri2 yang terbaik diperlukan. Ada orang prefer asal ada sahaja. Cuma, pada saya, adalah sangat bagus kalau kita tahu apa2 ciri-ciri atau features yang ada untuk dijadikan sebagai kayu ukur (benchmark).

Berikut adalah panduan untuk anda yang mungkin sedang mencari medical card untuk diri sendiri atau pun keluarga.

Ciri-Cirinya adalah.



1. HAD TAHUNAN & HAD SEUMUR HIDUP
Ini adalah ciri-ciri utama yang biasa kita kena consider. 

Maksud had tahunan adalah, had berapa banyak jumlah yang kita boleh claim dalam masa setahun. 

Had seumur hidup pula adalah berapa banyak jumlah yang kita boleh claim dalam masa sepanjang tempoh coverage sehingga plan tersebut mature (matang).

Cuma, sekarang nie ada banyak medical card dah tak offer had seumur hidup. Kebanyakkannya adalah had tahunan sahaja dan tiada had seumur hidup. Sebagai contoh, had tahunan RM 200,000 (maksudnya maksimum boleh claim untuk tempoh satu tahun sebelum masuk tahun berikutnya adalah RM 200,000 sahaja). Jadi, kalau claim lebih dari RM 200,000 syarikat takaful takkan bayar. Dan client kena bayar pakai duit sendiri. 

Dan bila had tahunan tersebut dah habis limit, tahun berikutnya had baru RM200,000 akan diberikan. Dan ianya berterusan sampai la habis tempoh sijil / policy (atau orang panggil matured).

Ada jenis medical card yang kita boleh add on limit had tahunan (biasa dipanggil booster). Sebagai contoh, katakan harga untuk medical card limit RM 200,000 itu adalah RM 200 se bulan. Tapi, kita nak add on limit lebih tinggi sebagai contoh tambahan RM 1,000,000 setahun. So, kita boleh add on dengan bayar RM 260 sebulan untuk limit tahunan RM 1,200,000 setahun. (ini adalah contoh anggaran harga. Harga sebenar kena kira pakai quotation system). 

Jadi, kalau amik medic booster nie, setahun ada RM 1,200,000..dan tiada had seumur hidup, setiap tahun akan dapat renewal RM 1,200,000. Sebagai contoh katakan satu tahun tu dah claim RM 300,000. Bagi had tahunan untuk tahun tu tinggal RM 900,000. So, masuk je tahun berikutkan, limit tahunan akan naik balik kepada RM 1,200,000. Dan macam tu la seterusnya sampai habis tempoh sijil (matured).

Ada juga medical card, yang tiada had tahunan dan tiada had seumur hidup, tapi dia letakkan had untuk cost sharing. Sebagai contoh. Katakan had cost sharing adalah RM 1,000,000. So, untuk cost rawatan RM 1,000,000 pertama nie, client boleh claim terus maksimum RM 1,000,000. Selepas had cost sharing habis client kena bayar 20% dan company akan bayar 80%. Dan boleh claim sampai la habis tempoh sijil atau matured.

Untuk medical card jenis ini (tiada had tahunan dan seumur hidup, tapi ada had cost sharing)...ia harga dia lebih rendah berbanding dengan medical card jenis ada had tahunan dan tiada had seumur hidup.

Untuk kadar bilik pulak, ada beberapa pakej yang ditawarkan. Ada bilik yang ditawarkan ikut limit tahunan. Sebagai contoh 

Bilik RM 150 sehari, had tahunan RM 150,000 setahun
Bilik RM 200 sehari, had tahunan RM 200,000 setahun
Bilik RM 250 sehari, had tahunan RM 250,000 setahun
Bilik RM 300 sehari, had tahunan RM 300,000 setahun
Bilik RM 400 sehari, had tahunan RM 400,000 setahun.

Ada juga pakej medical card yang kadar bilik dan had tahunan / seumur hidup / had cost sharing yang lebih flexible. Maksudnya, katakanlah client nak bilik besar Bilik RM 500 sehari, tapi had cost sharing RM1,000,000. 

Ada juga mungkin yang nak Bilik kecik je RM 200 sehari, tapi had cost sharing RM2,000,000.

Jadi, bergantung kepada anda untuk pilih yang mana satu. Untuk dapatkan khidmat nasihat medical card percuma, boleh click link http://infoplantakaful.wasap.my



2. FULL COVERAGE ATAU DEDUCTIBLE

Ciri-ciri ini pulak adalah pilihan untuk client sama ada nak medical card yang full coverage iaitu tak perlu bayar bil langsung (semua cover, kecuali memang tak tak cover sebab termasuk di bawah GENERAL EXCLUSION atau pengecualian umum)

Ada juga yang pilihan untuk ambil deductible. Maksudnya, client kena bayar certain amount of the bill, then balance akan dibayar oleh syarikat Takaful.

Sebagai contoh, client ambil plan deductible RM 500. Jadi, setiap kali masuk ward client kan bayar RM 500, then syarikat takaful akan bayar balance. Sebagai contoh bill RM 20,000. Client kena bayar RM 500 dan syarikat takaful akan bayar baki RM19,500. Lagi tinggi jumlah diductible, lagi tinggi la jumlah client kena bayar. 

Tapi, dari segi caruman bulanan, plan full coverage akan jauh lebih mahal dari plan deductible. Lagi tinggi jumlah deductible, lagi rendah caruman bulanan. 

Dari segi semakan harga medical card (repricing)...untuk full coverage biasa caj kenaikkan harga medical card lebih tinggi berbanding dengan plan deductible. 

Semua ni memberi kebebasan kepada client untuk memilih berdasarkan kemampuan. 

Nak convenient, memang pakai full coverage, tapi harga dia memang keras. Itu belum kena "repricing" lagi. Repricing ini adalah semakan harga medical card dari semasa ke semasa. Sekiranya syarikat perlu naikkan disebabkan claim experienced tinggi, syarkat akan naikkan harga dan paling banyak naik biasanya plan-plan full coverage.

Kalau saya diberi pilihan, saya ambil deductible maybe dalam RM 300 ke RM 500. Sebab jumlah tersebut rasanya kita boleh usaha untuk dapatkan berbanding kalau ambil deductible yang lebih besar. Sebabnya, penjimatan bulanan yang saya bayar lebih rendah dari plan full coverage, boleh digunakan untuk dimasukkan dalam ASB dan ada return kat situ. Jadi, kalau perlukan duit untuk cover deductible, tu, just keluarkan duit dari dalam account ASB. Kalau tak perlu, biar je kat situ, dalat dividen.

Lebih cost effective dan practical.

Jadi, bergantung kepada anda untuk pilih yang masa satu. Untuk dapatkan khidmat nasihat medical card percuma, boleh click link http://infoplantakaful.wasap.my



3. WAIVER CONTRIBUTION

Waiver contribution ni adalah salah satu ciri-ciri benefit yang ada dalam plan medical card. Fungsinya adalah untuk cover bayaran akan datang medical card client sekiranya client disahkan mengidap salah satu dari sakit kritikal atau lumpuh kekal keseluruhan. 

Untuk parent yang ambik plan medical untuk anak-anak pulak, kalau parent yang membayar disahkan sakit krtitikal atau lumpuh kekal keseluruhan atau meninggal dunia, caruman akan datang untuk plan medical card anak tersebut akan jadi PERCUMA. Dan kalau ada cash value, termasuk dengan portion cash value juga akan dicover.

Ada plan medical card yang tak de cover benefit nie. Jadi, kalau takde, caruman untuk medical card tersebut masih kena bayar walau pun client dah sakit dan tak mampu untuk cari pendapatan untuk bayar plan medical card tu.

Saranan saya, manfaat ini patut ada dalam medical card plan anda. Kalau takde, masih ok, tapi medical card anda tak jadi medical card yang terbaik la. Sebab kalau dah sakit kritikal pun kena bayar lagi, atau kalau dah lumpuh pun kena bayar lagi, sedangkan masa tu la kita perlukan medical card tu untuk cover kos rawatan kita.

Kalau medical card dah free..dan tak payah pening kepala untuk bayar setiap bulan. PLAN DAH JADI PERCUMA. 

Jadi, bergantung kepada anda untuk pilih yang masa satu. Untuk dapatkan khidmat nasihat medical card percuma, boleh click link http://infoplantakaful.wasap.my




4. CASH VALUE ATAU NILAI TUNAI

Cash value atau nilai tunai dalam plan takaful ni merujuk kepada bahagian simpanan. Kenapa penting ciri-ciri manfaat ini?..

A. Ia sebagai backup kalau client tiba-tiba ada masalah kewangan, nak bayar plan takaful tak mampu untuk sementara waktu, plan takaful medical card ni tetap active dan boleh guna walau pun tak de bayaran caruman di buat. Ini dipanggil "cross subsidy".

B. Kalau ada cash value, kita boleh ada pilihan untuk ubah sustainability medical pan tersebut sekiranya ada aktiviti kenaikan harga medical card (repricing)...Sebagai contoh, kalau untuk plan sedia ada, medical card boleh bertahan sampai umur 80. 

Tiba-tiba medical card naik harga, dan kita belum mampu nak bayar caruman bulanan yang baru sebab mungkin belum ada kenaikan gaji atau masa tu komitmen bulanan kita masih tinggi sebab ada hutang yang belum selesai. 

Jadi, kita boleh adjust sustainability medical card tersebut, daripada sepatutnya boleh tahan sampai umur 80 tahun kita turunkan kepada umur 70 tahun. Tapi kita bayar harga medical card yang sama. Cuma, untuk masa akan datang, apabila kita dah mampu untuk bayar lebih, saya nasihatkan untuk kita bayar balik duit dalam cash value untuk kita panjangkan tempoh sustainability tersebut pada tempoh yang sebelumnya. 

Sebabnya, kena ingat, medical card atau dana perubatan nie, paling tinggi nak kena standby adalah masa umur lebih dari 60 tahun. Jadi, kalau tak de coverage masa tu, payah jugak nak cari dana untuk kos rawatan. Kalau takde pilihan, terpaksa la masuk hospital kerajaan. Sebab umur 50 ke atas, risiko penyakit terutama sakit-sakit kritikal semakin tinggi. Kebarangkalian untuk kita perlukan rawatan segera dan terbaik ketika itu sangat tinggi. 

Jadi, takkan la kita nak pakai duit saving sendiri yang kita dah allocate untuk digunakan sebagai belanja kehidupan atau living expenses.




5. DOUBLE LIMIT UNTUK RAWATAN SAKIT KRITIKAL
Features ni merupakan antara yang agak special unik bagi saya. Tidak semua medical card ada offer features ni. Sebelum saya ceritakan apa yang ditawarkan dalam features ni, suka untuk saya kongsikan bagaimana idea untuk double limit nie boleh ada.

Kita renung sekejap, bagaimana keadaan seseorang yang mengidap sakit kritikal?. Bagaimana mana dari segi kos rawatan? Dan yang mungkin jarang orang fikirkan adalah dari segoi komplikasi disebabkan penyakit kritikal tersebut.

Sebagai contoh. Rawatan pembedahan jantung, atau cancer atau sakit buah pinggang. Kebanyakkan pesakit-pesakit yang ada sakit seperti ini adalah juga mengidap sakit tekanan darah tinggi dan juga kencing manis. Ada kes di mana, rawatan sakit kritikal tersebut disertai dengan penyakit-penyakit lain dan perlu dirawat dalam masa yang sama. Jadi, kos untuk rawat sakit kritikal sahaja dah perlukan dana yang besar, bagaimana pula dengan sakit yang lain?

Jadi, kalau setakat ada annual limit yang biasa, berkemungkinan client masih lagi terbeban dengan kos rawatan disebabkan kos rawatan melebihi limit tahunan medical card. 

Itu belum lagi cerita, ada kes di mana selepas pembedahan major, terdapat kompilkasi dan akhirnya perlu warded sekali lagi untuk rawatan susulan. Kalau sekali warded dengan major operation pun boleh cecah puluhan ribu, bagaimana kalau disebabkan komplikasi perlu masuk ward semula dan kena puluhan ribu lagi. Dan dalam masa yang sama rawatan sakit kritikal pun nak kena standby juga.

Secara umumnya, manfaat ini sangat penting cover kos rawatan sakit kritikal yang semakin tinggi dan sukar untuk jangka.

Untuk mudahkan pemahaman anda. Saya kongsikan senario di bawah.

Katakan limit tahunan biasa medical card anda adalah RM 200,000 setahun. Dan tiada had seumur hidup. Jadi, apa bila anda disahkan mengidap sakit kritikal (salah satu dari 42 jenis sakit kritikal). Had tahunan anda akan digandakan 2 kali iaitu anda boleh claim sehingga RM 400,000 setahun. 

Ada yang bertanya. Adakah double limit tersebut akan berkekalan atau untuk tahun pertama sahaja selepas disahkan sakit kritikal?..
Had tersebut akan kekal berterusan disebabkan status sakit kritikal tersebut akan berkekalan hingga habis tempoh sijil takaful.

Jadi, sekiranya anda disahkan mengidap sakit kritikal, anda ada backup medical fund sebanyak 2 kali ganda dari had tahunan sedia ada. 

Kalau medical card anda ada features nie, saya boleh katakan ianya adalah special.



6. AUTO EXTEND RENEWAL TO LONGER TERM
Ini antara features yang amat bagus dalam medical card. Kenapa saya cakap bagus?..Kalau dulu, term medical card nie memang fixed dan tidak boleh diubah. Sebagai contoh, client sign up dengan term sampai umur 60 tahun atau 70 tahun. Ditakdirkan, client hidup lebih dari umur 60 tahun dan ketika itu medical card tak boleh di renew dan kalau nak sign up yang baru pun harga mungkin terlalu mahal atau sudah tak boleh sebab umur dan lanjut.

Akan tetapi, kalau nak apply terus kepada term yang lebih panjang, contoh 80 tahun atau 100 tahun, caruman pulak jadi tinggi sampai rasa macam tak mampu nak sign up. Perkara ini kekadang memberi sedikit kekangan kepada client. 

Jadi, sekarang nie ada features medical card yang boleh extend (auto extend) apabila sudah sampai tempoh matang kepada term yang lebih panjang. Cuma, harga caruman akan bergantung kepada kadar tabarru' masa itu. Tapi, sekurang2nya masih boleh renew. Duit masa tu mungkin kita boleh usaha cari dan kalau seseorang tu dah rancang kewangan mereka dari awal, dan mereka masukkan sekali budget untuk cayar caruman takaful perubatan yang lebih tinggi selepas umur bersara, rasanya mereka tak takde masalah untuk mencarum. Sementelah, pada usia emas, risiko penyakit dan semakin tinggi.

Kalau anda nak cari medical card, carilah yang ada features nie. Ia akan berikan sedikit flexibility kepada anda. So, maybe untuk permulaan ambil term yang lebih pendek, sampai umur 60 tahun atau ambil term 20 tahun sahaja, sebab bayaran caruman lebih rendah. Duit lebihan yang ada boleh digunakan untuk labur untuk dapatkan pulangan yang lebih tinggi. Pada masa akan datang, duit lebihan caruman yang dilaburkan boleh digunakan untuk bayar caruman di hari tua.


7. RELIABLE SERVICING AGENT
Untuk pengetahuan anda, plan medical card merupakan plan yang paling banyak memerlukan khidmat agent. Sebabnya 

  • Plan medical card memerlukan khidmat nasihat yang agak complicated khususnye berkaitan sejarah penyakit sedia ada. Kalau agent yang anda jumpa tidak menerangkan semua term and condition yang disenaraikan dalam jadual manfaat, dikhuatiri akan mendatangkan masalah pada masa akan datang khususnya ketika nak claim. 

    Cara nak declare masa nak apply takaful (medical card) pun sangat penting. Kalau tak declare sejarah kesihatan dengan betul dan client tidak beritahu agent, risikonya bila nak claim nanti akan jadi masalah. Tak boleh nak dapatkan khidmat online kemasukkan hospital. Maksudnya client kena bayar dulu baru boleh claim kemudian yang mana process tersebut sangat leceh. Jadi agent yang reliable dan responsible serta banyak experienced akan bantu client untuk isikan semua details dengan lebih tepat.
  • Bila nak claim medical, banyak process kena buat. Kena ambil medical report. Kekadang medical report pulak bukan sikit. Especially client yang dah pernah masuk ward atau dapatkan rawatan sebelum apply takaful.

    Saya jumpa ramai juga yang ambil medical card secara online, dan caruman dia rendah sebab takde agent yang service dia. Tapi, kena ingat, bila nak claim nanti semua client kena buat sendiri. Kalau masa tu baru je sembuh dari sakit, bila masa nak dapatkan medical report dari hospital, itu yang kekadang client tak pergi pun ambil medical card. Akhirnya, lama-lama lupa dan terus tak claim.

  • Carilah agent yang full time dan ada track record yang bagus serta active sama ada secara online atau offline. Sebab, kalau yang part time nie, dia ada kerja lain, kekadang sampai satu masa dia tak boleh nak buat business takaful nie, dia berhenti atau pun kena terminate sebab tak achieve KPI sebagai agent. Akhirnya client mereka akan diserahkan kepada servicing agent lain yang client sendiri tak kenal siapa.

  • Kalau boleh, cari la agent yang boleh berikan advice ikut keperluan anda. Untuk proper process, agent perlu dapatkan info berkenaan profile client. Sebagai contoh dari segi personal details, family details, keadaaan kewangan semasa, matlamat kewangan jangka pendek, sederhana dan panjang. Kemudian, apa risiko dan juga problem serta impact sekiranya berlaku musibah khususnya yang memerlukan backup kewangan. Kalau boleh elakkan cari agent yang hanya push jual product dan tak tahu nak berikan cadangan macam mana nak selesaikan masalah client.


8. ESTABLISHED COMPANY & AGENCY
Akhir sekali, kalau nak cari medical card, cari lah dari company yang dah established dan berpengalaman handle portfolio medical. Macam mana nak tahu company tersebut established ke tidak?....Secara umumnya, rujuk senarai pengendali takaful yang ada dalam website bank negara. Kebanyakkan company takaful yang ada lesen under Bank Negara Malaysia memang established. Cuma, pengalaman dari segi mereka handle portfolio medical.

Akhir sekali, cari lah juga agency yang established. Kerana agency yang established nie biasanya mempunyai sistem latihan yang comprehensif dan tersusun. Jadi, agent mereka lebih terlatih dan professional. Selain itu, bila nama agency sudah established, mereka akan menjaga kualiti services dan reputasi agency mereka.

Itu sahaja sebahagian dari perkongsian saya berkenaan dengan cara nak pilih medical card yang terbaik sebagai panduan.  Pun begitu, ia bergantung kepada anda untuk pilih yang masa satu. Untuk dapatkan khidmat nasihat medical card percuma, boleh click link http://infoplantakaful.wasap.my

Sekian.

Aziz Riadi
Lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang Takaful.




23 September 2024

BAGAIMANA NAK ACTIVE ADA SEBAGAI AGENT TAKAFUL?

 


Dalam bidang sales, antara perkara yang sangat penting adalah macam mana nak consistent buat sales activity. Sebab dengan ada nya banyak sales activity, In sha Allah, akan ada hasil.

Tambahan pulak kalau agent-agent baru. Baru join setahun atau 2 tahun. Macam mana nak consistent dalam sales activity. Saya share satu persatu. Simple steps yang anda boleh follow.

1. CONTACT LIST

Macam biasa, kalau business apa-apa pun lead (contact) sangat penting. Jadi, kumpulkan contact prospect kita nie. Kalau tak banyak takpe, bukak phone book kita dan keluarkan dalam list (masukkan dalam google sheet)...senaraikan nama dan contact number dan kalau boleh masukkan sekali lokasi dan remark (untuk senang kita kenal pasti siapa orang tu). 

Kekadang, nama sama, kita nak tahu sedikit sebanyak background orang tu. Kalau boleh kita susun ikut kategori. Sebagai contoh, yang sudah berkahwin, yang bujang, yang dah bekeluarga dan ada anak, atau yang kerja sendiri atau yang buat business ada staff dan sebagainya. 

Kenapa kena kategorikan?..Sebab senang kita nak buat risk assesment dan juga plan nak sediakan proposal dan juga susun ayat untuk approach dia. Kalau takde perancangan, nanti kita manjang kena reject mentah2 macam tu je. Kalau kena cara yang betul, insha Allah, mungkin dia tak sign up, tapi dia boleh berikan peluang untuk kita share.


2. MULA HUBUNGI MEREKA SAMA ADA MELALUI CALL ATAU MESSAGE. 

Jangan takut untuk approach atau contact mereka. Saya faham kekadang ada yang segan nak contact kawan-kawan lama untuk beritahu yang kita buat takaful. Simple sahaja. Saya sharekan caranya.

Since kita sekarang dalam dunia social media. Gunakan social media kita sebagai platform untuk kita kenalkan diri kita sebagai agent takaful atau apa-apa business yang kita buat. Tak perlu risau kena reject, buat business memang akan kena reject. Lama-lama bila anda dah mahir, insha Allah, rejection masih ada tapi kurang. 

Akan ada orang yang appreciate kita punya pilihan kerjaya sebagai agent takaful. Tak perlu risau. Business insurans (sekarang ni ada takaful)..bukan baru wujud kat negara kita. Ada company dah beratus tahun beroperasi. Disebalik banyak syarikat-syarikat besar yang gulung tikar, dan nama pun dah tak wujud, tapi kebanyakkan syarikat Insurans yang established Malaysia terus mencatatkan pertumbuhan business dari setahun ke setahun.

Macam mana nak start contact?...ada script khusus ke?..Kalau anda tanya saya, memang la ada beberap script yang saya pakai dulu dan saya ajarkan kepada agent2 saya sekarang nie. Tapi, kalau nak saya share panjang nak kena taip. Tapi, sebenarnya, kalau saya share pun, bukannya special sangat dari segi ayat atau bahasa. Gunakan ayat yang simple je. 

Kalau dapat contact dia, just tanya khabar, dan inform yang anda baru join industri takaful under "company apa"...so, kalau perlukan apa-apa info berkenaan takaful, boleh contact kita. Jangan terus menjual, kecuali memang ada peluang untuk open, sebagai contoh diorang tanya berkenaan product atau plan atau dia nak tahu macam mana takaful nie berfungsi.

Kalau dah habis semua contact macam mana?..Ok, baca sambungan step-4.


4. DAPATKAN CONTACT DARI KENALAN (REFERRAL ATAU RECOMMENDATION)

Ini antara skill terpenting dalam business takaful. Skill untuk dapatkan contact number dari circle kita. Kira macam kita minta kawan-kawan yang kita kenal untuk beri peluang kita contact kawan-kawan mereka yang kita tak kenal.

Ini pun ada beberapa teknik yang saya gunakan dan saya ajar agent-agent saya. Antaranya adalah dengan guna cara dapatkan feedback tentang apa yang kita dah share. Dan tanya mereka adakah apa yang anda share tu bermanfaat pada dia?..Kalau dia kata bermanfaat, tanya terus, boleh ke recommend beberapa kawan baik atau ahli keluarga mereka kepada anda. Beritahu, dia, yang anda tidakkan akan menjual apa-apa kecuali kalau orang yang kita contact tu memang nak sign up. Selebihnya, perkenalan lebih kepada nak share awareness dan "How It Works"..

Cuma, kalau kita dapat peluang jumpa, alang2 tu share la sikit pasal financial awareness yang ada dalam sales kit. Kalau nak tahu sales kit yang saya buat, boleh check kat sini. http://www.aarassociates.com/sales-kit

5. SHARE DI SOCIAL MEDIA SETIAP KALI KITA DAPAT PRESENTATION

Tujuan kita share sales activity kita ni ada beberapa sebab. Antaranya adalah :

a. Nak tunjukkan yang kita memang seorang agent takaful yang active. Prospect lebih suka agent yang active berbanding yang senyap je dan tak tahu apa yang dia buat. Ini juga adalah satu cara kita buat marketing.

b. Dalam posting tu, kita share la sikit apa yang kita share pada ada prospect masa presentation tu. Ini tujuannya adalah untuk sampai info yang kita share pada prospect kita kepada orang online kita jugak. Sebab mungkin mereka juga akan terasa dengan apa yang kita kongsikan. Maksudnya cerita yang kita share ada kena mengena dengan mereka.

c. Sebagai jurnal activity kita. Dengan kita buat posting secara consistent, selain untuk orang lain baca, ia juga boleh dijadikan sebagai kita punya rujukan pada masa akan datang. Bagaimana boleh kita improve untuk content2 dan sharing yang lebih bernilai tinggi dan bermanfaat pada ramai orang.

d. Untuk naikkan confident kita. Bila kita boleh share apa yang kita buat pada orang asing (stranger) do social media, kita boleh dapatkan feedback dari orang lain melalui comment, like dan share. Dari situ kita bertambah yakin untuk sampai apa yang kita buat pada orang lain sama ada kita kenal atau tidak. 


6. BUAT SECARA CONSISTENT

Apa yang saya kongsikan 5 perkada di atas, perlu di buat secara consistent. Ambil masa sikit selepas kita present atau appointment, untuk kita duduk sekejap, dalam masa 5-7 minit untuk buat karangan (macam karangan masa kita SPM)...cuma karangan untuk posting di social media nie tak de formal sangat bahasanya. Gunakan bahasa yang mudah orang baca dan faham. Kalau boleh, gunakan gaya bahasa macam mana kita bercakap.

Kalau anda nak tengok antara agent-agent yang saya lihat dia consisten share activity dia adalah macam link kat bawah ni. 

https://www.facebook.com/share/p/WvNd98zvVLponvkK/?mibextid=WC7FNe

Agent nie baru je join, tapi dia sangat rajin share kat FB dia setiap kali dia lepas jumpa prospect. Anda boleh tengok apa yang dia dia tulis dan macam mana dia tulis. Simple je, ikut cara orang active buat sales.

Ada banyak contoh lagi, tengok je posting2 dia yang lain.

So guys. Jangan tunggu lama-lama. Amalkan terus ilmu nie. 

Ingat, kita buat business, kena usaha untuk dapatkan sales. Baru la ada income masuk. Kalau hanya tunggu, payah nak dapat. 

Kepada sesiapa yang berminat nak mencuba kerjaya sebagai agent takaful bersama PruBSN dan Muqmeen Group. Boleh click link ni : http://jomextraincome.wasap.my


Aziz Riadi
Muqmeen Group




20 September 2024

8 CARA CARI DUIT TAMBAHAN LEPAS WAKTU KERJA 9.00 AM - 5.00 PM


\

Persoalan berkenaan kos barang naik tapi gaji tak naik-naik atau naik sikit bukanlah sesuatu perkara yang baru. Dari dulu memang dah ada masalah dan cabaran macam nie. 

Cuma bezanya dari segi berapa teruk kenaikkan barang-barang tersebut khususnya barang-barang keperluan. Barang-barang yang tak boleh tidak kena beli jugak, iaitu  seperti keperluan tempat tinggal, makan dan minum, pakaian dan juga perluan asas lain yang lain.

Bagi korang yang baru mula melangkah ke alam pekerjaan, mesti seronok kan? Tapi, cabaran terbesar yang ramai orang hadapi ialah urusan kewangan. Bila gaji pertama masuk, tiba-tiba rasa macam banyak benda nak dibayar—sewa, bil, hutang PTPTN, dan banyak lagi. 

Tambahan pulak, tak semua orang celik ilmu kewangan. Ini saya memang faham. Jadi adalah menjadi tugas orang yang ada ilmu kewangan untuk kongsikan kepada ramai orang berkenaan kesedaran kewangan. 

Selain itu, kadar inflasi yang agak tinggi dan ia akan meningkatkan harga barang-barang keperluan dan juga barangan kehendak. Gaji naik sikit, kos perbelanjaan naik banyak. Jadi ini dah jadi tak balance. 

Keadaan sebegini yang menyebabkan ramai anak muda, khususnya yang baru graduate dan masuk dalam alam pekerjaan terjebak dengan masalah kewangan disebabkan setiap minggu nak outing dan healing.

Tapi jangan risau! Sebenarnya, ada cara untuk mengurus kewangan dan pada masa yang sama, jana pendapatan tambahan dengan menggunakan masa lapang korang.

Dalam artikel ni, saya nak kongsi tips dan cara mudah korang boleh dapatkan duit lebih, walaupun korang ada kerja sepenuh masa. Jom kita tengok dan korang kena baca sampai habis.


1. Freelancing: Jual Kemahiran Korang

Sebenarnya, apa-apa kemahiran yang korang ada sekarang, boleh digunakan untuk jana pendapatan sampingan. Contohnya, kalau korang pandai menulis, buat design grafik, coding, atau urus media sosial, ada permintaan untuk semua kemahiran ni kat luar sana!

Macam mana nak mula?

  • Daftar kat platform macam Upwork atau Fiverr, letak servis yang korang boleh tawarkan.
  • Gunakan LinkedIn untuk bina rangkaian dengan bakal pelanggan.

Kelebihan: 

  • Masa kerja yang fleksibel.
  • Boleh buat dari rumah. 
  • Dapat pengalaman tambahan yang boleh bantu korang dalam kerjaya sepenuh masa.

                                                                                        

2. Mengajar Online : Kongksi Ilmu korang

Kalau korang power dalam subjek tertentu masa belajar dulu, apa kata mengajar online? Korang boleh ajar orang subjek macam Bahasa Inggeris, matematik, coding, atau apa-apa je kemahiran yang korang hebat. Platform macam Chegg Tutors, Preply, dan Wyzant boleh hubungkan korang dengan pelajar seluruh dunia.

Kelebihan:

  • Masa fleksibel—boleh ajar lepas kerja.
  • Tak perlu keluar rumah—semua online.
  • Boleh caj ikut kadar yang korang rasa sesuai dengan kepakaran.

3. Jual Barang Online: Buka Kedai Kecil
Kalau korang minat berniaga, cuba mulakan perniagaan kecil secara online. Platform macam Etsy dan Shopify memudahkan korang untuk jual barang, sama ada handmade atau produk digital macam template.

Cara nak mula:
  • Fikirkan produk yang unik dan korang seronok nak jual.
  • Gunakan media sosial untuk promosikan produk.
  • Mulakan kecil-kecilan dan gunakan keuntungan untuk kembangkan bisnes.
Kelebihan:
  • Potensi pendapatan tanpa had.
  • Boleh kerja lepas waktu pejabat atau hujung minggu.
  • Belajar kemahiran keusahawanan.

4. Melabur dalam Saham Dividen: Biar Duit Bekerja Untuk Korang

Kalau korang nak pendapatan pasif, melabur dalam saham dividen mungkin pilihan yang baik. Saham dividen akan bagi korang keuntungan secara berkala hanya dengan memiliki saham tersebut.

Cara nak mula:

  • Buka akaun pelaburan dengan platform seperti Rakuten Trade atau Bursa Anywhere.
  • Pilih syarikat besar dan stabil yang menawarkan dividen tetap.
  • Guna duit dividen tu untuk melabur balik supaya portfolio korang makin besar.

Kelebihan:

  • Masa yang minimum diperlukan lepas korang dah buat pilihan saham.
  • Dapat pendapatan pasif berterusan.

5. Kerja Sampingan: Gigs atau Part-Time

Kalau korang ada masa lapang dan nak dapatkan pendapatan segera, cuba kerja sampingan macam:

  • E-hailing: Jadi pemandu untuk Grab atau AirAsia Ride.
  • Hantar barang/makanan: Guna platform macam Lalamove, Foodpanda, atau GrabFood.
  • Gigs task: Join TaskRabbit atau GoGet untuk buat kerja-kerja kecil macam angkat barang, bersihkan rumah, atau pasang perabot.
Kelebihan:

  • Tak perlu kemahiran khusus.
  • Korang boleh pilih masa nak bekerja.
  • Dapat duit cepat dan tunai.

6. Monetize Hobi Korang
Kalau korang ada hobi yang korang suka buat, apa kata jadikan hobi tu sebagai sumber pendapatan? Contohnya:

  • Kalau korang suka fotografi, jual gambar kat website macam Shutterstock.
  • Kalau korang pandai membakar kek, ambil tempahan kecil-kecilan dari jiran atau kawan-kawan.
  • Kalau korang minat kecergasan, boleh jadi jurulatih peribadi atau mula buat video YouTube.
Kelebihan:

  • Dapat duit buat benda yang korang suka.
  • Tak rasa macam kerja pun sebab korang enjoy!

7. Buat & Jual Kursus Online atau Ebook
Kalau korang ada ilmu atau kepakaran tertentu, apa kata cipta kursus online atau tulis ebook? 
  • Platform macam Udemy dan Teachable membolehkan korang jual kursus korang kepada audiens global. Sama juga, kalau korang suka menulis, jual ebook kat Amazon.
Kelebihan:
  • Lepas set up, boleh jana pendapatan pasif.
  • Korang boleh capai audiens seluruh dunia.
  • Bina reputasi sebagai pakar dalam bidang korang.

8. Jadi Ejen Jualan Takaful dan Unit Trust
Kalau korang nak dapatkan income part time berterusan tanpa keluar modal besar, boleh cuba untuk jadi ejen jualan kepada produk kewangan macam takaful atau unit trust. Tak perlu keluarkan modal untuk beli barang. Just belajar cara macam mana nak buat jualan dan produk, lepas tu jumpa orang untuk sharing apa yang boleh ditawarkan.

Kelebihan :
  • Dikawal selia oleh bank negara sebab ia adalah produk kewangan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. 
  • Komisen (income berterusan). Sebagai contoh, kalau jadi ejen takaful, komisen akan dapat selama 6 tahun untuk satu plan yang client sign up.
  • Untuk Unit Trust pula, komisen akan dapat sekali setiap jualan, tapi akan dapat trailer commission (untuk pelaburan yang masih ada dalam dana dan selagi ia tidak dikeluarkan ejen akan dapat trailer commission).
  • Tidak perlu simpan stok. 
  • Prospek pelanggan sangat ramai dan sentiasa ada demand.
  • Ada peluang untuk simpan duit sebab ada bonus. 
  • Peluang untuk dapat incentive luar negara
  • Peluang untuk kembangkan kerjaya.
  • Ada duit pencen (Retirement Gratutity Benefit - RGB)...yang mana apa cukup umur 60 tahun, akan dapat lump sum money hasil dari manfaat RGB tersebut.

So, sekiranya korang nak dapatkan income dengan cara yang no. 8 ni, boleh click link http://jomextraincome.wasap.my

Atau call 019-323 2121 (Aziz Riadi) untuk maklumat lanjut. 

Sekarang nie ada offer dari company untuk dapat elaun + komisen sekiranya korang berminat nak explore peluang sebagai ejen takaful atau unit trust di tempat kami.

Boleh tengok sendiri interview saya dengan salah seorang ejen takaful yang sekarang dah naik pangkat jadi manager. Asalnya beliau adalah jurutera awam yang dah ada income dan kerja yang agak stabil. Tapi beliau melihat peluang untuk kembangkan kerjaya dan bina income, dia join as a part time, kemudian setelah beberapa ketika dia join full time.

Boleh tengok di sini :  https://youtu.be/047kAAS_66k

Jangan penuhkan minda kita dengan alasan, sebaliknya isilah dengan idea-idea untuk cari jalan penyelesaian.

Akhir kata...

Membahagikan masa antara kerja sepenuh masa dan kerja sampingan memang mencabar, tapi kuncinya adalah urus masa dengan baik dan konsisten. Mula kecil-kecilan supaya tak rasa terbeban. Paling penting, jangan mudah berputus asa walaupun korang hanya boleh luangkan 1-2 jam sehari.

Dengan strategi ni, korang bukan saja boleh tingkatkan pendapatan, tapi juga belajar lebih banyak tentang pengurusan kewangan, yang akhirnya membantu korang mencapai kebebasan kewangan!

Semoga bermanfaat.

Aziz Riadi
Shariah Registered Financial Planner (ShRFP)
Senior Agency Manager
Muqmeen Group





04 June 2024

6 TAHUN CARUM TAPI TAK PERNAH CLAIM, RASA MEMBAZIR?


Amat biasa untuk kita dengar kalau amik takaful dan tak claim sebagai satu pembaziran. Ini kisah benar feedback dari salah seorang subscriber.

.

Kalau ikutkan memang nak stop sebab rasa membazir. Tapi tahan, dan teruskan bayar. Bila ujian datang, kemalangan dan patah tangan, kos rawatan RM 24,000. Mujur masih ada medical card. Kalau tak dah tentu RM 24,000 perlu keluar dari simpanan sendiri atau tak cukup mungkin sampai tahap kena meminjam atau hutang atau mohon sumbangan.

.

Betul la tu, tak kena memang rasa membazir. Kalau dah kena baru rasa berbaloi. Tapi ini mindset yang salah terhadap pemahaman konsep takaful.

Sebenarnya, dalam takaful, kita carum duit setiap bulan, sebahagian duit tersebut dimasukkan dalam tabung 'derma' tabarru'. Fungsi tabung ini adalah untuk menampung kos-kos tuntutan peserta yang mencarum. Jadi, kalaulah kita tak claim, sebenarnya sumbangan tersebut digunakan untuk claim pada orang yang claim. 

.

Dan bila time kita pulak diuji dengan musibah dan memerlukan claim, kita pulak yang pakai duit sumbangan tu.

.

Sebenarnya, kita patut bersyukur sebab tak claim. Bila tak claim maksudnya kiita sihat. Bukankah kesihatan merupakan anugerah yang tak ternilai?...lebih tinggi nilainya dari sumbangan takaful kita.

.

Harap-harap dengan perkongsian ini dapat memberi sedikit kefahaman mengenai konsep takaful.

.


Sekiranya ada sesiapa yang ingin mendapatkan khidmat nasihat berkenaan takaful sama ada medical card, hibah takaful atau juga plan simpanan untuk anak-anak belajar atau pun dana persaraan. 


Boleh click link di bawah ni.

.

https://bit.ly/3h3UgRm
https://bit.ly/3h3UgRm
https://bit.ly/3h3UgRm

.

Sekian.

Aziz Riadi

ShRFP
Sen. Agency Manager
Muqmeen Group


#financialplanning #tambahincome #buatbisnes #takaful #fianncialprotection #hibahtakaful #hibah #medicalcard #loan #financing #financialliteracy #takafulawareness #takafulshahalam #bebashutang #debtfreedom